Pelakon Datin Lisa Surihani mencuri tumpuan apabila menghadiri majlis pengisian ilmu yang dikendalikan oleh penceramah ustaz Wadi Anuar di rumah Datuk Seri Nurhaliza.

Perkongsian tersebut dimuatnaik pelakon berusia 36 tahun itu menerusi satu video memaparkan dirinya dari menjejakkan kaki keluar rumah sehingga sesi ceramah berkenaan bersama rakan selebriti lain.

Usai mengambil keputusan berhijab, pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamad sering dilihat menyertai majlis ilmu bersama rakan selebriti lain untuk kekal istiqamah.

“Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu, Al-Hudaa (petunjuk), At-Tuqaa (ketaqwaan), Al-‘Afaaf (terjaganya kehormatan) dan Al-Ghinaa (rasa cukup)

“HR Muslim No 2721 dari sahabat Abdullah bin Mas’ud RA,” tulis isteri kepada pengarah, pelakon, dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim itu dengan berkongsi sebuah hadis.

Dalam majlis di kediaman penyanyi nombor satu negara itu, Lisa tampil sopan dengan kaftan labuh berwarna Maroon. Cukup manis dan sejuk mata memandang.

IKLAN

Tidak hairanlah apabila ramai yang memuji imej dan penampilan Lisa selepas penghijrahannya.

nvdism MasyaAllah tabarakAllah ❤️ kakak youre so beautiful @lisasurihani
officialamoy The real Hijrah. MashaAllah subahanallah.❤️
akakweird Masyaallah. Tenang damai yat tgk.. sejuk je melihat ahli² syurga ini berkumpul.. Moga satu hari dapat berkawan dgn circle ini. Moga Allah merahmati kalian semua. ❤️
tikah_khalid Allahu… Sy semakin suka tgk penampilan lisa skrg .. cntik… Semoga kita sama2 terus istiqomah… 🤲
cik_rah_98 Alhamdulillah, i love to see you.. alhamdulillah hidayah itu milik allah, semoga kita semua juga diberikan hidayah dan tidak diperbolak balikkan hatinya..aamiin❤️
miss_dib Cantiknya lisa… itulah, kalau dah cantik tu, tutup2 pun tetap cantik.. masya Allah… inspirasi sgt .

Sumber: lisasurihani

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club