“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”
Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?
Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor.
Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!
Apakah tanda-tanda masalah tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria?
1. Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil.
Ads
2. Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari.
3. Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah
4. Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.
Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil?
Ads
1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.
2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).
3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.
4. Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.
Kala ini, penularan covid-19 telah melonjak naik kepada 659 kes satu hari. Situasi yang membuatkan ramai yang semakin bimbang. Ketika ini juga ramai ibu bapa tidak membenarkan anak-anak hadir ke sekolah.
Walaupun pihak kerajaan tidak melaksanakan PKP, namun kita harus sentiasa mematuhi SOP elak jangkitan.
Bayangkan jika ramai yang dijangkiti dalam tempoh yang singkat, tentu banyak pesakit akan menjalani rawatan. Ketika ini sudah tentu para barisan hadapan seperti kakitangan perubatan bekerja dalam situasi yang mencabar.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang Dr mengenai situasi yang dialami oleh rakan beliau di Sabah.
Ikuti perkongsiannya.
Sesak nafas bila baca perkongsian dari rakan seperjuangan di hospital Sabah tentang kepayahan mereka menangani Covid. Saya tahu perasaannya kerana saya pernah berada di tempat yang sama beberapa bulan lepas. Penat, letih, pasrah, adakala rasa putus asa bagaikan tiada harapan. Shif 12 jam 6 hari berturut selama hampir 3 bulan bersarungkan PPE terasa hilang perasaan sebagai manusia. Hanya fikir nak survive; nak doffing PPE supaya boleh bernafas, berfikir, makan dan tidur. Itu saja. Cuma situasi kami waktu itu agak beruntung kerana ombak demi ombak pesakit Covid yang dijangkiti dapat diperlahankan kerana PKP dikuatkuasakan serta merta (walau terlambat 2 minggu). Tapi jumlah pesakit datang dalam keadaan tenat berkurang dalam masa sebulan.
Di Sabah dengarnya dah tenggelam dengan kedatangan ramai pesakit dalam keadaan tenat. Datang saja dah tahap 4 dan keatas. Seorang saja pesakit Covid tahap 5 yang dimasukkan ke ICU mengambil masa 2-6 minggu untuk di rawat di ICU. Lepas itu sambung lagi sebulan dua di wad biasa. Jadi turnover di ICU sebenarnya adalah sangat lama. Bagaimana jika ada pesakit Covid tenat lain yang memerlukan ICU? Nak hantar ke mana? Lainlah jika mereka datang pada tahap 1 dan 2. Cepat kami boleh rawat dan halang jangkitan daripada merebak menjadi tenat. Sebab itu bila positif saja kami pantau dan rawat. Bukan biarkan saja di rumah.
Nanti bukan saja pesakit tak perasan dah semakin tenat (hanya ambil masa 12-24 jam saja untuk melarat tanpa sedar), malah boleh jangkit pada ahli keluarga lain pula. Saya doakan rakan-rakan di Sabah kuat dan tabah. Buatlah sedaya yang mampu. Namun usah sampai gadaikan nyawa atau berkompromi dengan keselamatan tempat kerja. Nyawa anda lebih penting. Anda seorang boleh selamatkan beratus nyawa jadi jagalah diri sebaik mungkin.
Pada rakan lain, usahlah sebar berita palsu atau menormalisasikan wabak Covid ini. Saya dengar ada doktor yang tak pernah rawat Covid di hospital memandai-mandai kata Covid ini penyakit biasa. Ada pula yang kata usah risau; statistik Covid kita semuanya di penjara, takkan terkena kita.
Pedih hati bila staf perubatan sendiri memandang ringan dengan keterukan Covid. Anda tak merasa bergelumang dengan kahak Covid memanglah boleh gebang macam-macam. Cuba masuk ICU Covid dan buat aerosolised procedure selama berjam-jam tengok berani ke tidak, tahan ke tidak?
Kita perlu terus berwaspada namun tak perlu sampai panik. Difficult times don’t last. Take one day at a time. This too, shall pass. Stay safe everyone!
Penyakit batu karang tidak boleh dibuat main-main. Hanya mereka yang pernah mengalami sahaja tahu betapa sakitnya bila tiba-tiba diserang penyakit tersebut.
Bila dah kena serang sakit Batu Karang hempedu ni, terus kita akan terfikir macam mana lah nak buat kan.
