Berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya. Apa lagi jika dapat hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.
Jom ikut petua yang diberikan oleh Sepang Farmville untuk menghasilkan baja organik yang baik sebagai penggalak pokok.
Gambar sekadar hiasan.
Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB(photo synthetic bacteria).
Baja ni sgt baik utk pokok. Bahan2 pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga dan boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium.
Resipi:
Ads
3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur)
2 sudu ajinomoto
1 sudu belacan
3 sudu sos ikan
Ads
5 liter air tanpa klorin
(boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)
Ads
Cara membuat:
Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nk buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.
Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.
Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria.
Nk cepat sikit, tambah pati PSB(jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dlm 2 minggu dh boleh guna.
Nnti dh jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun. Selamat mencoba dan moga berjaya.
Jika anda menyusuri bazar Ramadan, pasti anda akan terperasaan kehadiran air ini. Ianya lain dari yang lain apabila menggunakan pelbagai daun, serai, lemon di dalamnya umpama bahan-bahan masakan.
Tetapi orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kalau dah sekali terasa pasti akan terkenang-kenang keenakan air ini. Ditambah pula di minum ketika sejuk.
Air Soda Herb ini memberikan rasa segar dan refreshing. Memang terasa nikmatnya bila lalu kat tekak.
Menyegarkan dan memang terbaik rasanya. Memang terasa sangat berbaloi dengan kesegaran dan nikmat sedap yang kita dapat rasa.
Lagi lagi jika ada tetamu bertandang ke rumah, hidang pula air soda herbs ni.. fuhh memang class. Nak menyediakannya mudah sahaja. Cukup bahan boleh terus buat.
Mari ikuti perkongisan dibawah ini.
CARA BUAT AIR SODA HERBS
Penyejuk tekak dikala panas & buat buka puasa pun ummppp sangat. Yang penting mudah, sedap dan segarr sangat.
BAHAN-BAHAN :
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Sediakan satu bekas.
2. Basuh lemon bagi bersih, hiriskan 1 biji lemon bulat-bulat. Masukkan lemon yang telah dihiris tersebut.
3. Kemudian, masukkan daun pudina. Ramas-ramas sedikit biar keluar baunya
4. Masukkan pula asam boi putih, 1 tin buah laici berserta airnya.
5. Tuang air aiskrim soda secukupnya berserta air batu.
6. Akhir sekali perah lagi 1/2 biji atau 1 biji lemon dan masukkan serai tadi yang telah diketuk.
SEDIA UNTUK DIMINUM
Senang kann??
Simple but i’m in love laa dengan minuman macam ni. Segarr sangat. Haaa, tunggu apa lagi, cepat buat.
TIPS EXTRA :
Seeloknya air soda herbs ni dibiarkan overnight dalam peti sejuk. Ala, macam infuse water tu. Biar pati sari buah lemon, pudina dan serai tu meresap ke dalam air. Baru sedap!
Tip penjagaan kulit wajah agar terlihat bersih, cantik dan berseri mungkin ramai beranggapan perlu menggunakan produk-produk hebat dan ternama. Namun tidak dapat dinafikan, dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur juga menunjukkan kesan yang hebat pada kulit wajah.
Ini sebagaimana jika mengamalkan cuka epal seperti perkongsian daripada DiaNa Said ini dengan menghasilkan sendiri toner menggunakan cuka epal ini. Jom fahami lebih detail cara dan kaedah penyediaannya.
DIY TONER APPLE CIDER VINEGAR
Sebut Tentang Apple Cider Vineger (acv) ni mesti ramai confius kan. Orang kita sebut cuka apple la. Siapa amalkan acv kat rumah dia?
Dari dulu lagi acv ni jadi bahan utama kat rumah untuk tujuan kecantikan. Acv ni kalau minum perit sangat rasa dia kat tekak sebab tu nak cepat kurus jangan bantai minum sesudu pulak.
Hari ni kita nak buat toner acv untuk mencantikkan kulit kita. Kombinasi air suam dengan acv ni boleh kurangkan kulit berminyak, kecutkan jerawat, buang black/white head dan kekalkan kelembapan kulit muka.
3 Item wajib ada:
1 sudu ACV
1 sudu Air Suam
1 kapas muka.
Cara cara
1) Ambil satu mangkuk kaca masukkan 1 sudu acv
2) Masukkan 1 sudu air suam dan kacau
3) Ambil kapas muka basahkan dengan acv tadi dan sapu pada muka seperti guna toner.
Senang amatkan. Lakukan setiap hari untuk dapatkan kulit muka yang cantik. Selamat mencuba.
Begitu juga menurut perkongsian daripada Fyza Shah, cuka epal ini mempunyai banyak manfaatnya untuk kulit wajah. Nak tahu lanjut, jom semak.
5 MANFAAT HEBAT CUKA EPAL PADA KULIT WAJAH
1. Sebagai toner wajah. Toner penting untuk imbangkan tahap ph kulit kita. Kalau tak seimbang, jerawat senang nak naik. Kulit kita ni sedikit berasid, untuk halang kuman dari membiak.
So sepadan dengan kandungan cuka epal yang ada beta karotena dan berasid, bagus untuk seimbangkan balik ph kulit muka. Sekali gus dapat matikan kuman jerawat. Korang yang ada masalah jerawat boleh cuba buat cuka epal sebagai toner.
2. Mengurangkan masalah minyak di muka Jerawat dan kulit berminyak sangat berkait rapat. Untuk elak jerawat suka bertandang, kulit wajibulghunnah bebas minyak yang berlebihan. Guna kapas muka lepas tu sapu je kat seluruh wajah.
Kemudian, baru bilas dengan air. Rajin amal camni, korang akan rasa minyak setangki kat muka makin kurang. Opkoz lah pakej jerawat sekali angkat kaki.
3. Menghilangkan garis kedutan Jangan tak tau yang cuka epal ni mampu buat kulit muka kembali muda. Mana taknya, garis kedutan pon boleh hilang tau.
Tak payah dah nak spend duit beratus ratus untuk kesan awet muda. Asalkan korang rajin je sapu cuka epal kat muka. Guna kapas, pastu bilas macam biasa dengan air
4. Hilangkan racun di wajah Kenkadang kita tak sedar ada racun yang terperangkap kat dalam kulit kita. Bila dibiar lebih lama, tu yang kulit pon tetiba meletuskan jerawat batu nanah semua tu. Sedangkan kita tak pernah amik tau yang kulit kita rupanya penuh ngan racun.
Untuk korang yang pernah salah produk ker, pernah terjebak dengan produk berkimia tinggi, kuat bermekap, haaa ni la solution nye.
Detoks kulit korang dengan cuka epal. Buat secra mingguan je. Nak campur dengan masker lumpur pon bagus jugak. Amal selalu kulit bersih dan muda.
5. Kurangkan bintik penuaan – jeragat Jeragat ni isu kulit paling susah nak selesaikan. Ada yang guna laser, ada yang makan suplemen ada yang sapu krim yang kuat bahan dia untuk hilangkan jeragat.
Tapi korang yang ada masalah jeragat tu cuba lah juga dengan buat masker dari cuka epal ni. Guna kapas muka yang dah direndam jap dalam cuka epal, pastu tepek atau sapu kat muka. Lepas 30 minit, bilas balik dengan air. Yang ni kena rajin buat 2 kali seminggu. Dalam sebulan setengah dah boleh nampak beza.
Wajib ada tau cuka epal ni. In case tetiba kulit muka mengada naik ruam ke apa, boleh tenyeh je ngan kapas celup cuka epal ni. Pastu bilas la balik. Memang gatal kurang taw. Alaaa, murah je seketul cuka epal ni. Lagi mahal buah epal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah yang cukup berinspirasi, inilah antara contoh pejuang kanser yang bangkit dan terus bersemangat biarpun di dalam diri membawa bersama penyakit yang cukup digeruni. Namun itu tidak mematahkan semangat lelaki ini untuk positif dan berusaha setiap hari melawan penyakit tersebut.
Perkongsian saudara Asuri Asri Yusof ini patut dijadikan sumber inspirasi buat semua. Satu luahan yang cukup menyentuh hati. Siapa sangka 9 bulan lepas, dia terlantar sakit di rumah sambil menahan sakit kesan daripada rawatan chemoteraphy. Kesan rawatan tersebut, dia juga sukar untuk menelan makanan akibat luka luar dan dalam leher kesan rawatan radiotheraphy.
Namun, mengambil semangat arwah abangnya yang juga merupakan cancer fighter, Asuri membuktikan dia berjaya menghabiskan larian marathon sejauh 42km.
CANCER FIGHTER TO MARATHON FINISHER’
Ini kisah aku..
Siapa sangka 9 bulan lepas aku masih lagi terlantar di ruang tamu rumah mak sambil menghitung saki baki hari sambil menangis hampir setiap malam menahan sakit kesan rawatan chemotheraphy (3 cycles) dan radiotheraphy (35 sesi).
Bayangkan sakitnya rawatan aku sampaikan aku tak mampu menelan sebarang makanan akibat luka luar dan dalam leher kesan radiotheraphy.
Aku hanya bergantung kepada tube di hidung utk minum selama lebih 2 bulan tanpa boleh makan langsung. Berat aku drop mendadak lebih dari 11kg sehingga ditahan di wad HKL. Membuatkan aku menghargai nikmat setiap makanan. Aku bersyukur aku masih ada keluarga, isteri, anak dan rakan2 rapat yg sentiasa memberi semangat utk aku teruskan lawan sakit ini.
KEPUTUSAN GILA
Sekitar bulan January semasa menunggu follow up dengan ENT Hospital Ampang, aku ambil satu keputusan mendaftar secara online acara marathon terbesar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 (KLSCM) untuk menebus balik hutang tahun lepas yang mana aku dah register. Tetapi terpaksa batalkan sebab baru lepas operation di leher tanpa mengetahui yang aku boleh sempat recover dalam tempoh itu.
Dan ini juga merupakan jarak yang belum pernah aku lari seumur hidup aku (Full Marathon 42km). Paling jauh aku pernah lari ialah 30km dan itupun 2 tahun lepas. Pada mulanya tiada siapa yang tahu keputusan aku daftar termasuk isteri dan rakan. Tapi aku beritahu isteri dan beliau bagi sokongan padaku untuk berlatih hanya jika keadaan badan betul2 pulih..
Dan sepanjang tempoh itu aku memang tak boleh berlatih langsung akibat side effect lepas treatment yang mana deria rasa aku tak ada langsung selama hampir 6 bulan..membuatkan aku lemah serta pemakanan tidak konsisten. Dan yang paling teruk ialah mulut aku tak mampu hasilkan sebarang air liur akibat kelenjar air liur yang dah rosak semasa rawatan radiotheraphy menyebabkan mulut aku sentiasa kering dan membuatkan aku terpaksa jauhi dari sebarang aktiviti sukan.
Sehinggalah 2 bulan lepas aku betul mula berlari sikit- sikit berbekalkan botol air di tangan untuk elakkan mulut kering. Seminggu dalam 3 kali aktiviti dengan jarakk 2-3km per sesi. Kemudian aku tambah jarak ke 6km setiap sesi dengan pace 8:30-9:00min perkm.
Dan sebulan sebelum event KLSCM, jerebu teruk melanda negara membuatkan aku terpaksa berhenti melakukan segala aktiviti luar rumah sambil mengharap yang KLSCM tidak dibatalkan seperti kes pada SCKLM 2015 (nama waktu dulu) dibatalkan akibat jerebu. Lebih-lebih lagi bagi aku yang sering menghidap masalah respiratori, serta sejarah aku sebagai pesakit Kanser Pangkal Hidung membuatkan aku pilih untuk tidak mahu ambil risiko.
Jadi aku pilih untuk buat aktiviti ringan seperti pumping, squating dan planking untuk kekalkan kecergasan. Dan seminggu sebelum event aku memberitahu rakan rapat dalam dunia larian yang aku nak buat ‘Virgin Full Marathon’ di event marathon terbesar di Malaysia ini. Tanpa sebarang aktiviti larian selama hampir 2 tahun membuatkan aku nervous untuk acara jarak 42km yang mana sesetengah pelari-pelari aktif pun gerun dengan jarak sejauh itu.
Tetapi aku sangat bersyukur rakan larian Ajez, Najmi, Arip, Sadiq dan Acan bagi full support pada aku sehinggakan Ajez dan Arip sanggup pilih untuk abaikan event kali ini demi teman aku habiskan distance acara ni.
And the rest is history. Siapa sangka target pada mulanya hanyalah untuk habis dalam 6jam 30minit.. tetapi dengan sokongan rakan dan isteri aku mampu habiskan jarak larian dalam tempoh 5jam 47minit walaupun baki 12km tu aku banyak berjalan daripada berlari akibat cramp teruk di seluruh otot kedua belah kaki.
Aku tamatkan larian dengan air mata sebak kerana aku tak sangka pada saat aku di diagnos dengan Kanser Pangkal Hidung tahap 3 pada awal 2018, aku tak jangka langsung aku mampu habiskan larian jarak 42km yang mana waktu sihat dulu pun tak pernah terfikir untuk buat.
Terima kasih pada rakan-rakan, ahli group NPC dan ahli keluarga saudara mara yang sentiasa beri sokongan dari awal pada saat tempoh gelap untuk aku bangun dan lawan penyakit ni.
Aku ambil semangat arwah abang aku Mohd Ashraf Yusof yang juga merupakan seorang Cancer Fighter. October ni genap 8 tahun beliau tinggalkan kami. Kami berkongsi minat yang sama dalam larian sejak sekolah menengah lagi.
Aku doakan setiap orang apa jua penyakit yang masih dalam tempoh rawatan dan yang sudah habiskan rawatan tetap cekal dan positif untuk tempuh ujian yang dah ditetapkan untuk kita. Pentingnya sokongan orang sekeliling untuk kita terus lawan dan lawan. Semoga aku pun sentiasa diberikan peluang untuk merasai nikmat kesihatan ni supaya aku boleh teruskan bagi inspirasi pada kawan- kawan yang lain. InsyaaAllah.
ASRI YUSOF Cancer Fighter Nasopharygeal Carcinoma (NPC)