Bergelar ibu bapa memang sesuatu pengalaman yang sungguh indah apabila dapat melihat anak-anak membesar dengan baik. Namun dalam tempoh itu, tentu ibu bapa bakal menghadapi pelbagai kerenah yang menguji kesabaran dan tentunya undang rasa marah. Fasa perkembangan anak begitulah bagi setiap kanak-kanak. Cuma ibu bapa yang perlu tahu bagaimana untuk mengendalikan situasi itu.
Perkongsian puan Irinn Zawawee di laman facebooknya sungguh bermanfaat. Ikuti caranya.
KHAS UNTUK MAK MAK YANG LEPAS MARAH ANAK RASA MENYESAL
Ini antara formula yang Irinn genggam kuat setiap hari :
1) 1 minute pause ; Setiap kali rasa nak marah , pause-kan selama satu minit . Jangan cakap apa-apa , jangan buat apa-apa , just pause .
Ads
Dah habis satu minit tu , percayalah bahawa kita akan lebih rasional & marah dengan cara betul bukan marah yang membuta tuli sampai rosakkan emosi anak .
2) Bernafas dengan betul ; Irinn suka buat “Emotional Deep Breathing” walaupun takde rasa nak marah . Buat saja-saja pun emosi & fikiran jadi lebih tenang & “bersih” .
Caranya senang je , tarik nafas dalam-dalam , tahan sekejap & hembuskan sehabis-habisnya sambil bayangkan segala yang negatif dalam diri kita ni keluar sekali dengan hembusan nafas tadi .
Sebenarnya banyak lagi formula lain yang Irinn buat & Alhamdulillah memang nampak sangat improvement bukan je pada hubungan Irinn & ‘Adry tapi dalam bab rumahtangga & bisnes Irinn juga .
Ads
Emosi ni sangat penting untuk dikawal gais . Bukan emosi kita je tapi emosi anak sekali .
Kegagalan kita kawal emosi boleh bagi kesan buruk dikemudian hari , kena tahu tu , jadi jangan ambil remeh bab ni☝
Oh ya , sekarang kan , setiap kali ‘Adry bangun pagi dia akan kiss banyak kali muka Irinn & peluk Irinn siap tepuk-tepuk macam dah lama tak jumpa ? .
Ads
Bila Irinn tegur apa-apa pun dia lebih mudah dengar walaupun Irinn tahu dia mungkin belum faham 100% – ini Irinn nampak sejak Irinn guna teknik bercakap yang betul .
Semua ni Irinn belajar dari “Ebook Formula Mudahnya Kawal Emosi Ibu & Anak” by Dr Taufiq Razif .
Korang pun patut ada sorang satu , jadikan rujukan & panduan . Bukan untuk yang ada anak kecil je , anak dah besar or parent-to-be pun patut baca .
Irinn tak jual ya . Irinn cuma share .
Update : Untuk pembelian boleh terus ke website www.kawalemosi-ibuanak.com ? (Tengah ada offer tu)
Irinn Zawawee ❤ Jangan dera emosi anak .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentunya ramai yang mengemari roti. Kalau tak ada roti di rumah tu rasa tak lengkap aje.
Sehinggakan roti yang ada nampak kulat tetap digunakan untuk dijamah dengan beranggapan jika dibakar ia selamat dimakan.
Hakikatnya tidak! Sebagaimana perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang mendedahkan bagaimana seorang pesakit telah mengalami keracunan akibat makan roti berkulat walaupun belum tarikh luput.
Jadi jangan buat main-main hal ni. Ikuti perkongsian ini. Moga jadi iktibar.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
OK, walaupun dah banyak kali pesan, kita pesan lagi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Namoak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
INI SEBABNYA
Gambar sekadar hiasan
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin(mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Gambar hiasan: habuk atas roti
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selebriti seorang ni memang sangat terkenal dengan cara sempoinya dalam mengendalikan program. Wajahnya sentiasa muncul di kaca tv, laris bak pisang goreng panas.
Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, namun keluarga tetap menjadi keutamaan. Sesekali berpeluang, dia akan membawa anak dan isterinya bercuti.
Walaupun ia bukan satu perkara yang kerap dilakukan Nabil Ahmad bersama isteri dan anak-anak. Memandangkan jadual tugasannya agak padat membuatkan dia terpaksa memilih masa yang sesuai dan menetapkan lebih awal untuk bercuti dan merehatkan dirinya.
“Biasanya kita rancang lebih awal, contoh kalau nak bercuti tahun depan, tahun ni kita lock siap-siap tarikh dan tempah lebih awal. Jadi bila dah sampai masanya, dah ada tarikh dan bila dah tiba masanya terus pergi sahaja.
Saya kerap juga keluar negara untuk shooting atas urusan kerja jadi sambil-sambil tu bolehlah sekali berjalan-jalan. Kalau membolehkan saya bawa keluarga, saya akan bawa sekali dan kalau tidak, kita ikut perancangan asal, tempah lebih awal supaya dapat lock tarikh.
Kalau saya bercuti tak bawa isteri dan anak-anak tu mustahillah bagi saya. Bercuti memang relaks bagi saya tapi lebih relaks lagi bila isteri dan anak-anak ada sekali dengan saya.
Saya tak boleh cuti sorang-sorang dan memikirkan apa isteri dan anak-anak buat di rumah. Saya memang tak boleh, kalau kerja tu lainlah. Kalau bercuti mungkin tidak,” begitu tegas anak jati kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini.
Sehingga kini kata Nabil yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagil, dia sudahpun membawa keluarganya ke beberapa buah negara antaranya Bali, Indonesia, Tokyo, Jepun, Gold Coast di Australia, Singapura dan juga Puchet, Thailand.
Namun akui Nabil dalam kesemua negara yang pernah dilawatinya bersama keluarga ini, Tokyo, Disneyland di Jepun adalah destinasi paling menggembirakan dan bermakna buatnya dan anak-anak.
“Saya gembira bila tengok anak-anak saya seronok bermain di Disneyland. Mereka suka sangat. Kalau anak-anak seronok, itu dah cukup membahagiakan saya,” luah bapa penyayang ini lagi.
Ketika ditanya bagaimana dia dan isteri berdepan dengan masalah atau situasi yang kurang enak ketika bercuti. Maklum sahaja banyak ragam anak kecil jika mereka masih tidak biasa atau tidak selesa dengan satu-satu keadaan. Namun kedua pasangan romantis ini cukup tenang dan punya cara mereka sendiri dalam mengawal permata hati kesayangan mereka ini.
“Kalau diikutkan banyak cabarannya bila bawa anak kecil ke luar negara. Dulu masa pertama kali bawa anak-anak, maklumlah time tu pun kewangan tak berapa memberangsangkan untuk naik bisnes class, jadi kami ambil tiket ekonomi sahaja.
Biasanya kami beli tiga tiket sahaja dan adakalanya bila Mika nak baring, jadi huru haralah juga. Itu belum lagi bila Medyna tak mahu duduk di dalam bassinet dan terpaksalah saya dukung dia dan pusing satu kapal terbang, jalan ke depan dan ke belakang. Tapi pengalaman tu sangat best bagi saya.
Sehingga kini kalau setiap kali pergi bercuti untungnya saya dan isteri tak pernah berhadapan dengan karenah anak-anak. Pernah tertinggal stroller tu adalah..tapi tak pernahlah lagi anak demam atau sakit. Memang percutian pun best.
Biasanya kami akan beli seat lebih untuk anak-anak supaya lebih selesa. Tapi pengalaman sebelum ini kami hanya tempah bassinet sahaja sebab ketika itu anak saya masih kecil. Bila anak dah bangun, kalau dia meragam dan tak mahu duduk, saya memang akan bawa dia berjalan pusing-pusing sampai dia reda,” katanya.
Kata Zira, isteri kesayangan Nabil, “Tak sukar nak bawa anak-anaknya bercuti malah mereka tak banyak ragam. Sebelum naik flight biasanya kami biarkan mereka bermain puas-puas dulu. Makan pun penting juga, bila dah kenyang mereka memang tak banyak ragam dan terus tertidur. Kalau dalam flight siap semua barang mainan, gula-gula dan makanan mereka insyallah mereka tak meragam,” ujarnya lagi.
Zira Persiapkan Segalanya
Bagi Zira, dia harus memperlengkapkan segala keperluan anak dengan sebaiknya.
“Susu, ubat demam, diapers, baju secukupnya, thermometer dengan biskut kegemaran masing-masing antara benda wajib yang mesti di bawa bersama.
Kalau bercerita soal persiapan dan baju-baju yang bakal di bawa, tak adalah perlu sedondon, cukup sekadar selesa dan sesuai dengan keadaan cuaca,” katanya ringkas.
Bagi ibu jelita ini lagi, pengalaman pertama kali membawa kedua-dua anaknya ke Jepun adalah pengalaman indah dan cukup menyenangkan baginya dan suami.
“Ingat lagi saya, ketika itu umur Mika baru 4 tahun, manakala Medyna pula baru sahaja 3 bulan. Memang bawa kedua-duanya langsung tak banyak ragam dan tak banyak karenah.
Cuma ketika berada di sana, kami banyak gunakan pengangkutan awam dan lebih senang memilih keretapi untuk bergerak ke sana ke mari. Jadi sedikit sukar untuk naik turun tangga dengan stroller ditambah pula dengan kedua-duanya yang memang langsung tak mahu turun dari stroller. Sedikit mencabar buat saya namun ianya satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Kalau setiap kali bercuti, saya biasanya cari tempat yang sesuai dengan anak-anak dulu kemudian barulah cari tempat untuk kami bershopping pula,” luahnya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi April 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video berpakaian pengantin serba putih sambil berpegangan tangan di masjid selain berkongsi tarikh 23 Januari 2023.
Pereka fesyen duo Seth & Luna tampil membuka cerita sekaligus mengesahkan Nad dan Ungku sudah sah menjadi pasangan suami isteri.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram, Seth & Luna yang sudah berkawan selama tujuh tahun berbesar hati diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar (pernikahan).
“Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.
“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Nad dan bekas suami iaitu Muhammad Faliq Amirudin mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan telah bercerai pada September lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, berusia setahun.
Sumber: Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.