Keletah dua beradik ini menjadi tumpuan warga maya bila mana si ibu memuat naik sekeping video. Melihatkan gaya kakak yang nampak geram dengan pipi adiknya membuatkan ramai terhibur.
Apa tidaknya, Aafiyah anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza ini dilihat menekan-nekan pipi adiknya Muhammad Afwa sehingga merah dikerjakannya.
Gelagat serta mimik muka kegeraman Aafiyah juga mengundang perhatian dan membuatkan ramai terhibur.
Afwa yang kini genap 5 bulan usianya membesar dengan sihat dan tampak berisi tubuh . Patutlah si kakak geram je tengok badan adiknya yang begitu comel kan.
Perkongsian video oleh Tokti menunjukkan Aafiyah berbaring di katil bersama adiknya. Kapsyen yang dimuat naik ibunya dengan nada lucu turut membuatkan ramai terhibur.
Ads
“Kakak Sebenarnya menahan geram.”
Sesuai kapsyen tersebut dengan gelagat Aafiyah yang dilihat begitu asyik menekan pipi adiknya. Siap mengetap pipi menahan kegeraman. Cukup comel gaya dua beradik ini.
Sebagai pasangan suami isteri tentunya mendambakan mempunyai zuriat penyambung keturunan. Namun hidup ini penuh ujian hingga ada yang telah pun berbelas tahun mendirikan rumah tangga namun belum lagi dikurniakan rezeki anak.
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun kita hanya merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.
Inilah yang dikongsikan oleh pelawak dan pelakon, Achey pasrah apabila keputusan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukan isterinya, Anne tidak berjaya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menerusi hantaran video dalam Instagram miliknya, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 36, dilihat menenangkan isterinya yang tidak dapat menahan sebak setelah mendapat tahu keputusan rawatan tersebut.
“Syukur alhamdulillah, reda. Anne (isterinya) mohon bangkit dengan kuat,” tulis Achey menerusi ruangan kapsyen.
Achey juga meminta sedikit ruang buat isteri tercinta, Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah yang masih dalam keadaan berduka.
“Empat bulan keluar masuk sini…. jumpa lagi… bukan tak move on tapi ianya sedikit perlahan… ruang masa mungkin lebih..”
Malah video pendek itu turut memperlihatkan betapa isterinya sedih berada di kerusi roda sambil memeluk erat achey yang nampak begitu tenang menerima berita pilu ini.
Begitu juga menerusi perkongsian Anne di laman sosialnya turut berkongsi berita sedih tersebut dengan anak angkatnya. Di lihat Tiara menangis apabila mengetahui dirinya tidak dapat menjadi seorang kakak.
“Kita usaha,Allah menentukan….Mungkin belum ada rezeki utk kita….Kakak sabar ya,insyaAllah ada rezekinya nanti…😢😢😭😢 kalau kakak sedih,mama dgn ayah 10x lagi sedih….Mama sayang awak dan ayah awak” tulisnya di kapsyen hantaran video yang cukup menyentuh hati hingga mengundang sedih warganet.
Pengalaman pahit anak angkat diambil semula ibu kandungnya meninggalkan kesedihan dan kesan trauma buat penyanyi Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan. Mark Adam sebelum ini pernah mengambil anak angkat. Bagaimanapun ibu kandungnya telah mengambilnya semula sehingga isterinya menangis dan trauma.
Bagi pasangan yang berkahwin tentulah inginkan anak sebagai penyambung zuriat. Memetik kosmo, Mark enggan lagi memikirkan soal mengambil anak angkat. Mark tidak sanggup lagi melihat isterinya menanggung impak emosi memikirkan peristiwa tersebut.
Katanya, biarlah perkara tersebut menjadi urusan Tuhan dan dia tidak mahu terlalu berharap bimbang peristiwa lampau berulang kembali.
“Bagaimanapun setahun kemudian kami terpaksa menyerahkan semula anak itu sehingga isteri kerap menangis dan menanggung kesedihan yang mengambil masa untuk sembuh.
“Namun kami tidak pernah menutup pintu sekiranya ada rezeki untuk ambil anak angkat tetapi kami akan lebih hati-hati dan pastikan ada hitam putih serta mengikut undang-undang,” katanya.
Menurut Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 45, mereka hanya menyimpan kemas segala memori selain menyibukkan diri dengan belajar berniaga dan menyertai karnival jualan.
