Kejadian terputus bekalan elektrik mungkin ketika ini sudah jarang-jarang berlaku berbanding zaman-zaman kita kecil dahulu.

Pun begitu, andai terjadi tentu kita sekeluarga tidak selesa dibuatnya. Suasana dalam rumah terasa panas, dan jika kejadian  blackout pada tengah malam maka terpaksa bergelap pula.

Selain masalah  itu, ada satu perkara perlu diambil berat adalah berkenaan makanan yang tersimpan di dalam peti sejuk.

Adakah makanan tersebut masih selamat untuk dimakan dan bagaimana untuk mengetahuinya.

Memahami masalah ini dengan info yang tepat, di sini dikongsikan maklumat daripada Public Health Malaysia. Semoga dapat dimanfaatkan.

IKLAN

Ini perkongsiannya.

Jika berlaku blackout, elakkan membuka peti sejuk. Ini penting untuk mengekalkan suhu selama mungkin.

Selepas elektrik hidup semula, baru buka peti sejuk dan periksa suhu peti sejuk.

IKLAN

Bila Blackout Kembali Pulih, Segera Periksa Peti Sejuk. Ada Sebabnya!

Makanan berikut masih boleh digunakan jika suhu peti sejuk diatas 4.5 darjah selsius lebih dari 2 jam

IKLAN

✔️ keju
✔️ Mentega
✔️ Roti dan biskut
✔️ Minuman jus yang telah di buka
✔️ Sayur dan buah buah-buahan

Makanan yang mungkin perlu di buang jika mula berbau

✔️ Daging, ayam, ikan
✔️ Susu, yougurt, produk tenusu
✔️ Buah dan sayur yang telah di potong
✔️ Makanan yang telah dimasak

sumber : Public Health Malaysia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI