Senario isteri selalu dikatakan lambat bersiap untuk pergi ke mana-mana hatta hendak berkunjung ke rumah sanak saudara untuk berhari raya sering juga mengundang rasa tidak puas hati dikalangan lelaki bergelar suami.
Benar,memanglah penantian itu suatu penyiksaan. Tapi pernah atau tidak encik suami terfikir sebab apa isteri boleh menjadi orang yang terakhir bersiap dan sekali gus menjadikan seakan seorang isteri itu lambat bersiap.
Hal yang sama juga ingin dikongsikan oleh seorang ibu ini berkenaan senario ini. Jom semak apa katanya.
Perempuan selalu dahulukan anak dan suami. Betul. Tapi, suami dengan sempoinya…
“Yang, tak siap lagi? Abang tinggal jelah, pergi dengan anak-anak”, kata suami, walaupun dengan nada gurau, hatiku dirundung pilu.
Aku tak jawab. Dalam hati amboi, takkan tak nampak.
IKLAN
Dari tadi iron baju, mak. Dari tadi jahit baju anak, mak. Dari tadi, siapkan anak pakai baju comel-comel sedondon, mak.
Orang lelaki cakap, “pakailah apapun, janji elok”.
Perempuan gembira dia bukan kepalang, satu keluarga pakai baju sama atau lebih kurang sama, raikanlah. Bukan selalu. Setahun sekali saja.
Bukan apa, kalau orang tanya senang nak jawab. “Yang baju purple tu semua anak saya”. Gitu.
IKLAN
Perempuan mesti nak pastikan anak-anak dan suami tampil kemas. Kalau comot, suami juga malu. Raikanlah. Raikanlah. Bukan selalu pun. Setahun sekali saja.
Kalau nampak isteri kalut siapkan anak, suami chill. Kemudian bagitahu,
“Yang, takpa take your time. Abang tunggu. Bagi semua elok baju siap cantik, tudung muncung cantik, baru keluar”.
Pasal, kalau baju dia tak sempat iron, tudung dia muncung tak jadi pasal iron tak betul, dia boleh muncung sepanjang hari.
IKLAN
Amacam, lelaki? Nak beraya dengan happy atau tengok isteri moody?
Nota:Dengan Dhuha, sama tapi tak serupa. Bolehlah sedondon. Muncung tudung pun boleh tahan. Mak gembira sepanjang hari.
Dah jadi kebiasaan bila anak-anak dah berumahtangga, akan keluar ke rumah sendiri bersama keluarga kecil mereka. Ye la tak manis pula kan bila dah berkahwin duduk dengan mak ayah lagi. Waktu ni la suami isteri ini nak duduk berdikari dan nak ada privasi sendiri menjalani hidup bersama.
Namun lain pula bagi sebuah keluarga yang tular ini di mana beruntung anak menantunya bila di bapa membina rumah baharu untuk setiap anak kerana tidak mahu berjauhan antara satu sama lain.
Perkara ini dikongsikan oleh anaknya dalam satu perkongsian di laman Tiktok, yang menunjukkan deretan kediaman yang dibina di belakang rumah bapanya itu turut dilengkapi dengan ruang landskap serta tempat parkir.
“Cara ayah tak nak anak duduk jauh dari dia, buatkan rumah seorang sebiji dekat belakang rumahnya. Pakej siap dengan parking dan laman rumah,” tulisnya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, difahamkan @seketulajira tidak duduk secara percuma sebaliknya masih perlu membayar separuh daripada kos rumah kepada bapanya pada setiap bulan.
Rakaman berdurasi 38 saat itu memaparkan kira-kira empat unit rumah yang sudah siap dibina dan bersedia untuk dihuni oleh anak-anak serta menantu.
@seketulajiraSuch a blessing , semoga dimurahkan rezeki selalu 🤲🏻
Meninjau di ruangan komen, rata-rata luah rasa teruja dan menyifatkan orang tua tidak memilih kasih. Malah, ada juga yang memintanya untuk memuat naik video rumah yang telah siap dibina.
Dah jadi kebiasaan di laman sosial, orang berkongsi cerita atau hal-hal penting dalam hidupnya seperti ucapan hari jadi buat tersayang.
Sempena ulang tahun kelahiran anak lelaki kesayangan Pelakon hebat Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden yang ke-4, dia telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut turut meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa apabila dikurniakan seorang anak yang cerdik seperti Jebat.
Baba kuat sebab Jebat
Happy Birthday my dear son.. Im getting older the same day as you.. But im very sure my love for you is getting stronger..
Tambah Sharnaaz, Jebat adalah kekuatan untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan. Apa yang diraih sekarang ini semuanya adalah disebabkan Jebat. Sharnaaz turut berterima kasih kepada Jebat kerana sentiasa memberi peluang dan menyayangi dirinya setiap hari.