“Selain sibuk dengan pusat latihan vokal Akademi dan menguruskan karier seni saya, Izan (isteri) suka berniaga dan rajin belajar asas bisnes dengan mengikuti banyak festival jualan.
“Ikutkan perancangan jangka panjang kami memang nak serius dalam bisnes sebab dapat bantu famili serta buka peluang pekerjaan kepada orang lain.
“Buat masa ini kami berniaga ikut musim, macam biskut ketika bulan puasa serta barangan lain termasuk baju-baju ‘preloved’,” katanya.
Penyanyi lagu Pencuri itu bersama pasangan selebriti, Nad Zainal dan Ungku Ismail menyertai pasar komuniti anjuran hotel terbabit sebagai antara cara menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan jualan pada harga rendah.
Terdahulu perkahwinan Mark dan Norazah atau dipanggil Izan yang kini sudah memasuki tahun ke-20 belum dikurniakan cahaya mata.
“Seminggu baru detect. Itu pun sebab perasan hidung dia berair sebelah. Dan bila dia bercakap busuk sangat. Ingat sebab dia tak gosok gigi. Tapi bila gosok gigi still busuk.”
Begitulah situasi yang dilalui olah seorang ibu,puan Eradiah Jasmi tanpa disangka, dalam hidung anaknya terdapat bendasing tanpa pengetahuannya. Setelah hampir seminggu, dengan bahagian hidung mengeluarkan bau busuk, barulah menyedari dalam hidung anaknya terdapat tisu. Kejadian itu berlaku ketika anaknya berusia 2 tahun 4bulan.
Menerusi perkongsian menerusi group Kami Suri Rumah, beliau mengimbau kisah anaknya ketika tersumbat tisu. Kini, perkara yang sama terjadi kepada anak bongsunya yang berusia Adik 2 tahun 3 bulan namun kali ini tersumbat biji kacang pula.
Memang mencabar mengasuh anak-anak ketika sedang lasak dan aktif ke sana ke sini. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa agar mengawasi anak-anak untuk mengelak daripada perkara yang berbahaya.
Ikuti perkongsian ini.
Siapa pernah anak tersumbat benda asing dalam hidung. Ni anak bongsu saya, dia masukkan kacang tanah dalam hidung. Sebelum ni abang dia juga pernah sumbat tisu ke dalam hidung, seminggu baru detect. Itu pun sebab perasan hidung dia berair sebelah. Dan bila dia bercakap busuk sangat. Ingat sebab dia tak gosok gigi. Tapi bila gosok gigi still busuk.
Dr kata alahan tapi nasib baik check hidung.
Jumpa Doktor, Doktor kata allergic. So Dr bagi ubat allergic tapi sy tak puas hati so saya suruh Dr try check dlm hidung Dia sb kita perasan dia asyik tak selesa dgn sebelah hidung tu Pastu pelik selsema nya sebelah sahaja. Bila Dr suluh memang ada la Tapi senang kepit terus boleh keluar. Memang dah bernanah n berdarah Busuk tu Allah je taw.
Kini adik pula tersumbat kacang dalam hidung Tapi si adik ni, puas pergi semua klinik depa tak ada alat sebab adik punya bulat susah nak kepit. Jadi ada Dr suggest suruh pergi klinik ENT. Jadi sy ke klinik ENT dan depa buat suction. Bila Dr, suction terus kacang tu ke dalam dan hilang.
Dr buh normal saline dan mohon pantau anak ketika dia tidur moga dia punya pernafasan back to normal. Saya berharap tiada apa lah yg berlaku. Dari pukul 6 tadi tidur sampai sekarang tak bangun. Penat meronta dan menjerit sakit agaknya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi tip jika menghadapi situasi seumpama ini.
Puan-puan, Kalau anak-anak jadi gini. Mohon bagi tengok matahari atau bagi bau lada hitam supaya dia bersin. Atau ibu boleh buat cara mouth by mouth dgn 1 hidung anak ditutup, tarik nafas panjang dan hembus ke dalam mulut anak. Supaya benda asing tu mudah keluar. Kalau tidak boleh juga mohon terus ke hospital. Jgn sesekali guna jari atau alatan yang menyebabkan keadaan makin sukar.
Semoga jadi iktibar untuk awasi keselamatan anak-anak.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.