Inilah yang dikatakan ‘rumahku syurgaku.’ Kediaman ini iaitu 4 tingkat dengan duduk 5 keluarga telah meraih perhatian ramai. Mana taknya semua anak-anak duduk dalam satu rumah walaupun sudah berumahtangga.

Perkongsian pemilik facebook, acaiijawe  berkongsi sebuah kediaman di Arab Saudi yang mengunakan pendekatan begitu.

Dia teruja dengan konsep berkenaan memuji sikap pemilik kediaman itu. Katanya keluarga berkenaan telah membeli tanah dan membina kediaman gaya apartment bagi memuatkan 5 buah keluarga. Malah katanya lagi, cara ini menjimatkan kos dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Seterusnya ikuti perkongsian inspirasi ini.

Semalam dapat jemputan dinner dari saudara belah wife yang dah 50 tahun menetap di Makkah.

Mak ayah je boleh cakap melayu (banjar) dengan fasih. Anak-anak semua lahir di Saudi.
Nak kongsi sikit cara hidup mereka di sini.

• Rumah mereka besar ada 4 tingkat. Duduk 5 keluarga.
• Beli tanah. Buat rumah style apartment. Anak-anak dah kahwin duduk sekali.
• Tapi rumah asing-asing. Luas sebuah rumah 1100+ sqf. 3-4 bilik, dapur sendiri & design berbeza2.
• Ada satu ruang keluarga yang luas untuk makan, sambut tetamu, solat dsb. Ini ruang untuk lelaki.
• Mungkin itu cara mereka atasi masalah harga rumah sangat mahal di sini.
• Apartment kecil harga >RM500k. Teres/banglo harga berjuta walaupun kat padang pasir.
• Jadi duduk sekali dalam satu pagar dan bangunan kurangkan kos. Semua boleh ada rumah. Boleh jaga satu sama lain.
• Salah satu budaya arab ni mereka suka meraikan tetamu dan rajin bersedekah. Memang tak berkira bab ini.
• Mereka jamu kami yang datang cuma berempat banyak camni. Suku je habis walaupun sedap sangat.

Bila Rumah Konsep Apartment 4 Tingkat, Duduk 5 Keluarga, Konsep Kediaman Ini Raih Perhatian.

• Itu belum appetiser, desert, buah-buahan selain main course ni.
• Sebab tu dapur mereka luas. Mereka jenis rajin masak banyak dan jemput tetamu ke rumah.
• Rasa teruja lihat setting dapur orang arab.
• Ini baru dapur rumah mak ayah. Anak-anak ada dapur sendiri.
• Dari luar rumah semua nampak kotak. Dalam cantik. Elak cuaca extreme.
Kesimpulan. 2 benda aku belajar.
Design rumah mesra keluarga dan meraikan tetamu.
Anak2 mereka yang tak fasih melayu pun berusaha sungguh-sungguh cuba borak dengan kami.
Lepas berjemaah Isya’ mereka hantar semula kami ke hotel. Setiap orang dapat hadiah lagi 
Begitulah.

Bila Rumah Konsep Apartment 4 Tingkat, Duduk 5 Keluarga, Konsep Kediaman Ini Raih Perhatian.

IKLAN

Ruang Rumah Yang Luas

Bila Rumah Konsep Apartment 4 Tingkat, Duduk 5 Keluarga, Konsep Kediaman Ini Raih Perhatian. Bila Rumah Konsep Apartment 4 Tingkat, Duduk 5 Keluarga, Konsep Kediaman Ini Raih Perhatian. Bila Rumah Konsep Apartment 4 Tingkat, Duduk 5 Keluarga, Konsep Kediaman Ini Raih Perhatian. Bila Rumah Konsep Apartment 4 Tingkat, Duduk 5 Keluarga, Konsep Kediaman Ini Raih Perhatian.

Sumber: acaiijawe

Baca Juga: Sebab Jati Diri, Ibu Ini Tak Kisah Anak ‘Travel’ Jauh Naik ‘Train’ Ke Sekolah Dari Putrajaya Ke Kuala Lumpur.

IKLAN

Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.

Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

Trending:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Bila Rumah Konsep Apartment 4 Tingkat, Duduk 5 Keluarga, Konsep Kediaman Ini Raih Perhatian.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI