Tak boleh bayangkan, orang pertama yang muncul dalam hidup kita, melahirkan dan membesarkan kita sekelip mata boleh halau dan mengharamkan susunya kepada kita.
Itulah yang dirasai oleh seorang penghuni rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM), Taiping menyatakan dia tetap sayang ibu kandungnya biarpun sudah setahun lebih dihalau keluar dari rumahnya.
Memetik laporan Harian Metro, pemuda yang dikenali sebagai Mohamad (bukan nama sebenar) itu mengakui dia rindu akan keluarganya dan mempunyai keinginan untuk kembali bersama mereka.
“Anak mana yang tak sayangkan ibunya. Biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang diberi, saya tetap sayang dan tak pernah membencinya.
“Setiap kali puasa atau raya mesti teringatkan mak dan teringin nak bersama mereka, namun mak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya. Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi saya dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.
Ads
“Selepas ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu.” katanya.
Tambah Mohamad lagi, 14 Januari 2022 merupakan tanggal yang akan sentiasa dikenangnya kerana pada tarikh tersebutlah dia dibawa ke rumah gelandangan tersebut oleh penduduk kampung.
“Sudah ibarat syurga buat saya, namun tetap terasa kekurangan iaitu kasih sayang ibu sendiri.
Ads
“Apakan daya, mereka dah ‘buang’ saya dan walau apapun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” tambahnya yang kini berkerja di sebuah hotel di bandar ini.
Menurutnya, tahun ini akan menjadi tahun ketiganya menyambut Syawal di rumah gelandangan tersebut.
Difahamkan, Mohamad mempunyai dua adik perempuan berusia 13 dan 17 tahun yang kini tinggal bersama ibunya yang berumur lewat 30-an dan bapa tiri, 50-an.
Berikutan berita kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu yang berpunca daripada penggunaan telur tamat tempoh, ramai warganet melahirkan rasakan kebimbangan. Malah semalam dilaporkan seorang mangsa puding buih pertama telah meninggal dunia akibat keracunan makan tersebut. Benar, ajal dan maut itu semua ketentuan Ilahi, namun tidak salah kita terutama ibu-ibu bersikap teliti dalam penyediaan makanan.
Ekoran itu, ramai yang melontarkan pelbagai persoalan mengenai jangka hayat telur yang dalam keadaan baik. Malah ada juga berkongsi pengalaman, telur dalam keadaan busuk walaupun tarikh lumut masih lambat, telur kuning cair dan sebagainya.
Cakna mengenai hal ini, kerana telur bahan asas dalam membuat hidangan utama kita terutama kek, puding dan biskut. Jika telur tidak dimasak dengan sempurna atau telur yang rosak boleh menjejaskan kesihatan.
Menerusi facebook Khairil Izham, ikuti lanjut panduan bagaimana untuk kita pastikan telur dalam keadaan baik.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Telur ayam mesti jadi kewajipan setiap rumahkan? Yela, kalau contoh tak ada lauk lain, masa singkat, kecemasan nak makan segera, mesti telur menjadi pilihan utama untuk disediakan selain sardin.
Tapi, adakalanya membeli stok telur yang banyak akan menyebabkan telur rosak jika tidak habis digunakan.
Cara paling senang nak tahu telur masih elok atau tidak adalah dengan cara memecahkannya. Tapi, cara ini agak menyusahkan jika yang dipecahkan adalah telur busuk/telur tembelang.
Cara bagaimana untuk menentukan telur masih elok tanpa memecahkannya.
1. Sediakan sebuah mangkuk berisi air bersih. (air suhu bilik/air paip)
2. Masukkan telur yang hendak diuji ke dalam mangkuk berisi air tadi.
3. Lihat kedudukan telur berkenaan:
– Telur tenggelam ke bawah menandakan ia masih elok.
– Telur tenggelam ke bawah tetapi berdiri tegak menandakan ianya masih elok tetapi perlu dimasak dengan segera.
– Telur terapung ke atas menandakan ianya sudah tidak elok.
4. Sekiranya berasa ragu-ragu, cuba ambil telur yang terapung dan goncangkan. Jika terdengar bunyi kocakan bermakna telur sudah tidak elok.
Boleh juga rujuk gambar lukisan untuk tahu usia telur.
Seterusnya ikuti info tambahan daripada laman food-hacks.wonderhowto.com
*ALERT CARTA MUDAH NI.
3.UJI KUNING TELUR
Ada antara kita sudah terbiasa pecahkan telur terus ke kuali. Apa kata selepas ini, jadikan habit, pecahkan telur di mangkuk kecil dahulu sebelum menggoreng. Dengan cara ini kita dapat kesan telur yang tidak elok.
Kuning telur yang masih elok akan berwarna kuning terang dan bila dipecahkan akan terbentuk sempurna. Sebaliknya jika telur yang tidak elok, kuningya akan berwarna sedikit pucat dan cenderung ‘terlerai’ ketika kita pecahkan telur. Malah putih telur pun tidak selikat seperti biasa. Malah, ada juga telur yang mengeluarkan bau yang busuk atau orang dulu-dulu gelarkan ‘telur tembelang’.
4.GONCANG TELUR
Ada juga mempraktikan cara mengoncang telur ke telinga untuk menguji kesegaran. Sekiranya anda dapat mendengar bunyi pemendapan cecair di dalam telur, ia mungkin sudah rosak tetapi jika anda tidak mendengar apa-apa, telur itu dalam keadaan baik. Ini kerana telur yang baru biasanya ketika digoncangkan, tidak akan berbunyi kerana antara putih dan kuning telur masih “mengikat” antara satu sama lain.
5.TARIKH LUPUT
Alert juga mengenai tarikh luput pada bahagian bekas telur. Lazimnya tarikh luput ini ada dipasaraya tetapi agak sukar ditemui di kedai runcit biasa atau pasar borong. Jadi anda perlu bertanya bilakah tarikh telur itu diambil oleh jurujual tersebut.
6. KULIT TELUR
Pegang dan perhatikan sekeliling kulit telur, jika ia mempunyai butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar, ia masih segar. Pastikan juga kulit telur tidak mempunyai sebarang keretakan untuk menjamin telur elok dan tidak tercemar.
Semoga panduan ini menjadi rujukan untuk ibu ayah ketika membeli dan sebelum memasak sebarang hidangan yang menggunakan telur.
IKUTI PERINGATAN DOKTOR INI.
Dalam pada itu, seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari turut melahirkan rasa kebimbangan menerusi facebooknya. Beliau juga turut berkongsi tip mudah untuk kita semua cakna ketika mengunakan telur.
Sejak dapat tahu ada ramai mangsa yang mengalami keracunan makanan berpunca dari penggunaan telur tamat tempoh dekat Terengganu baru ni sampaikan ada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), saya dah mula rasa tak sedap hati.
Setiap hari masa bertugas memang kami akan jumpa kes yang kritikal. Tapi kalau ada yang terpaksa dirawat kat ICU tu, kemungkinan besar pesakit tu sebenarnya sedang bertarung antara hidup dan mati.
Akhirnya semalam mangsa berusia 25 tahun tu disahkan dah pergi meninggalkan kita semua akibat kegagalan pelbagai organ dalam badan (multiorgan failure) disebabkan jangkitan kuman yang melampau (septic shock).
Saya yakin kita semua tak nak tragedi dasyat ni berulang balik pada sesiapapun, apatah lagi pada anak kecil kita atau ahli keluarga yang lain.
Sebab tu saya nak minta kita semua tolong periksa betul-betul telur yang ada kat rumah kita tu tiap kali sebelum masak:
👉 Tolong tengok dulu tarikh pada kotak telur tu kalau ada. Make sure belum expired.
👉 Pastikan tak ada tanda keretakan pada kulit telur tu.
👉 Tak ada kesan berlendir pada permukaaan kulit telur. Kalau ada, tu tanda bakteria dah mula rosakkan telur.
👉 Kalau dekat kulit telur tu ada lapisan berdebu, maksudnya dah mula berkulat.
👉 Cuba cium dulu. Kalau ada bau busuk dan hanyir, telur tu memang confirm dah rosak.
👉 Buang telur tu kalau perasan dah ada perubahan warna pada putih telur.
👉 Sebelum pecahkan telur tu, masukkan dulu dalam gelas atau bekas berisi air. Mana yang terapung je tak turun-turun, maknanya tu telur lama. Baik buang cepat cepat dan jangan ambil risiko gunakan telur tu.
Telur yang dah rosak berisiko tinggi untuk tercemar dengan macam-macam jenis kuman. Tapi antara yang paling kerap dan paling bahaya bila dah tercemar dengan kuman Salmonella.
