“Orang buang Atok bawa balik. Keluar modal RM 400. Dapat satu kolam untuk cucu-cucu mandi. Buat kat belakang rumah malu nanti orang tengok tangki air buruk buat kolam.”
Melihat perkongsian ini rupanya bukan biasa-biasa usaha yang dilakukan oleh sorang datuk untuk cucunya ini.
Walau menggunakan tangki terbuang namun dengan sentuhan kreatif, datuk ini berjaya hasilkan kolam mandi yang hebat dan wow untuk cucu-cucunya mandi manda bersama.
Ingin tahu kisahnya lagi, jom baca perkongsian daripada empunya diri, Encik Omar Senin atau mesra membahasakan dirinya atok.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pepatah ini sesuai menggambarkan perjalanan kehidupan Dr Mohamad Hafifi. Pemuda ini tidaklah datang dari keluarga yang berada namun beliau telah berjaya memiliki PhD dengan usahanya sendiri pada usia 30 tahun!
Dr Mohamad Hafifi juga bukanlah seorang yang dilahirkan sebagai ‘genius’ tetapi tekun berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarganya. Dengan niat itu, beliau berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2021.
Sebagai anak tunggal, beliau menjadikan misi dalam kehidupan untuk membantu orang tuanya. Ibunya seorang operator pengeluaran kilang dan ayahnya pula pemandu bas henti-henti. Dengan cita-citanya, beliau membuat keputusan untuk memasuki USM sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda, kemudian melanjutkan ke peringkat Ijazah Sarjana dan mengakhiri pengajiannya dengan Ijazah Doktor Falsafah.
Kini, Dr Mohamad Hafifi menjadi Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Alor Gajah.
“Saya pernah menjadi Juruwang di Esso, Jurutol Sambilan di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang serta beberapa pekerjaan secara separuh masa dalam universiti misalnya Pembantu Penyelidik Siswazah dan Eksekutif Acara. Malah, sebelum diterima bekerja di UiTM, saya turut pernah bekerja sebagai Assistant Person in-Charge di kedai dua ringgit, pembanci serta proofreaders” jelas beliau.
Walaupun jejaka ini berjaya memiliki PhD, perjalanannya penuh dengan ujian berat ketika menjalani pengajian PhDnya.
“Semasa menjalani pengajian PhD pula, saya diuji dengan kesakitan bapa saya yang mana dia disahkan dijangkiti pneumonia pada 13 Mac 2019. Dari tempoh tersebut sehingga 13 Mei 2019 iaitu genap dua bulan, saya dan ibu berulang alik ke hospital iaitu bermula dari Hospital Bukit Mertajam ke Hospital Seberang Jaya dan kemudiannya ke Hospital Pulau Pinang.
Tempoh tersebut adalah tempoh yang amat sukar bagi diri saya. Saya boleh katakan bahawa keluarga lebih penting daripada segala-galanya dan saya ketepikan pengajian dahulu untuk sementara.
Syukurlah, ketiga-tiga penyelia saya amat memahami. Selepas bapa saya kembali pulih, barulah saya berusaha mendapatkan semula momentum pengajian yang tertunda” luah Dr Mohamad Hafifi.
Semoga kisah pemilik PhD ini memberi inspirasi kepada para pembaca di luar sana yang mungkin menghadapi situasi yang sama seperti Dr Mohamad Hafifi. Ingat, bahawa pendidikan itu amat penting dan jangan pernah kita berputus asa kerana dengan pendidikan, ia akan membentuk seseorang individu itu pada masa hadapan.
Abang mana yang tak bangga dan gembira dengan pencapaian adik-adiknya kan. Setelah susah payah, pelbagai onak dan duri terpaksa dilalui, pasti kebahagian dan kesyukuran terpancar di wajah. Hilang segala penat dan kesedihan.
Demkian juga dengan Fizo Omar yang memuat naik status di laman facebooknya sempena pentauliahan adiknya sebagai peguam.
Di dalam posting tersebut, Fizo bercerita bagaimana dia terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga usai kepulangan ayah tersayang ke rahmatullah.
Namun, doa dan restu dari ibu akhirnya membuahkan hasil bila mana adik bongsunya berjaya menamatkan pengajian dan kini bergelar peguam. Tahniah buat Nini dan semoga cerita ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.
kejayaan takkan datang bergolek, kena usaha dan cari biar seribu dugaan yang menghalang. Jom baca kisah ini!
7 tahun lepas pada tarikh yg sama 5 julai 2011, perginya ayahanda kami, Haji Wan Omar Wan Ishak.
Segalanya berubah,hilangnya bapa dan tempt bergantung.mahu atau tidak,mula lah ambik alih sebagai nakhoda,sbgai abg dan ‘ayah’ di dalam keluarga.itulah turning point utk aku berkerja kuat siang mlm bkn utk perut aku je,tapi utk adik2 dan mak aku.nak tak nak,aku TERPAKSA!
Adik yg last,nini paling rapat dengan arwah dan seolah2 tak boleh terima takdir,terganggu jgaklah emosi dan pembelajarannya.tak pe dik,abg cari duit adik pikir psl belajar je sampi jadi ape adik nk jadi.
Hari demi hari aku tgk kesungguhan dan kejayaan dia,aku mmg respect.dari seorang yg sgt down ttbe trus berubah 360°, dpt pelajar cemerlang,the best debator dan sampailah sambung belajar dlm bidang undang2 di UKM.
Kadang bila aku xckp duit,dia cari duit sendiri utk sara belajar,mcm2 dia buat,sampai jd driver grab.
Hari ni,titisan air mata kegembiraan dan kepuasan bila aku datang ke hari pentauliahan sebagai lawyer adik bongsu di Mahkamah Tinggi KL.suasana jadi hiba dlm court td bila dibaca profil Wan Nur Nini adila sebelum di lantik sebagai lawyer apabila disebut hari yg bersejarah buat nya ini jatuh pada hari yg sama arwah ayah meninggalkan kami smua.
Aku bangga bkn sbb adik jadi lawyer,tapi sebab kami 4 beradik sempat melihat titisan air mata kegembiraan Ibu kami dan mama sempat merasai hasilnya yg dituai selama ini.
At the end of the day,bkn soal pangkat,harta dan tinggi mana pencapaian kita,tapi sejauh mana mak kita bangga dan rasa bersyukur mempunyai anak yg mampu membahagiakan dia.
To my dear sister, @nini.adila really proud of u. Keep flying higher.dan jadilah lawyer yg mampu membantu dan memberi manfaat kpd ramai orang.insyallah. LOVE u dik! @ Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan, penangan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020 banyak mengubah kehidupan ramai. Ada yang dulu menjalani hidup penuh kemewahan, bertukar sederhana, ada yang bertukar bidang kerja semata untuk survive selepas dibuang dari syarikat dan ada juga yang membuat pelbagai aktiviti di laman sosial untuk membina nama dan seterusnya menjadikan sebagai platfrom rezeki.
Begitu juga yang dilakukan oleh seorang pemuda, Marham Mohd Yusof yang memilih untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu buat selama-lamanya. Walaupun sudah menetap di Kuala Lumpur selama 12 tahun, namun keputusannya itu ternyata tepat.
Senang di sapa sebagai Mar, dia memilih untuk hidup dalam keadaan penuh sederhana bersama ibunya, Asia Ngah, yang kini berusia 77 tahun.
Semenjak itu, bermulalah kehidupannya sebagai seorang youtuber. Ramai yang menggemari content yang dipaparkan kerana berkonsepkan tradisional dan desa. Malah penampilan ibunya juga dilihat sebagai pelengkap pengisian videonya itu.
Bercakap mengenai cabaran yang dihadapi sebagai content creator, pemuda ini tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya.
“Sudah tentu saya berdepan cabaran pada awalnya. Saya minta dengan Allah setiap hari. Saya juga buat satu teks doa, saya selit dalam kitab mak. Saya minta mak baca setiap hari lepas solat.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan banyak impian saya. Video-video saya diterima ramai. Saya juga menerima tawaran untuk kolaborasi termasuklah dengan jenama antarabangsa seperti McDonald’s dan Yakult,” ujarnya.
Tidak hanya fokus di YouTube, Mar juga bijak mencuri peluang dengan meneroka platform baharu sehingga dia meraih lebih setengah juta pengikut di TikTok.
Selain populariti serta tawaran kerjasama daripada pelbagai jenama, Mar berkata dia sangat terharu apabila diberi peluang untuk mengikuti misi kemanusiaan di Syria bersama agensi bukan kerajaan (NGO) MyFundAction pada awal tahun ini.
“Saya dah lama simpan hasrat nak pergi misi kemanusiaan. Terdetik di hati, Alhamdulillah Allah makbulkan. MyFundAction ajak saya untuk terlibat pergi ke sana bersama pasukan mereka. Di sana, kami salurkan bantuan dan turut memasak gotong-royong untuk golongan asnaf.
“Ketika di sana, saya sedari bahawa kita di Malaysia merupakan tanah limpahan makanan. Manakala rakyat di sana makan ubi kentang rebus je. Mereka susah nak jumpa sumber protein. Ikan dianggap sebagai makanan mewah. Di sana saya dapat belajar erti syukur dan belajar hargai tanah air sendiri.
“Walaupun saya duduk rumah kampung je di Terengganu, tapi masih selesa. Mereka lagi daif. Paling sedih, sejurus saya balik Malaysia, banyak tempat di sana runtuh akibat gempa bumi. Bila ingat balik, saya agak terkesan dengan kejadian itu,” ujarnya lagi.
Mengenai sambutan raya kali ini, Mar berkata dia sedang merancang untuk menganjurkan majlis rumah terbuka untuk kenalan, sanak-saudara dan para pelanggannya.
“Raya macam biasa, ringkas je kami sekeluarga. Cuma tahun ini lebih istimewa sebab saya nak buat open house yang lebih besar berbanding tahun lalu.
“Tahun ni nak jemput semua keluarga belah ayah, mak, kawan sekolah serta client. Saya rancang untuk buat outdoor. Mungkin di perkarangan rumah atau di pantai.
“Apa-apapun, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua peminat. Bergembiralah di hari raya, enjoy dan luangkan masa dengan keluarga dan kawan. Jangan ada rasa sedih.
Mar turut menzahirkan harapan agar video-video masakan tradisional serta kehidupan kampung bersama ibunya akan terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan membuka mata ramai bangsa lain untuk mengenali keaslian khazanah budaya kita.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...