Cara ini disyorkan oleh Prof Dr. Hamid Arshat denganmenggunakan bahan-bahan semula jadi.
Petua ini dikongsikan oleh doktor pakar sakit puan yang tak asing lagi di Malaysia. Begini caranya:
~Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut. ~Pada hari keenam, jangan makan malam ( dinner ). ~Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Kepada yang takde garam ni di rumah, ianya boleh dibeli di farmasi. ~Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom. ~Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon. ~Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis.
Petua kedua lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya: ~Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam. ~Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar. ~Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau. ~Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau. ~Banyakkan minum air kosong sepanjang hari. ~Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon. ~Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan.
Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari. Caranya: ~Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam. ~Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom. ~Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom. ~Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon. ~Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis.
Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.
Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.
Anda disarankan untuk mengamalkan salah satu daripada petua-petua di atas sekali setiap 6 bulan.
Barli dan gula batu Rebus satu paket barli sehingga lembut dan masukkan sedikit gula batu. Khasiat dari barli dan gula batu akan menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.
Jus lobak putih Amalkan minum jus lobak putih sebagai sarapan setiap pagi. Caranya, buang kulit & kisar lobak putih sehingga hancur. Anda boleh campurkan gula atau madu jika suka.
Serbuk jintan hitam , madu dan air panas Campurkan 1 sudu kecil serbuk jintan hitam, 3 sudu madu asli dan satu gelas air panas. Minum setiap malam sebelum tidur untuk menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.
Empulur jagung Ambil 7 tongkol empulur jagung yang te;lah dibuang isinya, rebus dalam 5 gelas air sehingga air menjadi separuh. Minum 3 kali sehari. petua hilangkan batu karang Sumber: Balconystair
Pokok bunga matahari Didihkan pokok bunga matahari. Masukkan semua termasuk akarnya. Rebus sehingga air tinggal separuh. Minum setiap hari.
Nanas Kupas sebiji nanas dan kisar bersama segelas air dan satu sudu garam. Minum satu cawan setiap pagi selepas bangun tidur.
Empulur nanas Selain isi, empulur nanas juga banyak khasiatnya. Rebus empulur nanas bersama gula batu. Minum setiap malam sehingga batu karang anda tiada lagi.
Tembikai dan gula batu Kisar sebiji tembikai bersama sedikit gula batu. Jus dari sebiji tembikai wajib dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insya Allah batu karang anda akan hancur.
Jus prune Jus dari buah prune juga membantu menghilangkan batu karang. Minum jus prune setiap hari sehingga batu karang anda tiada lagi.
Minyak zaitun, jus lemon dan jus nenas Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah: ~2 cawan minyak zaitun ~1 cawan jus lemon ~Sedikit jus nanas Caranya:
~Pilih dua hari yang sesuai iaitu 1 hari untuk rawatan dan 1 hari untuk berehat. ~Hari pertama: Berhenti makan pada pukul 12 tengah hari. Banyakkan minum jus buah terutamanya jus epal hijau. ~Berhenti minum pada pukul 6.30 petang. Pukul 7.00 petang: ~Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum. ~Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit. ~Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit. ~Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum. ~Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum). ~Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelab atau hitam. Itulah batu hempedu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Belum pun reda rasa kesedihan dihati Shuib sekeluarga, kini berdepan pula dengan ujian yang menimpa pada abang iparnya iaitu Ahmad Firdous Raissuddin yang telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, akibat positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat almarhumah isterinya pada Selasa Malam.
Memetik laporan di Harian Metro Shuib berkata, tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun masih dalam keadaan stabil.
“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” katanya.
Fobia Dengan Covid-19
Menurut Shuib, dia menjadi fobia dengan virus pembunuh itu dan menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.
“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib berkongsi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri.
“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.
“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,” katanya.
Ambil Vaksin
Shuib juga menekankan kepentingan vaksin dalam situasi pandemik sekarang.
“Jururawat yang bertemu saya meminta saya supaya menasihatkan semua mengenai kepentingan vaksin. Menurutnya, setiap hari mereka menguruskan orang yang dijangkiti, yang nyawanya diambil.
“Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang jangkitan,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Perjalanan IVF Madammu yang menelan kos hampir RM200,000 akhirnya berakhir dengan kebahagiaan apabila dikurniakan Ahmad Kayden selepas hampir sembilan tahun menanti zuriat.