Menjadi habit dah bila tengah tengok tv atau buat kerja, ada kudapan di sebelah. Selalunya akan beli makanan yang paling mudah untuk dicapai iaitu semestinya snek yang dijual di kedai, tinggal capai sahaja dan beli! Kalau rajin sikit dan nak sihat, sediakan buah.

Dah melonjak umur ni, sebaiknya makanlah makanan yang berkhasiat, untuk kesihatan pada jangka masa panjang nanti. Takut dah tua, banyak pula penyakit yang datang. Seram! Misalnya sediakan snek sihat seperti snek granola yang dikongsi oleh Siti Fazilah Jamaludin ini.

Granola adalah jenis makanan yang umumnya terdiri dari beberapa campuran gandum, buah kering dan kekacang, justeru ia amat sesuai bagi mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan.

Senang je cara nak buat! Tak percaya? Tengok sampai habis!

RESIPI SNEK GRANOLA

Bahan-bahan:

1/2 cawan minyak canola/minyak jagung/minyak olive oil/pure coconut oil (pastikan bukan minyak masak)
1/2 cawan madu
Garam
Serbuk kayu manis
3 cawan rolled oat
1/2 cawan kekacang pilihan (empunya resipi guna hirisan badam)
1/2 cawan sunflower seed (kuaci)

Boleh Berhenti Dah Makan Jajan Tak Sihat! Ganti dengan Snek Granola Ni, Lebih Sihat & Kenyang

IKLAN

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk, satukan minyak canola/jagung/olive oil/minyak kelapa tulen, madu serta taburkan garam dan serbuk kayu manis secukupnya. Kacau rata semuanya.

2. Kemudian tambah rolled oat, kekacang dan sunflower seed (kuaci). Kuantiti bahan ini bergantung pada anda, asalkan ia tersalut dengan bahan basah tadi.

Boleh Berhenti Dah Makan Jajan Tak Sihat! Ganti dengan Snek Granola Ni, Lebih Sihat & Kenyang

3. Kuantiti bahan ini bergantung pada anda, asalkan ia tersalut dengan bahan basah tadi.

IKLAN

4. Lapik loyang dengan baking paper, ratakan granola di atas loyang.

Boleh Berhenti Dah Makan Jajan Tak Sihat! Ganti dengan Snek Granola Ni, Lebih Sihat & Kenyang

 

5. Bakar pada suhu 180°C menggunakan api atas bawah selama 20 minit. Balik-balikkan supaya semuanya masak rata.

IKLAN

6. Nampak dah perang, boleh keluarkan.

7. Bila dah sejuk sikit, boleh tabur kismis, apricot atau cranberry bits.

Boleh Berhenti Dah Makan Jajan Tak Sihat! Ganti dengan Snek Granola Ni, Lebih Sihat & Kenyang

8. Siap! Boleh makan begitu saja atau tabur atas yogurt untuk sarapan atau makan bersama overnight oat.

Sumber : Facebook Siti Fazilah Jamaludin

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI