Sekarang ni kalau keluar nak cari makan petang-petang, dalam banyak-banyak gerai yang kita jumpa mesti akan ad ayang jual corndog. Betul tak?

Yang jenis bajet tak berapa nak ada tu, jeling jela. Nak beli, takut tak cukup satu. Almaklumlah, anak pun ramai. nanti beli satu mau bergaduhnya budak-budak ni!

Haaaa dari telan air liur je tengok, apa kata buat sendiri je guna resipi dari Nur Syazwani Mustafa ni. Confirm puas hati! Paling penting, mesti anak-anak happy! Jom cuba.

Demam “corndog” masih belum berakhir. Kali ni aku olah sikit resipi. Untuk memantapkan lagi rasa.
Serius lagi sedap dari jenama terkenal kat mall tu. Yang jenama C**N tu. Oppss! 🤭

RESIPI CORNDOG

BAHAN-BAHAN :

Sausage (aku guna Ayamas Cheese)
Mozzarella Cheese. Ambil yang block bukan shredded. (brand Arla kat Aeon RM17.50. Boleh potong jadi 8 cube. Sedap brand ni)
Bread Crumbs. (ambil yang jenis “putih” bukan “oren”)
Chopstick kayu (dekat 99 Speedmart ada jual)
1 sudu besar Yis Mauripan
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam
7 sudu besar Tepung Gandum (sudukan biasa saja, jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Sedang2 saja. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)
1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi. (ni yang akan buatkan corndog kita sedap and tak boring makan)

IKLAN

Buat Sendiri Je Corndog Viral, Lagi Jimat Boleh Makan Satu Keluarga!

CARA-CARA :

1) Rebus sausage selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. Potong dua.

2) Potong Mozzarela Cheese block menjadi kiub, potong sebesar sausage tadi. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sausage dahulu diikuti dengan cheese.

Buat Sendiri Je Corndog Viral, Lagi Jimat Boleh Makan Satu Keluarga!

IKLAN

3) Bancuh 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi dengan 7 sudu besar Tepung Gandum. Kemudian letak 1 sudu besar Yis Mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. (Rujuk video for tekstur tepung). And seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk “setkan” bancuhan.

4) Lepas tepung dah set, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi. Supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi. Atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Part ni memang renyah sikit and memerlukan kesabaran. 😅

5) Selepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepal-kepalkan hingga mampat bahan salutan. Dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.

IKLAN

Buat Sendiri Je Corndog Viral, Lagi Jimat Boleh Makan Satu Keluarga!

6) Last sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Aku guna mayonis, sos cili and sos tomato saja. Then decokan dan siap untuk dimakan. Tariklah cheese tu sampai ke London. Hihi. Sedap giler! 😋🌭🧀

Buat Sendiri Je Corndog Viral, Lagi Jimat Boleh Makan Satu Keluarga!

TIPS JIMAT :

Macam aku untuk jimatkan kos buat corndog ni, aku beli piping bag je untuk letak sos and mayonis. Tak perlu beli mayonis botol yang ada corong tu, sebab akan menambahkan kos je. Hihi.
Last but not least, SELAMAT MENCUBA. Puas makan sebab dapat 8 batang sekali buat. Kos buat dalam RM40. Kos beli luar dalam RM80++. So jimat bukan kalau buat sendiri

Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI