Diakui ramai yang suka minum kopi, sama ada ketika sarapan, minum petang bahkan diambil lewat malam. Menghirup secawan kopi dirasakan satu kepuasan. Pun begitu, cuma diingatkan jangan diberikan kepada anak-anak kecil. Ini sebagaimana yang dinasihatkan oleh seorang doktor ini di akaun fbnya.

Bila Anak Minum Air Berkafein, Dr Ni Jelaskan Kesannya. Mak Ayah Kena Take Note!

Nak tahu kenapa kanak-kanak perlu dihindarkan dari minum minuman yang mengandungi caffeine, jom kita baca perkongsian penuh daripada.


Tengah bahagia hirup kopi, tiba-tiba anak datang dekat mintak nak minum sama.

Kita ni jenis mudah kesian kat anak, maka beri la dia teguk sikit. Anak suka bukan main sampai mintak nak rasa lagi. Dah jadi tak sampai hati pulak nak hentikan sebab tengok anak seronok minum, maka kita pun beri dan beri lagi.

Sedar-sedar sama banyak rupanya yang kita minum dengan yang dia minum.

IKLAN

Jangan wei!

Dalam kopi tu kan ada caffeine. Diuretic effect pada caffeine tu nanti akan buat dia selalu nak ke tandas untuk kencing.

Lepas tu mulalah air dalam badan tak cukup dan jadi dehydrated. Akhirnya mudah jatuh sakit.

IKLAN

Kes begini kerap sangat berlaku, tambah pulak masa musim panas macam sekarang ni. Dah lah banyak berpeluh, kemudian selalu buang air. Itu yang buatkan badan anak kekeringan.

Bukan kopi je tau, benda ni semua turut mengandungi caffeine:

▪️ Teh
▪️ Ais krim kopi
▪️ Minuman berkarbonat (soft drink)
▪️ Air soda

IKLAN

Sebab tu kena wajibkan diri kita berkira sikit untuk beri semua ni pada anak demi kebaikan. Selain di rumah, kalian perhatikanlah jugak diet anak masa dia orang dekat taska.

Kadang-kadang pengasuh dan cikgu ada yang belum tahu tentang hal ni, tak sengaja berikan pada anak kita.

Tolong ya, bantu saya sebarkan tulisan ni supaya lebih ramai parent yang dapat ilmu ni dan jadi lebih berhati-hati lepas ni.

sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI