Jika berpuluh tahun menggunakan set sofa yang sama, tentu fabriknya sudah nampak kusam. Andai ingin ditukar baharu, kosnya pula boleh tahan, cecah ribuan ringgit.
Mencari alternatif, apa kata kita lakukan diy sepertimana yang dikongsikan oleh Ya Mieza. Terbukti kos yang diperlukan jauh lebih murah dan hasilnya memang puas hati dan nampak wow.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum.. w. b. t.. disini saya ingin kongsikan gambar cara-cara saya memperbaharui fabrik sofa yang telah tular hasil perkongsian saya di sebuah group deko.
Bukan saja cantik malah menjimatkan…Benda bole buat sendiri.. buat apa nak tempah…
Ini gambar step by step pasang sarung sofa. Harap dapat membantu rakan-rakan.
Material kain english cotton 3+2+1 seater menggunakan 21 meter kain.
Perkongsian wanita ini tentang apa yang dilaluinya dalam bab memberi hutang cukup terkesan dalam kehidupannya.
Jadikan pengajaran agar kita dapat hidup lebih tenang tanpa ada rasa sakit hati, dendam dan benci dalam diri seperti apa yang dilaluinya kini.
Jom semak perkongsiannya.
8 tahun lepas, ada seorang kawan saya pinjam duit RM 300. Ini kali pertama dia pinjam dari saya.
Waktu itu, kita di zaman 20-an dan dapat biasiswa JPA pula. Setakat banyak tu, memang tak jadi hal.
Ditambah pula dengan janji manis dan rayuan pakej bersama deraian air mata, maka sepantas kilat saya transfer ke akaunnya.
Selang 2 minggu selepas itu, dia call lagi. Hati saya jadi tak keruan. Tak diangkat, takut dia mahukan nombor akaun, nak diangkat, takut dia mahukan sejumlah wang lagi.
Setelah berdering kali ke 3, saya jawab penggilannya.
“Long, aku stuck kat airport. Nak balik Langkawi tapi aku terlambat sampai. Kereta member rosak tengah jalan. Tolong long. Aku terdesak sangat ni. ”
Saya memang kak long kawasan time tu. Zaman kegemilangan lah katakan.
Sekali lagi, sepantas kilat saya transfer ke akaunnya RM300.
Tahun demi tahun pun berlalu. Dan saya telah diblock dari semua media sosial miliknya.
Zaman saya mula-mula jadi suri rumah, saya ‘buru’ dia semula. Iya, RM600 bukan lah banyak mana. Tapi sangat cukup untuk mulakan bisnes kecil-kecilan.
Saya bukan sekadar gagal dapatkan jumlah itu, tapi turut hilang kawan sebagaimana hilangnya sebuah kepercayaan.
Itu terakhir kalinya saya pinjamkan duit pada orang. Selepas itu, saya hanya pinjamkan duit pada adik beradik sahaja. Cukuplah!
Baru-baru ini, saya bersembang dengan seorang kawan yang belum lama saya kenal.
Terbincang pula tentang bab hutang. Dia kata, dia dah halalkan hutang orang padanya sebanyak 50K.
“awak gila ke? 50K awak. Bukan 50 sen!” kata saya sambil membuntangkan biji mata.
Rupa-rupanya, memang dia gila. Dia gila pahala.
“Lama saya simpan sakit hati, dendam, dan benci pada peminjam tu. Dekat 4 tahun juga saya cuba minta duit saya semula. Dah serupa peminta sedekah. Saya dihalau dari rumahnya tak ubah seperti anjing kurap.
Ustaz kata, sakit hati, dendam, benci boleh jadi penyebab tersekatnya rezeki. Bukan rezeki dia saja yang tersekat, tapi rezeki saya juga. Dalam hati saya ni penuh dengan kemarahan dan dendam pada dia.
Rezeki dia nak tersekat, lantak dia! Tapi, saya tak nak rezeki saya tersekat. Anak-anak pun kerap tak sihat. Saya decide untuk halalkan saja seikhlas hati. Dia nak bayar, silakan. Dia tak nak bayar, terpulang.
Bila saya tak fikir lagi pasal duit tu, pasal perbuatan si peminjam, saya rasa jauh lebih tenang, selesa, aman dan rasa lebih sihat. Makanya, saya halalkan saja. ”
Allahuakbar.
” Aku ni setakat RM600 je kot. Pun dah sasau macam tu.” kata saya dalam hati kecil yang terkadang mahu mengikhlaskan saja, 1 masa yang lain, rasa marah pula yang meraja.
Kawan,
Bab hutang ni memang sensitif. Pandai tabur janji, pandai pinjam, tapi tak pandai pulang. Iya, manusia seperti ini semakin bertambah kewujudannya.
Kawan,
Kalau kita beri hutang dan dah serupa peminta sedekah, Cukup-cukuplah! Ikhlas kan saja. Allah pasti balas dengan berganda kebaikan di dalamnya.
Kalau kita yang berhutang, berusahalah untuk lunaskannya. Kasihan kawan kita. Duit dia, memang dia berhak minta. Kalau belum mampu jelaskan, beritahu saja secara terbuka.
Bab merangkak di akhirat siapa cari siapa, itu bukan kerja kita.
Yang berhutang, langsaikanlah segera. Yang memberi hutang, insyaAllah ada ganjarannya untuk sebuah ikhlas yang kita beri. Percayalah, makin mencurah-curah rezeki.
Tenang dan sesekali tersenyum namun di hati siapa yang tahu. Pemergian suami tersayang dalam satu kejadian lemas baru-baru ini pastinya meninggalkan impak bukan sahaja kepada dirinya bahkan keluarga. Malah kejadian tersebut menjentik emosi seluruh rakyat Malaysia yang turut berkongsi kesedihan tersebut.
Adnan Othman, 33 merupakan salah seorang dari 6 anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas sewaktu mengikuti operasi menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong 3 Oktober lalu.
Allahyarham yang bertugas di Balai Bomba Shah Alam merupakan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). Dia meninggalkan isteri, Norshamiza Salleh,32 bersama dua anak perempuan iaitu Aisyah Damia, 5, dan Alia Maisarah, 2.
Norshamiza atau lebih mesra dengan panggilan Miza berkata, kejadian itu hanya diketahui kira-kira pukul 10.30 malam tadi selepas dihubungi rakan setugas Allahyarham.
“Suami saya memulakan tugas pada pukul 8 pagi dan sepatutnya habis pada pukul 8 malam, tetapi suami ada menghubungi dan beritahu ada operasi di Cyberjaya. Waktu itu, saya macam biasa je tak ada sebarang perubahan.
“Cuma lepas jam 10 malam arwah belum pulang, saya mula rasa bedebar-debar. Kemudian, saya bawa anak-anak siap untuk tidur. Waktu itu, saya terdetik nak ambil telefon yang tengah charge. Kemudian, masuk panggilan dari kawan suami, Syazwan yang bertanyakan tentang arwah.
“Saya cakap dia belum pulang. Kemudian Syazwan beritahu ada masalah ketika operasi tersebut dan meminta saya bersabar banyak-banyak. Tetapi jangan fikir yang bukan-bukan lagi katanya. Sebagai isteri mula rasa tidak sedap hati, menggigil badan dan tak tahu kat mana nak cari info. Jadi saya google di Facebook tentang lemas di Cyberjaya dan nampak video yang orang muat naik.
“Disebabkan tak puas hati saya mula bersiap dan kebetulan jiran bernama Wak yang juga baik dengan arwah datang untuk bertanyakan hal tersebut. Sebelum itu, saya hubungi Balai Bomba Shah Alam dan mereka beritahu ada kes lemas melibatkan dua anggota dan mereka sebut nama arwah. Kemudian minta Wak bawa saya ke balai bomba dan waktu itu saya hanya sempat bawa botol susu anak dan air sebotol.
“Kemudian, kakak ipar telefon dan waktu itu saya dah mula cuak. Ini beritanya ke?. Tetapi kakak ipar bertanyakan arwah kerja bila esok sebab ayah kena pergi hospital untuk pemeriksaan. Jadi, tak ada lagi berita buruk dan saya terus ke balai. Selepas itu, Syazwan telefon sekali minta saya ke hospital Serdang. Ketika itu saya tak fikir akan berlaku tragedi dan ingat kemalangan biasa.
