Bila ditanya pada wanita yang mementingkan penjagaan kecantikan, pasti ada rutin perawatan wajah yang diamalkan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja dengan mengamalkan cantik dengan kiub ais. Pun begitu, ada bahan-bahan yang digunakan dan ini telah dikongsikan olehnya. Jom semak.
AIS KIUB GULA PASIR + BUAH BUAHAN KESUKAAN KORANG.
Tieja suka beli buah potong banyak banyak. yang 5 paket RM8 gitu.. sebab boleh merasa banyak jenis buah. Tapi kedai yang selalu pergi tu, tak sah kalau tak bagi lebih.. tu kadang sayang buah buah potong ni cepat buruk. Tak sempat nak makan banyak banyak gitu.
Jadi dari membazir Tieja buat cube ice. Siapa follow tieja dari dulu tahu kan, tips penjagaan kulit tieja.. memang setiap hari, sehari sekali akan tuam ais dekat muka.
Tapi kali ni ubah sikit citarasa. Buat lebih aummmmm khasiat die.
Bahan korang perlu ada :
GULA PASIR (Jadikan seperti air gula)
⁃ melembapkan kulit
⁃ kulit sihat dan cerah
⁃ kecilkan pori
⁃ tak ade kesan sampingan, insyaallah
⁃ singkirkan kulit kering
Ads
Buah buahan yang korang ada, atau suka. Tieja kebetulan ada semua buah buah dan sayur tu dalam peti. So apa salahnya potong buat warna warni.
kelebihan setiap buah ni banyak. boleh google.. Tieja just bagi satu kelebihan setiap buah ni
✅ OREN : mencerahkan
✅ ANGGUR HIJAU : kulit lebih berkilau
Ads
✅ EPAL MERAH : membantutkan pertumbuhan jerawat
✅ LEMON : kurangkan minyak muka
✅ KENTANG : ini tieja buat khas untuk mata
✅ TOMATO : melembabkan
✅ PEACH : anti penuaan/anjal kan kulit
Ads
✅ TIMUN : : kecilkan pori
✅ KUNYIT HIDUP : kecutkan jerawat
Andai korang pakai buah lain, sila sila la goolge yee.. macam labu boleh, lobak, bayam, aihhhhh banyak la boleh korang cuba.
sehari satu AIS KIUB . aduhhhhh bapak gilerr best weyyy tegang habis muka..
Kisah wanita ini pernah penulis kongsikan sebelum ini apabila dia mengambil anak angkat istimewa. Anak kecil bernama Nadira ini mempunyai masalah Sindrom Down dan kini telah berusia 11 tahun.
Sempena Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut setiap 21 Mac ,Puan Mona Din sekali lagi memuat naik satu perkongsian mengenai anak istimewanya itu.
Nadira ditinggalkan ibu kandungnya di hospital usai melahirkannya, menyebabkan anak kecil ini hidup terbuang di beberapa buah Pusat Kebajikan Masyarakat selama 10 tahun. Sehinggalah Puan Mona mengambilnya sebagai anak angkat.
21Mac2019
Selamat Hari Down Sindrom Sedunia
Hari ini, mama terkenang aruah KMa.. [ Al Fatihah]
Selamat Hari Sindrom Down Sedunia juga buat anakanda Saidatul Nadira Aqila.