Kalau terkena jangkitan kuman Salmonella tu, kita mungkin boleh demam, muntah, sakit perut dan paling dasyat sampai berlaku kematian seperti yang terjadi semalam.
Tolong #share info penting ni pada kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang lain jugak ye. Siapa tahu tindakan kecil yang kita buat ni dapat menyelamatkan banyak nyawa yang lain.
Adat orang perempuan, suka nampak lawa.
Tapi nak dapatkan sekeping gambar yang dia puas hati tu bukan senang!
100 keping gambar sama belum tentu dia upload lagi.
Jadi kalau nak jimat masa kena la study sikit pose yang dia suka.
Dua benda je sebenarnya orang perempuan suka tengok dekat gambar mereka.
Nak nampak tinggi dan kurus!
Nak dapatkan gambar macam tu tak susah pun.
Kena la guide beliau sikit sebelum snap.
” ok baby ke kiri sikit bagi center, kaki lurus ke depan sikit, angkat dagu sikit, toleh kiri kanan belakang depan, 3,2,1 cisss!”
Jangan angkat camera main tekan je kang jadi gambar tak lawa pulak buang masa.
Ok dah dapat gambar yang beliau suka.
Masalah timbul bila semua gambar cantik!
Nak pilih gambar 1 je dari pagi bawa ke malam.
Jadi ikut pengalaman saya akan delete je senyap-senyap biar tinggal 2-3 keping gambar sebelum dia tengok.
Kejap je dia boleh pilih kompem!
Bila dia dah pilih satu gambar yang paling cun.
Soalan biasa akan keluar,
” baby, gambar ni ok tak?”.
Kat sini kita tak boleh jawab “ok je”.
Terlalu simple dan terlalu jantan.
Ini bakal merosakkan mood mereka.
Jawapan perlu disertakan dengan huraian.
” ok ni darling, lighting on point, tudung nampak tajam baju nampak flowy, bulu mata lentik, nampak kurus nampak tinggi dan sebagainya “.
Macam ni baru mereka seronok dengar!
Tak ada apa yang sukar bila kita senang berkomunikasi dengan isteri.
Ambil sedikit masa buat mereka rasa dihargai.
Senang hati isteri dilayan macam puteri.
Sentiasa jadikan mereka yang pertama di hati.
Bersabarlah melayan isteri kita,
Mereka pembawa bahagia.
Pikatlah hati mereka,
Walau sampai hari tua.
Kelonggaran SOP yang diumumkan membuatkan ramai menarik nafas lega. Apatah lagi, sekian lama anak-anak terkurung di rumah tidak boleh keluar ke taman mahupun melakukan aktiviti riadah.
Namun, ada juga yang kurang bersetuju memandangkan kes positif Covid-19 masih tinggi selain Varian Delta yang mengganas.Mengulas mengenai isu berkenaan, pengacara TV, Mya Zulfikli, dia berkongsi pandangan mengenai kesihatan dan perkembangan mental si kecil sama penting seperti kesihatan fizikal.
“Tidak dinafikan virus Covid sememangnya sangat bahaya namun jika melihat parents membawa anak-anak bermain di taman, memijak rumput dan pasir, janganlah terus menghukum dan menlontarkan kecaman. Hal ini kerana anak-anak juga sudah terlalu penat duduk di rumah dalam jangka masa yang panjang.
“Tidak semua orang bernasib baik mempunyai rumah besar yang memberi kebebasan untuk anak-anak berlari di rumah kerana jika mereka yang tinggal di rumah flat atau rumah yang tidak mempunyai halaman besar cara terbaik adalah dengan membawa anak-anak turun ke bawah dan bermain taman.
Dalam masa yang sama, Mya turut menasihati ibu bapa supaya tidak mengabaikan pengambilan vaksin, influenza dan sebagainya khusus buat anak-anak sekiranya disarankan oleh pihak berkuasa. Ini bagi memastikan antibosi anak-anak lebih kuat untuk melawan segala virus.
Perkongsian Mya mendapat reaksi ramai. Ada yang menyokong tak kurang yang kurang setuju terutama sekali apabila membabitkan soal kesihatan anak-anak. Namun rata-rata bersetuju, namun perlu mengikut SOP. sentiasa jaga jarak dan kebersihan diri.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.