“Nampak sahaja hospital tersebut, telefon berdering lagi dan Syazwan meminta saya terus ke bilik mayat. Waktu itu saya hairan, kenapa nak kena pergi bilik mayat, dalam masa yang sama saya dah mula rasa arwah dan tinggalkan kami. Waktu itu, abang arwah ada hubungi saya dan beritahu hal tersebut. Jadi saya maklumkan dia. Minta dia beritahu hal tersebut kepada mak ayah arwah.
“Kemudian, saya hubungi ibu saya dan beritahu arwah macam dah tak ada dan ibu pun terus datang ke hospital. Sampai di bilik mayat, saya diminta buat pengecaman dan saya dan ibu mentua pergi kerana hanya dua orang dibenarkan masuk waktu itu. Ketika nak masuk, anak sulung menangis sebab nak tengok ayahnya. Jadi mak saya pujuk lalu saya masuk dengan ibu mentua.
“Lepas buka kain penutup tu ibu mentua dah lemah dah dan saya terus cakap ini suami saya Adnan Othman,”cerita Miza lagi yang cukup tenang dan menerima pemergian arwah suami dengan reda.
Usai selesai bedah siasat, Miza mengejutkan anak sulungnya yang sedang tidur untuk membawanya melihat ayahnya buat kali terakhir.
“Waktu itu Mia tengok dan cium ayahnya lalu tanya kenapa dengan kepala ayah sebab ada kesan pembedahan. Saya cakap kan ayah sakit jadi doktor ubatkan kepala ayah lah tu. Mia cakap mesti rambut ayah cepat tumbuh lepas ni kan ibu. Itulah ayat Mia.
“Kemudian saya beritahu Mia lagi, ayahnya terus tidur dan takkan bangun lagi. Ayah dah pergi dekat Allah, dan waktu jumpa ayahnya memang saya dah terangkan pada Mia. Ayah kan orang yang baik, Allah jaga dan sayang dan ayat itulah yang saya ulang-ulang pada Mia.
“Tetapi waktu melihat wajah ayahnya kali terakhir sebelum dikapankan, Mia bergenang air mata. Selepas salam dan cium ayahnya dan imam nak tutup wajah arwah Mia mula meraung kenapa ayah macam tu dan dia nak ayahnya,” ujar Miza yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah kolej.
Mengakui rutin harian tetap berjalan seperti biasa, cuma selepas ini tiada lagi insan tersayang bernama suami dan ayah yang menemani mereka anak -beranak.
“Rutin seperti biasa cuma lepas ini adik lelaki akan menemani dan duduk bersama kami. Sebelum ‘pemergian’ arwah memang tiada sebarang petanda cuma dia selalu sebut penat kerja dan nak isi semula permohonan SPA.Kebetulan arwah baru sahaja dapat ijazah baru-baru in.
“Malah, kami berdua sempat keluar berdua tengok wayang bersama cerita PASKAL. Itulah yang arwah muat naik ayat dalam filem tersebut dalam facebooknya dengan gambar throwback 2013.
“Status arwah pun syahdu sejak kebelakangan ini. Kalau diikutkan arwah bukan jenis yang romantik, tetapi ayatnya memang syahdu. Saya pun perasan statusnya dengan ayat “apapun pilihan kita .. mati. Dia ada memuat naik ayat sama di status WhatsApp. Jadi saya komen, cakap bukan main ayat sekarang. Namun arwah yang ketawa dan kongsikan video Mia yang dia ambil sebelum ini.
Siapa sangka, arwah pergi kerja macam biasa namun malamnya dia dah takde. Menurut Miza lagi, arwah sejak kebelakangan ini tak banyak cakap berbanding sebelum ini. Dia banyak memerhati dari bercakap. Dengan anak-anak pun sama.
“Pagi terakhir sebelum arwah ke tempat kerja biasanya kami akan keluar bersama cuma berpisah ikut ke tempat kerja masing-masing. Tetapi pagi tu, yang bongsu merengek dan arwah cakap sudah pukul 7 lebih.
“Jadi saya minta dia pergi kerja dulu. Lepas bersalaman dan cium tangan macam biasa, arwah pun keluar dan cakap pergi dulu manakala saya uruskan anak-anak. Memang tiada sebarang perubahan apa-apa waktu itu. Tak sangka pagi dia pergi kerja macam biasa tetapi malamnya dia dah takde.
“Setakat ini anak-anak macam biasa perasan sebab leka bermain. Cuma saya selalu ingatkan dia, “Mia ayah mana’. Dia cakap ayah dah tak de, meninggal. Adiknya masih kecil belum mengerti apa-apa. Cuma dia selalu tunjuk gambar dan sebut ‘yah yah’,” ujar Miza lagi sebelum menutup perbualan dengan penulis.
Semalam, Norshamiza dan keluarga mentuanya menerima kunjungan YS PKPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama Ketua Balai Pelabuhan Klang serta 3 Pegawai Unit PPDA Serta Wakil PERISMA hadir menziarahi keluarga arwah PB Adnan bin Osman.
Dalam majlis itu, YS Pengarah Negeri Selangor turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah serta salam takziah dari warga JBPM.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika dilihat pada gaya hidup anak-anak muda sekarang, boleh dikatakan semuanya tampil dengan gaya mewah. Malah ada di antara mereka yang tidak segan silu menunjukkan kemewahan walaupun masih belum mempunyai pekerjaan tetap.
Sedar atau tidak, perkara ini boleh menjuruskan mereka ke arah beban hutang yang tinggi. Menerusi satu perkongsian dari Facebook Hash Ashraf yang berkisar pengalaman yang membebankan hidupnya angkara gagal menguruskan kewangan dengan baik sewaktu usia muda.
Penyesalannya itu membuatkan dia ingin waktu kembali ke waktu silam agar dapat memperbetulkan keadaan.
Tak fikir langsung untuk menyimpan
Ada suatu yang ingin aku kongsikan pada semua, terutama anak-anak muda lepasan universiti, yang baru dapat kerja dan merasa gaji tinggi. Fikir tentang masa depan, jangan terlalu enjoy dan boros gunakan semua duit gaji dengan shopping benda bukan-bukan termasuk kereta. Ini pengalaman saya, bukan orang lain.
Permulaan, hidup saya cukup mewah, dengan gaji tinggi, saya tak fikir langsung untuk simpan dan beli rumah atau invest dalam apa-apa yang menguntungkan. Saya habiskan dengan beli jenama mahal, LV, Gucci, Zegna, Ferragamo, apa lagi, Coach, MK, Aigner dan macam-macam.
2 kredit kad, 3 buah kereta
Zaman muda, pegang banyak duit, of cause tak fikir apa-apa. Now 2020, umur pon dah tua, still menyewa. Damn!, I felt like I’m the most stupid guy in the world! with my salary in 2012-2019, I can buy a bungalow worth 600k, but I can’t buy anything. Why?
Few stupid things that I do, apply credit card, not one, but two! Buat personal loan, shopping benda-benda mahal, travel luar negara, dan paling teruk, beli kereta. 3 Myvi (buat kereta sewa) dan 1 Honda. Gila kan? Rumah? Mana rumah? I wish I can turn back time. I wish.
Jual kereta selesaikan semua hutang
2015, saya cuba nak beli rumah, tapi loan tak lepas. Sebab apa? Sebab personal loan, credit card, kereta myvi dan lain-lain. Bodoh kan? So what I do after that, beli satu lagi kereta, Honda. Damn! I regret so much. Bodohnya. Dan now, I wish for second time, I wish I can turn back time dan balik ke tahun 2012.
Just a few days before masuk tahun 2020, saya dah berjanji dengan diri saya, I will sell all my cars, not include Honda, mak saya pegang pisau tak bagi saya jual kereta tu. Kemudia buat settlement semua credit card, dan buang credit card tu dan takkan guna dan percaya lagi sesiapa yang cuba nak hasut untuk pakai credit card. It’s totally bulshit! Seterusnya buat full settlement untuk personal loan.
Beli rumah!
Dalam bulan pertama tahun 2020, Alhamdulillah, saya dah jual semua Myvi saya, dan harini saya dah settlekan personal loan dan hutang credit card. Sebelum ini, komitmen saya cecah 5k sebulan, tapi mulai Feb 2020, komitmen saya hanyalah sebuah Honda.
Nasihat saya untuk anak muda: 1) Jangan apply credit card 2) Simpan duit 3) Jangan beli kereta dulu 4) Beli rumah!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.