Menjadi kebiasaan didalam setiap rumah, gambar kahwin, gambar keluarga, gambar anak-anak dan sebagainya digantung pada dinding rumah mahupun dibingkaikan untuk dijadikan sebagai perhiasan dan kenangan terindah. Namun seeloknya, jika ada menggantung gambar-gambar ini sebaiknya, turunkanlah. Tanggalkan ia simpanlah ditempat tertutup dan jangan pamerkan ia untuk tatapan didalam rumah.
Ini kerana dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam Peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,
“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke dalam rumah jika mempunyai gambar-gambar mahkluk bernyawa ini. Akibatnya hilanglah kasih sayang sesama ahli keluarga didalam rumah yang didiami. Bukan itu sahaja, perselisihan faham, rumahtangga selalu ‘panas’, tidak bahagia, rezeki sempit serta ada sahaja masalah yang sering berlaku kerana tiada lagi rahmat dan keberkatan yang diberikan didalam rumah.
Ads
Sedangkan malaikat rahmat jika ada di sisi kita ia membawa 1000 rahmat dengan izin Allah iaitu hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa cinta pada Allah SWT, rezeki juga sentiasa dipermudahkan Allah. Malah malaikat rahmat juga bertugas menjaga keselamatan diri kita jika kita banyak membaca al-Quran, zikir dan berdoa.
Panduan Simpan Gambar Sebagai Kenangan:
Ads
1.Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Malaikat Rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah bagi gambar makhluk bernyawa iaitu manusia dan haiwan.
2.Dilarang menggantung mahupun mempamerkan gambar makhluk bernyawa ini pada dinding atau dibingkaikan untuk hiasan didalam kabinet seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
3.Seeloknya gambar-gambar yang ingin dijadikan kenangan disimpan didalam album, handphone atau didalam komputer dan tidak dipamerkan didalam rumah sama sekali.
Ads
4.Gambar seperti keindahan alam semulajadi, tulisan kaligrafi, gambar permandangan, bunga-bungaan, kereta bangunan dan sebagainya yang BUKAN berunsur makhluk bernyawa adalah dibenarkan untuk dijadikan perhiasan didalam rumah.
5.Untuk patung permainan anak seperti barbie, teddy bear boleh digunakan untuk permainan tetapi selepas main perlulah diletakkan di dalam kotak mainan dan janganlah diletakkan di almari perhiasan mahupun dijadikan koleksi.
Semoga bermanfaat, kongsikan buat yang lain.Bersama-sama kita mengubah kebiasaan ini, untuk menjemput malaikat rahmat hadir ke rumah sekaligus memperolehi keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga.
Bertuahnya! Kembar Tiga Ikuti Pengajiaan Sama Di USM, Tidak Pernah Berpisah
Melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah impian semua orang. Lebih manis apabila adik beradik turut sama mengikuti pengajian di universiti yang sama.
Unik bagi keluarga ini apabila tiga kembarnya telah ditawarkan mengikuti pengajian sarjana muda di universiti yang sama. Untungnya!
Sebagaimana perkongsian facebook rasmi Universiti Sains Malaysia, memaklumkan bahawa kembar tiga yang merupakan penuntut lelaki turut mengikuti bidang yang sama di universiti berkenaan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
USM memaklumkan seramai 4,283 calon dari lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf telah menerima tawaran bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) dan Diploma di Universiti Sains Malaysia (USM) ke ketiga-tiga kampusnya bagi memulakan Sidang Akademik 2022/2023.
Menariknya pada sidang akademik kali ini, tiga beradik kembar lelaki, menerima tawaran menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan di Kampus Induk USM dan mereka ialah Mohamed Azmin Dawlath Mohamed, 22; yang merupakan abang sulung bersama Mohamed Azwan Dawlath Mohamed dan Mohamed Azrul Dawlath Mohamed.
Ketiga-tiga beradik itu ketika ditemui berkata, mereka tidak pernah berpisah sejak dari sekolah kebangsaan sehinggalah pengajian di peringkat universiti dan mereka telah lama mempunyai matlamat yang serupa untuk bersama-sama menyambung pengajian di USM.
Menurut Mohamed Azmin, ketiga-tiga mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Permai, peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda dalam aliran Sains, dan kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat diploma di Politeknik Seberang Perai juga dalam bidang yang sama, iaitu bidang perakaunan dan turut mendapat anugerah dekan ketika mengikuti pengajian di Politeknik.
“Kami tidak pernah berpisah dan berasa bersyukur kami diterima untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di USM kerana semua perkara yang kami lakukan adalah bersama-sama, yang mana salah satunya ketika belajar di peringkat diploma segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami belajar dan selesaikan sama-sama,” kata Mohamed Azmin.
Bukan itu sahaja, ketiga-tiga beradik ini juga mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang Pendidikan dan cita-cita mereka juga hampir sama iaitu cita-cita untuk menjadi guru dan pensyarah.
Turut hadir meraikan pelajar-pelajar baharu adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang turut menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Azlinda Azman dan Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Akademik, Ramli Osman.
Dalam pada itu, Narimah berkata, USM sentiasa berusaha untuk memastikan kelestarian Pendidikan dan sentiasa mempertimbangkan perkara yang terbaik dalam memastikan semua pelajar menerima kualiti pengajaran yang terbaik dari USM disamping meletakkan keselamatan dan kebajikan pelajar sebagai keutamaan.
Sebagai seorang ibu, pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak kan. Demikian juga dengan penyanyi berusia 31 tahun ini.
Menyedari minat menari yang bercambah dalam diri anak sulungnya, Bella De Luna Valentina, isteri kesayangan Akim ini tidak menghalang. Bahkan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
Bahkan menurut Stacy, dia mahukan yang terbaik kepada permata hatinya itu. Ini kerana anak nya itu sudah menampakkan minat dengan dunia seni tarian sejak kecil lagi.
Meski baru menjangkau usia 9 tahun, jelas Stacy anak perempuannya itu memiliki bakat dan sangat berpotensi besar untuk berjaya dalam bidang tersebut.
“Menari dengan Bella Anak pertama saya Bella ni memang suka sangat menari. Dari kecil lagi dia selalu menari hinggalah sekarang umur sudah 9 tahun.
“Saya boleh lihat potensinya jadi saya memastikan bahawa menyokongnya dengan cara yang terbaik,” Stacy menerusi perkongsian nya di Instagram.
Walaupun dirinya dikenali ramai, namun pelakon dan pelawak, Amir Rajalawak tidak malu untuk mengusahakan perniagaan air minuman di Prima Saujana, Kajang, Selangor.
Bahkan. dia sanggup demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuat kuasakan.
Menurut Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian meski keuntungan diperoleh tidak banyak.
“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.
“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.
“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Dalam.masa yang sama, Amir turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan ramai terhadap bisnes nya.
“Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.
““Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun.
“Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya lagi.
“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.
“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.
“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.