Allah sesungguhnya telah mengatur,
hadirmu dalam keluarga mama sejak 9 bulan 24 hari lalu,
membawa kembali bahagia itu,
bahagia pernah memiliki aruah KMa,
anak syurga bersindrom down,
seperti dirimu juga…
Mmiliki anakanda berdua,
mengajar mama terlalu banyak perkara..;
Kalian ingatkan mama erti sebuah nikmat,
Kalian ingatkan mama erti sebuah syukur,
Kalian ingatkan mama erti sebuah sabar,
Kalian ingatkan mama erti sebuah keikhlasan,
Kalian ingatkan mama erti merendah diri,
Kalian ingatkan mama erti sebuah kesetiaan,
Kalian ingatkan mama erti menghormati sesama insan,
Kalian ingatkan mama setiap manusia punya kelemahan,
Kalian ingatkn mama setiap insan punya kelebihan,
Kalian ingatkan mama sifat mnerima sesama insan,
Kalian ingatkan mama sikap redha menerima dugaan tuhan,
Kalian ingatkan mama erti kasih sayang tanpa sempadan…
Kalian mungkin tidak sesempurna insan biasa. Namun ketahui lah, ketidaksempurnaan itu lah yang menjadikan kalian istimewa, yang membebaskan kalian dari sebarang dosa, lalu menjamin tempat mu d taman syurga..
Sedang kesempurnaan mama pula, hari-hari bersulam dosa, belum tahu akan ke mana….
Maka berbahagialah menjadi anak down sindrom, jangan sesekali merasakan dirimu kurang, kerana sesungguhnya, kalian adalah bunga-bunga syurga.
Perkongsian daripada lelaki ini yang juga merupakan seorang suami tentang bagaimana dia menyantuni keluarga tercinta dalam hal memenuhi keinginan berbelanja wajar dicontohi.
Baginya apa jua keinginan keluarga akan diusahakan untuk mendapatkannya. Menurutnya lagi, itu juga yang dilakukan oleh ayahnya terhadap keluarganya dulu.
Jom ikuti perkongsian penuh daripadanya dan semoga lebih ramai lelaki bergelar suami sedar hal ini. Jom semak.
Abah selalu cakap,
“Nak makan apapun, beli…teringin apapun, beli…duit boleh cari…”
Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni…saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bagitau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli…tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan-kelengkapan lain…
Kalau tak beli bulan ni, bulan depan…kalau tak bulan depan, bulan satu lagi…
Apa yang kita akan dapat sekiranya kita berkira dengan anak isteri sendiri…? Duit kita semakin bertambah…? Kita semakin kaya…?
Sama ja pun…duit habis macam tu jugak…lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis…
Isteri nak beli pencuci muka, kita kata tak payah, tapi kita beli rokok, tak apa pulak…? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mana yang ada, tapi kita tukar sport rim kereta, tak ape pulak…? Isteri nak beli kasut, beg tangan, tudung baru, kita suruh pakai yang lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak…?
Suami jenis yang macam mana kita ni…
Jangan terlalu berkira dengan anak isteri…apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka…boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri…cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan, insyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan…
Nak percaya atau tak, terserahlah…dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA…
Mendengar perkongsian daripadanya Puan Noor Diyana Mohamed Zukri, 36 sebagai canser servival, cukup menyentuh hati. Bukan calang-calang orang mampu berada ditempatnya kini, punya semangat yang luar biasa hatta sepanjang bercerita tidak sedikit pun menitiskan air mata. Begitu sabar bercerita satu persatu tentang penyakit yang ditanggungnya kini.
2014 Disahkan kanser
Pada mulanya saya tidak menyedari sebarang perubahan pada diri yang menunjukkan saya tidak sihat, semuanya normal. Hingalah pada suatu hari, sedang saya bersabun dapat rasakan ada benjolan di payudara. Risau dengan keadaan itu, saya pergi ke klinik biasa dan kemudian direfer ke hospital.
Apabila dibuat pemeriksaan, benarlah ada ketulan sebesar 4.5-5 cm dan pembedahan harus segera dilakukan. Dan ketika ini tujuannya hanya untuk mengeluarkan ketulan tersebut, dan siapa menduga selepas 4 hari di bedah barulah didiognos saya ada kanser payudara.
Jujur saya katakan, masa itu emosi saya sangat terganggu, menangis sepanjang hari dan tidak dapat menerima kenyataan. Apa yang saya rasa hidup ini tiada harapan lagi. Namun, suami begitu positif orangnya dan dialah sebenarnya sumber kekuatan saya. Apa yang dia mahu agar saya kembali sembuh.
Maka saya akur untuk jalani pembedahan untuk membuang payudara saya dan jalani rawatan bermula bulan Dis 2014 dan complete kimo/radioteraphy pada bulan Mac 2015. Saya fikirkan selepas buat semua itu, akan berakhirnya kesakitan yang ditanggung. Tetapi sebenarnya disaat itulah semuanya baru bermula.
Tahap kesihatan saya semakin merosot, rambut saya gugur, selera makan berkurangan, kuku menjadi biru, muntah-muntah dan saya ambil keputusan hanya mengurungkan diri dalam rumah.
Pengorbanan suami
Saya cukup bersyukur dikurniakan suami sepertinya, tetap melayan saya seperti dahulu. Penuh kasih sayang dan saya amat hargainya. Suami sangat mainkan peranannya, ketika saya terlantar sakit, dia cuti kerja tanpa gaji demi menjaga saya. Dia jugalah yang menguruskan anak sambil dibantu orang tua kami.
Selain itu, dia jugalah yang tidak putus asa terus berusaha membawa saya ke merata-rata untuk mencari rawatan kanser. Pantang dapat tahu, ada cara alternatif, akan diusahakan untuk saya berubat.
Kuasa Tuhan, Saya Hamil
Ini suatu peristiwa yang cukup luar biasa dan doktor sendiri pelik bagaimana saya boleh hamil. Memandangkan saya telah dibekalkan ubat yang harus diambil selama 5 tahun untuk melawan kanser daripada menyerang lagi. Dan kesan ubat tersebut menghalang untuk saya mengandung.
Namun, kuasa dan perancangan Allah itu cukup indah. Saya disahkan hamil pada tahun 2016 dan doktor menyarankan untuk digugurkan kandungan tersebut atas faktor kesihatan. Namun naluri ibu yang ada dalam diri saya mengatasi semuanya. Saya rayu untuk meneruskan kandungan walaupun doktor jelaskan risiko yang bakal saya tanggung. Saya pasrah, kandungan ini harus diteruskan!
Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan kesihatan saya stabil dan menjalani rawatan kandungan lebih kerap berbanding ibu yang normal. Perkembangan bayi stabil dan pada usia 8 bulan kandungan, setalah dibuat setail scan, doktor dapati tangan bayi masih tergenggam tidak terbuka. Menurut doktor, bayi akan ada alami masalah apabila dilahirkan nanti. Saya serahkan semuanya pada Allah dan hanya Dialah tempat saya bergantung.
Subhanallah, anak saya dilahirkan sempurna dan normal seperti bayi lain. Syukur dengan kurniaan Allah yang cukup indah. Kami namakan Tuan Mohd Aiyjaz Aniq yang kini berusia 1 tahun 6 bulan dan dia jugalah putera permata hati yang melengkapkan lagi dengan 4 orang puteri kesayangan kami.
Terus Diduga
Setelah 4 bulan melahirkan anak, kanser menyerang saya lagi dan inilah risiko yang perlu saya tanggung atas keputusan yang saya buat. Jadi saya perlu membuang satu lagi payudara untuk terus berjuang. Sekali lagi, suami tetap dengan keyakinannya bahawa saya boleh sembuh dan sihat seperti sediakala.
Selepas pembedahan saya menolak untuk jalani kimoterapi kerana tidak mahu merasai kesakitan sebagaimana yang pernah saya lalui dulu. Atas keputusan ini juga, doktor sarankan untuk saya mengambil ubat yang lebih kuat untuk melawan kanser dan pengorbanannya saya perlu membuang rahim. Maka pada bulan 12 yang lalu saya telah lakukan pembedahan tersebut.
Suami tetap bagi semangat dan antara kata-katanya yang saya pegang adalah “Tak pa, kita buat apa sahaja asal sihat” dan atas sebab itu juga saya mahu jalani kehidupan yang sihat bersama keluarga.
“Saya pikir positif nak sihat je.Tak fikir sakit, fikir nak sembuh”-Noor Diyana
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di