Boy nak jadi kuat macam baba.. Boy, baba kuat sebab cek.. who am i today is because of you.. Thank you for giving me the unconditional love every sec of your day..
Di akhir kata dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz sempat menitipkan doa buat anak lelakinya supaya menjadi anak yang kuat, bijak dan tidak membiarkan sesiapa sahaja mengambil kesempatan terhadap dirinya. Ujar Sharnaaz, dia berharap Jebat mampu berlawan untuk mendapatkan kebenaran dalam setiap apa yang dilakukan.
Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita .. Always fight for what you think is right. Salah atau betul bukan manusia yg hakimi.. You are the king of your self.. love u boy @jebatjayden
Meninjau di ruangan komen, terlihat bekas isteri dan juga ibu kepada Jebat, iaitu Noor Nabila meninggalkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat anaknya Jebat. Malah, Nabila juga turut meninggalkan ucapan yang sama buat Sharnaaz yang berkongsi tarikh lahir sama iaitu pada 30 Ogos.
Tidak ketinggalan, rakan artis dan juga pengikut Sharnaaz di Instagram juga turut beri ucapan buat Sharnaaz dan Jebat, dan mendoakan anak dan bapa ini sentiasa sihat, dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu.
Tukar di media sosial mengenai seorang guru yang bercakap tentang kesilapan ibubapa. Guru itu meluahkan bahawa ada murinya yang pergi sekolah tidak tahu menguruskan diri sendiri.
Katanya lagi, ada ibu bapa membiarkan anak bermain dengan gajet dalam tempoh yang lama hingga didakwa mengalami masalah pertuturan, (Speech Delay
Oleh kerana cara teguran guru berkenaan agak kurang manis, membuatkan ramai ibu bapa terguris terutama yang mempunyai anak sebegitu.
Ahli Terapi Carakerja, Maryam Jamadi berkongsi pandangan mengenai isu viral itu yang mendapat perhatian ramai.
ANAK “SPEECH DELAY” SEBAB GADGET, PADAN MUKA!
Saya tertonton pula video seorang guru tadi, walaupun anak saya tak ada masalah “speech delay”. Saya pun terasa hati juga, mungkin sebab cara penyampaian terlalu skeptikal dan pukul rata semua masalah perkembangan anak disebabkan gadget.
Terbayang muka anak-anak di pusat terapi saya, sampai begitu sekali pandangan guru tersebut yang mungkin ramai lagi yang ada pemikiran yang sama.
Jadi, saya nak beri sedikit pencerahan kepada semua yang:
1. Speech delay sebab gadget : YES AND NO
YES: Jika ada sejarah pendedahan skrin lebih 30 minit sehari semasa umur bawah 18 bulan.
NO: Jika tiada pendedahan skrin.
2. Toileting accidents sebab gadget: YES AND NO
YES: Jika anak menonton gadget lebih dari waktu yang sepatutnya.
NO:Jika tiada pendedahan skrin berlebihan.
3. Tak pandai urus diri sebab gadget: YES AND NO
YES: Jika ada kelewatan perkembangan motor halus atau motor kasar disebabkan terlalu banyak didedahkan dengan gadget dan kurang pergerakan.
NO: Jika tiada masalah kelewatan perkembangan motor atau pergerakan terhad disebabkan duduk setempat.
4. Autism-like-symptom sebab gadget: YES
YES: Jika anak didedahkan dengan skrin terlalu lama contohnya 5 jam sehari dan kurang rangsangan sensori dan kurang interaksi dua hala.
5 Autisme sebab gadget: NO
NO: Didedahkan dengan skrin atau tidak, anak tetap ada autisme.
Nampakkan?
Tiada yang pasti dan tidak semua kes melibatkan kelewatan perkembangan berpunca dari gadget. Saya harap dapat beri pencerahan kepada semua pendidik dan mak ayah.
Kita sebagai profesional tidak boleh pukul rata dan skeptikal terhadap pihak lain sekiranya terdapat masalah kepada anak.
– Nampak anak lewat cakap terus label, “Haa, ini mesti mak ayah kurang cakap dengan anak. Padan muka!”.
– Nampak anak autisme terus label, “Ni mesti mak ayah bagi anak main gadget selalu, padan muka!”.
– Nampak anak aktif sangat/ ADHD terus label, “Ni mak ayah tak pandai jaga anak, padan muka!”.
Habis itu bagaimana dengan mak ayah yang dah usaha sebaik mungkin untuk perkembangan anak sejak anak dilahirkan, bercakap dengan anak tak berhenti atau tegas dengan anak tetapi anak tetap ada masalah lewat bercakap, Autisme atau ADHD?
Tidak adil bukan?
Sudahlah diuji dengan masalah anak, diuji pula dengan pandangan orang sekeliling.
Jadi, saya mohon sangat-sangat hentikanlah tanggapan dan pandangan skeptikal terhadap mak ayah yang mempunyai anak “speech delay”, autisme atau ADHD.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz