Hidup ini penuh dengan ujian, tipu jika ada yang mengatakan sepanjang hidupnya tidak pernah ditimpa musibah. Apa yang pasti setiap antara kita ada masalahnya yang tersendiri.

Bahkan kita turut menyedari kerana sesuatu ujian itulah juga yang dapat membuka mata hati kita, mendidik kita supaya sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah. Pasti ada hikmat di atas setiap apa yang berlaku.

Namun sebagai menusia biasa, kadang-kadang timbul juga pertanyaan yang seakan tidak masuk akal kita sebagai hambaNYa. Tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali.

Bila Diuji Dengan Anak Atau Pasangan Hidup. Ustazah Asma Harun Kongsikan Ni, Jadikan Semangat!

“Takdir Allah Tak Pernah Silap”-Ustazah Asma Harun 

Berkongsi berkenaan takdir hidup ini, ustazah Asma Harun di akaun TikToknya ada berpesan mengatakan takdir Allah tak pernah silap. Perkongsian di dalam videonya itu mendapat perhatian warganet hingga 1.6M tontonan, menjentik hati kita untuk lebih sabar dalam menempuh ujian hidup.

“Takdir Allah tak pernah silap. Betapa telitinya Allah swt sebab itu apabila Allah takdirkan sesuatu berlaku dalam hidup kita, dengan siapa yang kita jumpa, siapa bos kita, siapa orang bawah kita, siapa pasangan kita, siapa anak kita dan siapa ibu ayah kita, Allah tidak pernah tersilap walaupun dalam keadaan yang kita rasa sedih, kita rasa macam tak ada keadilan,” jelasnya di awal perkongsiannya.

Mengurus Takdir 

Menurutnya lagi, kita yang diuji perlu tahu menguruskan sesuatu yang telah ditakdirkan dengan sebaik mungkin. Persoalan demi persoalan menyalahkan takdir, akhirnya menimbulkan ketidakpuasan hati yang tiada penyudahnya.

“Kenapa suami saya macam ni. Kenapa anak saya macam ni. kenapalah saya lahir dengan ibu bapa macam ni, macam ni, kenapalah saya jumpa orang ni yang banyak menyakiti hati saya. ”

IKLAN

“Allah tidak pernah silap mengaturkan setiap satu yang berlaku dalam hidup kita. Berapa jumlah gaji kita. Kalau kita komen, orang atas macam senang gaji besar contohnya Kita tak tahu bebanan apa yang mereka tanggung.

“Allah paling tahu berapa jumlah rezeki yang kita mampu terima, yang mampu kita uruskan supaya kita tidak lalai daripada jalan kebenaran.

“Mungkin  kalau kurang begini kalau lebih begini, sebab itu tugas kita bukan mengatur atur hidup kita sekian sekian.

“Tetapi menguruskan takdir Allah terhadap hidup. Allah mentakdirkan semuanya dengan sempurna. Allah Ya Hakim Yang Bijaksana, Allah Ya Alim Yang Maha mengetahui, Allah Ya Syahid, Yang Maha Menyaksikan semuanya, Allah Ya Rasyid Yang Maha Cergas, Allah mengatur segala-galanya dengan kekuasaanNya, kebijaksanaanNya,” jelasnya panjang lebar dan mendapat perhatian warganet.

@ustazahasmaharun Takdir Allah Tidak Pernah Silap #uahsahabatduniaakhirat ♬ original sound – Ustazah Asma’ Harun

Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet terkesan dengan perkongsian yang diberikan oleh Ustazah Asma Harun dalam mendidik diri agar lebih reda dalam menerima ujian. Malah ramai yang akui melalui perkongsian tesebut telah  memotivasikan diri mereka ke arah lebih positif berdepan dengan ujian hidup.

IKLAN

“Sedih saya dengar apa yang ustazah cakap. Bab gaji tu,kadang-kadang saya terfikir jugak. Kenape gaji saya tak banyak macam orang lain. Sampai saya segan dengan mak dengan ayah.”

“Allah takdirkan saya tengok video ni untuk saya terus semangat melalui tiap ujian dugaan dalam ketenangan. Terima kasih ustazah”

“Terima kasih ustazah, banyak manfaat yang saya dapat dari posting ustazah, banyak benda yang selama ni kita rasa macam tersilap tapi sebenarnya kita yang tersilap menguruskanya”

“Betul. Kalau kita faham konsep qada dan qadar, terima segala sesuatu ada hikmahnya maka kita tidak akan persoal ketentuan Allah SWT.

Sumber : Tiktok Ustazah Asma Harun

 

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Bila Diuji Dengan Anak Atau Pasangan Hidup. Ustazah Asma Harun Kongsikan Ni, Jadikan Semangat!

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Bila Diuji Dengan Anak Atau Pasangan Hidup. Ustazah Asma Harun Kongsikan Ni, Jadikan Semangat!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI