Buntu nak sediakan sarapan mahupun minum petang untuk anak-anak?
Jom buat sendiri pizza yang cukup mudah, cepat dan yang penting sedap. Kalau tak ada oven di rumah tak perlu risau, resipi ini boleh guna dapur biasa untuk bakar pizza anda. Lebih cepat lagi, tak perlu nak uli doh bagai. Menarik kan resipi ni.
😀Resepi ni sesuai bagi yang nak piza segera tanpa uli gandum dan tunggu doh naik. Dah beberapa kali saya buat. InshaAllah walau piza dah sejuk, masih lembut. Bahan-bahan ini biasanya yang sedia ada di rumah.
Bahan:
1. Roti 8 keping (suka pizza nipis)
Roti 10 keping (saya guna yang ni sebab suka pizza tebal)
2. Susu segar sedikit (agak-agak, tak sukat). Farm fresh pun boleh. Tapi di kedai dah habis, saya beli dutch lady.
3. Sardin (brand ni saya guna 2/3 sahaja, ada baki simpan).
4. Sos Tomato (lupa letak gambar, saya guna brand life)
5. 3 keping Keju (boleh apa-apa keju lain)
Cara membuat:
Loyang sapu dengan margerin
Guna blender macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kene letak banyak susu, nanti pizza lembik. Ni orang panggil blender daging rasanya. Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2x saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.
Ads
Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.
Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.
Letak sos tomato
Letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.
Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.
Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat. Yang nak reheat dulu pun boleh.
Ads
Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.
Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit. Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.
Bila dah masak, yang mahir, tengah panas, boleh terus potong, bahagi 6 atau 8. Yang tak mahir, tunggu suam. Baru potong. Salah teknik nanti hancur. (Sebab dah pernah ada pengalaman, orang lain potongkan, bergerigi dan “hancur”). 😄. Saya takde pemotong piza yang gelek tu. Saya guna pisau biasa sahaja. Ni pizza tebal. Yang tak suka tebal macam ni, buat 8-9 keping roti pun ok.
Nak panaskan semula, kalau tak suka pizza sejuk, masuk semula kuali tadi. Panaskan api kecil 5-10 minit.
Tip:
*topping boleh guna/tambah/tukar yang lain. Sosej, ayam, daging, tuna, nenas, bawang, cili besar.
Ads
*garam dan gula tak perlu. Roti dah manis. Susu segar dan keju dah masin.
Bunga kantan selain kita biasa akan gunakan dalam menyediakan menu asam pedas mahu pun laksa di bulan puasa ini, anda juga boleh sediakan menu yang tidak kurang enaknya dan mudah disediakan dengan menggunakan bunga kantan tersebut.
Menu yang dimaksudkan ialah Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan. Mungkin ada yang belum pernah mencuba rasa menu ini. Pun begitu percayalah sekali buat pasti memenuhi selera anda seisi keluarga hingga mampu membuatkan makan bertambah.
Begitu juga bila anda sediakan Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak ini apabila bunga kantan tersebut digoreng garing dan dijadikan sambal, nyata memberi rasa yang cukup enak. Menariknya juga menu nan satu ini boleh disimpan lama di dalam bekas untuk memudahkan dimakan pada bila-bila masa.
Jadi usah tunggu lagi, alang-alang jika bunga kantan tersedia di dalam peti sejuk apa kata hari ini kita sediakan kedua-dua menu ini.
Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan
Bahan bahan :
Ikan bilis yang digoreng garing
1 bunga kantan hiris nipis
1 Serai dihiris nipis
3 ulas bawang merah dipotong dadu
1 biji tomato dibuang bijinya dipotong dadu
3 cili api dipotong nipis
2 biji perahan air limau kasturi
Gula secukup rasa
Cara Buat:
Gaul semua bahan sebati kemudian masukkan ikan bilis garing, gaul lagi.
Memiliki cahaya mata pastinya menjadi pian setiap wanita bergelar isyeri.
Waktu itu dunia mereka mula berubah, tumpuan lebih diberikan kepada ahli baru dalam keluarga. Dari seorang bertambah lagi seorang membuatkan masa si ibu agak terhad. Pening juga nak melayan anak-anak yang seribu satu karenah kan.
Berkongsi pengalamannya menjadi ibu anak dua sejak dua bulan lalu, Scha Alyahya, 38, mengakui ia bukan tugas mudah, tetapi mencuba sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata kepada Lara Alana, 7, dan Lyla Amina, dua bulan.
“Memang mencabar bila dah jadi ibu kepada dua cahaya mata. Pada mulanya saya fikir tidak sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi sebenarnya sangat mencabar.
“Walaupun Lara dah besar, tetapi dia juga perlukan perhatian. Adiknya tentu sekalilah, bila cukup masa untuk menyusu atau tidur, dia akan menangis.
“Bila adik menangis, Lara pun mula nak menangis. Bila perlu tepuk untuk tidurkan Lyla, Lara juga nak. Perhatian tu pun banyak kepada Lara juga sebab dia sudah besar, faham dan cepat terasa.
“Jadi, itulah cabaran kena lalui sekarang yang mana saya kena sentiasa ingatkan diri sendiri dan Awal, yang pertama jangan lupa.
“Kadang-kadang kalau ke mana-mana pun orang akan fokus pada Lyla. Saya akan pergi pada Lara. Itulah cabarannya sekarang,” ujarnya lagi.
Melihatkan bentuk badannya yang kembali langsing seperti dulu, begitu pun akui Scha, dia tidak memberi fokus untuk kembali mendapatkan berat badan sebelum hamil.
Sebaliknya mengutamakan kesihatan dalaman dan pemakanan selepas selesai tempoh berpantang.
“Saya tak nafikan dah dapat berat badan asal saya. Cuma tak ada apa-apa rahsia atau rutin ketat yang saya ikuti.
“Mungkin bentuk badan saya tak banyak berubah walaupun ketika hamil, jadi saya tak ambil masa lama untuk menurunkan berat.
“Bagaimanapun menerusi perbualan dengan doktor sebelum ini, dia juga tidak galakkan saya mengejar penurunan berat badan, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesihatan dalaman dan paling penting adalah pemakanan selepas habis berpantang.
“Lebih-lebih lagi saya menyusukan Lyla sepenuhnya, jadi kena titik beratkan pengambilan makanan berkhasiat untuknya dan saya juga,” ujarnya.
Sumber: Sinarplus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Andai terasa hendak bergaya menyambut Lebaran dengan dekorasi rumah yang menarik tanpa kos yang besar.
Apa kata kita jadikan wing chair yang nampak lama fabriknya itu kita tukar dengan cara yang ditunjukkan di akaun fb Aurora Homedeco ini.
Hari ni cikgee cuti merempit. So kita ambik kesempatan untuk merempit bahagian sendiri punya. Kalau tak… Memang tak merasa la pakai raya nanti..
So hari ni, kita tukar sarung wing chair, beli kain dengan kak Hasmah Solan. Petak-petak pink tu so suwitt.. Hehe.
Kat sini kita share kan cara-cara nak tukar cover wing chair. Saya tak pandai sangat, tapi saya try share khas untuk geng-geng deko yang teringin nak tukar cover wing chair tu, utk dipakai raya nanti..
Step 1 : Pinkan
Step 2 : Ambil bentuk dan jahit jelujur. Ikut bentuk-bentuk sekeliling kerusi.
Step 3 : Jahit cantum menggunakan mesin
Step 4: Jahit tepi kain selepas dijahit
Step 5 : Meropol untuk buat skrit
Step 6 : Tambahkan lace pada hujung ropol
Step 7 : Terbalikkan kain dan sarungkan bermula pada bahagian wing. Ambil dari tempat sandar.
Step 8 : Siap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di