Jika hendak nampak tinggi, biasanya kita sebagai orang perempuan ini akan memilih untuk mengenakan kasut bertumit tinggi agar memberi ilusi lebih tinggi dan langsing. Pun begitu, menggayakan kasut bertumit hingga 5 inci atau 8 inci setiap hari, pastinya akan memberikan rasa tidak selesa pada bahagian kaki. Namun disebabkan hendak bergaya, ada juga yang sanggup sakit demi untuk menjaga imej.

Sebenarnya untuk terlihat tinggi, ada cara lain yang lebih menyenangkan untuk anda lakukan. Ini sebagai mana menurut guru imej Puan Mary yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mendalam berkenaan penampilan. Katanya, jika wanita dengan ketinggian bawah 155cm, disarankan semasa membeli pakaian perlu fokus kepada beberapa hal. Nak tahu apakah itu, jom semak!

[su_highlight background=”#fdfcf4″ color=”#8d0e12″]Fokus kita apabila membeli pakaian[/su_highlight]

  • Pilih pakaian yang memberikan ilusi tinggi; dan/atau
  • Pilih pakaian yang tidak menyebabkan tubuh kelihatan lebih rendah

Cara untuk memastikan pakaian yang dipilih memenuhi tujuan di atas ialah:

  • Perhatikan baju dari atas ke bawah
  • Pecahkan baju berdasarkan perbezaan jelas seperti warna, cara potongan atau perincian
  • Semakin banyak pecahan maka pakaian tersebut semakin mudah menyebabkan kita kelihatan rendah

Untuk membantu cik puan faham konsep ini, mohon rujuk gambar ini.

IKLAN
Bila Beli Pakaian, Ibu Sila Ikut Formula Ni Kalau Nak Nampak Lebih Tinggi. Memang Menjadi!
sumber gambar :zalora

Keseluruhan pakaian wanita ini telah memecahkan tubuhnya kepada 4 bahagian berdasarkan perbezaan yang ketara pada gaya ini.

Disebabkan beliau seorang model dengan ketinggian sekurang-kurangnya 165cm, pastinya beliau tidak kelihatan rendah dengan gaya ini.

Namun untuk wanita dengan ketinggian bawah 155cm, gaya ini dengan mudahnya menyebabkan kita kelihatan lebih rendah dan berisi.

IKLAN

Sebagai contoh, wanita berikut mengenakan pakaian dengan hanya dua pecahan jelas.

Bila Beli Pakaian, Ibu Sila Ikut Formula Ni Kalau Nak Nampak Lebih Tinggi. Memang Menjadi!
Sumber gambar: zalora

Gaya pakaian ini amat bagus untuk wanita yang rendah dan wanita yang gempal tubuhnya.

IKLAN

Sumber : Puan Mary

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI