Bagi menyambut kehadiran tetamu di hari raya ini apa kata cari kelainan dengan menyediakan puding buah yang sangat mudah disediakan ini.
Resepi jelly buah yang dikongsikan ini bukan sahaja sedap tetapi mampu menarik perhatian ramai terutama anak-anak kecil. Selain sedap, berkhasiat untuk anak-anak.
Jom cuba resipi perkongsian Miz S Shaliza ini di rumah raya ini. Paling penting gunakan acuan kuih lompang untuk cari kelainan.
Bahan-bahan:
10gm serbuk agar-agar (clear)
200gm gula pasir halus (resepi asal 250gm)
Air 1 liter
Buah strawberi (potong dadu)
Buah kiwi (potong dadu)
Buah manga (potong dadu)
Ads
Cara-cara:
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dan kacau bagi larut.
2. Masak sampai mendidih kemudian tutup api.
Ads
3. Tuang dalam acuan macam acuan kuih lompang yang dah berisi buah dipotong dadu tadi.
Ads
4. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam, baru keluarkan dari acuan. Siap!
Nak tambah susu dalam resepi asal pun sangat dialu-alukan!
*Selamat mencuba!
Sumber: Miz’s Shaliza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ayam kampung ni adalah istilah untuk ayam yang tak diketahui asal usulnya. Ayam kampung ni biasanya dipelihara di kawasan luar bandar atau kampung. Biasanya di negara Barat ayam kampung ni diberi gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).
Isi ayam kampung memang lebih keras dan pejal berbanding ayam ternakan biasa. Isinya tak mudah hancur dan kebiasaannya sesuai untuk dimasak gulai atau kuah. Nak masak pon memang mengambil masa yang lama sikit berbanding ayam biasa.
Tapi jangan risau, ada cara untuk lembutkan isi ayam kampung ni….jom kita cuba cara di bawah.
CARA-CARA:
1. Ambil nenas dan potong beberapa keping, kemudian kisar hingga jadi macam jus
2. Curah nenas yang dikisar tadi ke atas ayam kampung mentah dan gaul rata
3. Biarkan ayam kampung tadi dalam 5-10 minit tapi jangan terlalu lama
4. Dah cukup masa, bilas bersih dan sedia untuk dimasak
Laksam ialah sejenis makanan asal dari Kelantan yang macam laksa. Tapi dia bukan laksa tua. Bezanya kalau laksam bentuknya lebar dan leper, laksa pula bentuk dia macam mee biasa tu.
Biasanya laksam ni orang Kelantan hidang bila ada majlis contohnya open house ke, kenduri ke. Yang paling unik, mereka selalunya jual laksam untuk breakfast pagi.
Laksam kalau tak dibuat dengan betul memang jadi kurang sedap. Tapi, kalau kita pandai buat memang sampai bermangkuk lkan boleh tambah. Kadang-kadang sampau nak hirup kuah dia saja sebab sedap.
Jom kita cuba resepi laksam di bawah ini.
RESIPI LAKSAM PEKAT DAN CREAMY
ULAM DAN BAHAN SAMPINGAN:
cili kisar – (cili kering yang di rebus & blend dengan air masak & garam)
belacan (dilenyek dgn sedikit air)
timun dihiris kecil
kacang panjang dipotong kecik
kobis dihiris nipis
daun kesum dihiris halus
limau nipis/kasturi
Pasti haru-biru jika hidangan Hari Raya anda terlebih masin. Sudahlah para tetamu sudah hampir mahu bertandang, makanan extra pula tiada. Hanya mengharapkan hidangan yang sedia ada.
Pasti anda rasa tidak sampai hati untuk menhidangkan juga juadah tersebut.
Walaupun sudah bermacam-macam cara dibuat, num masinnya tetap sama. Bak kata orang ‘boleh kena darah tinggi.’
Jangan risau, ada beberapa cara untuk anda selamatkan lauk tersebut dan membetulkan rasa masakan supaya tidak terlalu masin. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di dapur.
7 PETUA KURANGKAN MASIN DALAM MASAKAN YANG TERLEBIH GARAM
Berikut adalah petua kurangkan masin dalam masakan yang boleh anda praktikkan dalam ‘kecmasan’.
1. PELEPAH / DAUN PISANG
Gunakan pelepah pisang untuk kurangkan rasa masin. Potong dalam kira-kira seinci, bersihkan dan masukkan dalam lauk dan didihkan bersama sehingga lauk masak. Kemudian buang pelepah tersebut bila nak dihidang.
Selain pelepah pisang, daun pisang juga boleh digunakan untuk kurangkan rasa masin. Caranya ialah dengan meletakkan koyakan daun pisang yang sudah dibersihkan ke dalam juadah yang siap dimasak. Biarkan selama 30 minit. Daun pisang juga dapat meyerap lebihan rasa masin pada lauk.
2. MASUKKAN KENTANG
Apabila lauk hampir siap dan terasa masin apabila dicuba, jangan panik. Jika tiada pelepah pisang, boleh masukkan sebiji kentang yang dipotong empat di dalam lauk dan biarkan sehingga mendidih. Kentang akan membantu menyerap kemasinan dalam lauk dan mengimbangi rasa masakan.
Boleh juga pakai sayur-sayuran yang tinggi kandungan air seperti terung dan timun yang dipotong secara memanjang untuk membetulkan rasa masin pada juadah.
3. BERAS
Masukkan sedikit beras yang dah dibasuh ke dalam sehelai kain bersih yang jarang. Ikatkan seperti bunjut dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih masin.
Bunjut beras ini akan menyerap lebihan rasa masin dalam lauk. Bila lauk dah siap masak dan rasanya pun dah OK, bolehlah keluarkan bunjut beras tadi.
4. HAMPAS KELAPA
Dengan teknik yang sama seperti membuat bunjut beras, anda boleh ambil sejemput hampas kelapa ikatkan supaya menjadi bunjut. Masukkan bunjut kedalam lauk dan masak bersama dalam 15 ke 20 minit.
Bunjut hampas kelapa dapat membantu membuang rasa masin berlebihan dan turut memberi rasa lemak pada lauk. Kemudian, boleh keluarkan bunjut tadi dari lauk.
5. CEBISAN ROTI
Bagi lauk yang berkuah pekat seperti sup cendawan atau stew, adalah lebih baik untuk mengekalkan kepekatannya supaya lebih enak. Daripada menambah air, terdapat cara yang lebih praktikal untuk membetulkan rasanya.
Ambil beberapa keping roti dan koyak kepada beberapa cebisan. Kemudian, masukkan ke dalam kuah supaya ia dapat menyerap rasa masin. Setelah roti terendam, keluarkan roti dan cuba rasa masih masin atau tidak. Jika masih masin, ulang beberapa kali sehingga rasanya memuaskan.
6. IMBANGKAN RASA MANIS & MASAM
Selain penggunaan barang dapur seperti sayuran dan roti, boleh juga gunakan perasa lain untuk meneutralkan kembali rasa makanan. Tambahkan sesudu gula, kacaukan dan kemudian tambahkan sesudu perasa masam seperti cuka atau perahan limau nipis. Boleh ulang beberapa kali sehingga mencapai rasa yang diinginkan.
Boleh juga cuba untuk memekatkan kuah lagi dengan cara menambah santan sehingga cukup rasa.
7. TEKNIK TUTUP PERIUK
Apabila rasa lauk agak masin, tutup lauk dengan tudung periuk dan didihkan beberapa minit. Biarkan seketika. Kemudian, angkat tutup periuk dan basuh dengan air paip. Biarkan basah dan tutup semula periuk tadi dan tunggu lagi 10 minit.
Ulangkan lagi dan alihkan tutup periuk apabila lauk dihidang. Lauk akan menjadi kurang masin dengan sendirinya.
MUDAHKAN?
Memasak sendiri sebenarnya adalah cara terbaik untuk mengawal pemakanan dengan berkesan. Pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan garam dalam satu suku sudu teh sahaja dalam diet harian.
Dengan memasak sendiri, kita dapat menyukat sendiri jumlah perencah dan perasa dalam lauk.
Jadi, jangan rasa down kalau masakan tak jadi atau tersilap sukatan. Semoga dengan petua kurangkan masin ini, anda masih dapat menyelamatkan rasa masakan dan menjadikannya lazat untuk dihidangkan!
Vidi Aldiano meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas bertahun-tahun melawan kanser buah pinggang. Catatan “Terima Kasih Kanser” yang pernah ditulisnya kini kembali menyentuh hati ramai peminat.