Datin Paduka Eina Azman baru-baru ini bersama keluarganya meluangkan masa berkunjung ke taman tema Genting Skyworlds.
Ibu kepada sepasang cahaya mata ini telah membuat video kenangan dan berkongsi di akaun Instagramnya.
Menerusi video tersebut, kelihatan anak kembar Eina iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey begitut eruja melihat segala permainan yang ada di taman tema tersebut.
Namun menjadi perhatian warganet adalah kehadiran dia orang wanita yang ada bersama keluarga ini ketika bercuti Di Genting.
Rupa-rupanya mereka merupakan penjaga anak-anak Eina. Sepertimana yang diketahui ramai adalah sikap Eina yang pemurah dan tidak berkira dengan pekerja-pekerjanya. Mereka juga turut bermain dan menikmati keseronokan bersama keluarga tersebut.
IKLAN
Rata-rata memuji sikap Eina terhadap pekerja-pekerjanya, bukan sahaja cantik malah memiliki sifat prihatin Dan tidak berkira.
I always adore you datin , since from you berlakon dalam movie Ratu i think ( it was long time already i have short memory 😂 ) ill hope you and family always stay healthy … Lots of LOVE ❤️❤️❤️
Jarang kita lihat artis lelaki yang ditemani ibu ke mana sahaja baik majlis keramaian ataupun ketika shooting.
Jika sebelum ini, Zul Ariffin antara artis yang dilihat sangat rapat dan sering membawa ibunya sebagai teman. Namun kini dia keseorangan selepas ibunya meninggal dunia.
Namun, pelakon dan juga pelawak Zizan Razak rupa-rupanya sangat rapat dan boleh dianggap anak mak. Baru-baru ini dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 31, Zizan dilihat bersama ibunya.
Bahkan, beliau yang menjulang trofi Pelakon Komedi Popular 2018 menerusi catatan di laman instagramnya menujukan kata-kata kepada ibunya, Anai Ibrahim.
“Sebaik baik doa datang dari ibu bapa kita. InshAllah. Alhamdulillah. Tulis Zizan di kapsyennya.
Susulan perkongsian tersebut, pengikut di laman sosialnya itu memuji sikapnya yang sangat rapat dengan ibunya itu. Malah, ada yang memuji ibunya nampak muda dengan penampilan tersebut.
Semua orang sedia maklum, pengurusan masa yang baik pastinya akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih bermakna dan bermanfaat. Tidak keterlaluan jika dikatakan tanpa adanya perancangan dan jadual dalam kehidupan, pengisian masa seseorang itu akan berlalu begitu sahaja. Begitu juga halnya dalam menunuaikan ibadah, jika ada jadualnya tentu sahaja ibadah lebih mudah dibuat.
Berikut untuk mencapai matlamat untuk lebih konsisten dalam melakukan ibadah, apa kata ikuti jadual harian yang disediakan oleh ustaz Ismail Kamus ini yang dikongsikan di akaun fb Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Jom semak jadual ini.
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
– Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
Benarlah doa ibu bapa itu mustajab! Baru-baru ini tular satu rakaman oleh seorang guru yang menunjukkan seorang bapa sedang menghantar anaknya di hadapan pagar sekolah.
Perlakuan si ayah yang menadah tangan berdoa sebelum beredar menaiki sebuah motosikal benar-benar menyentuh hati sehingga ada yang menitiskan air mata.
Tak kurang yang menganggap anak kepada lelaki tersebut amat bertuah kerana memiliki seorang bapa yang penyayang. Pelajar bertuah tersebut adalah Nurul Aisyah, anak bongsu kepada Bakri Md Noor, 53.
Pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu bagaimana pun tidak menyangka perlakuan si ayah mendapat respond sedemikian oleh netizen.
” Sejak kecil lagi saya sudah terbiasa dengan amalan tersebut yang turut menjadi ikutan lima adik-beradik saya beradik yang lain. Abah memang buat macam dengan kami adik-beradik dari arwah mak ada lagi. Satu keluarga kami memang macam tu.
“Masa mak ada lagi, masa abah nak pergi kerja kami akan lambai abah dari rumah. Mak akan baca doa semoga perjalanan abah selamat. Jadi ia dah jadi ‘habit’ sebab mak dah selalu tunjuk, jadi kami pun ikut sekali.
Menurut, Nurul Aisyah atau lebih mesra disapa Aisyah berkata dia amat terharu dengan tindakan bapanya.
“Macam biasa saya akan salam abah kemudian cium pipi abah sebelum masuk sekolah. Saya tau abah doakan saya tapi bila tengok video tu, saya rasa terharu.
“Dalam hati kecil saya kata Alhamdulillah bertuahnya dapat bapa macam abah sebab jarang kita tengok bapa orang lain buat macam tu,” katanya.
Aisyah tidak menolak selain pentingnya usaha, doa ibu dan bapanya menjadikan mereka lima beradik cemerlang dalam pelajaran masing-masing.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, kakak sulung dan abangnya bekerja sebagai jurutera manakala kakak keempatnya menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan awam.
“Walapun saya tak tahu apa yang ibu dan abah doakan untuk kami tapi saya tahu mereka mahukan semua anak mereka berjaya.
“Abah dulu jurutera. Alhamdulillah kakak pun bekerja sebagai jurutera di Shah Alam manakala abang jurutera di sebuah syarikat di Pulau Pinang.
“Kakak ketiga saya suri rumah. Kakak keempat saya masih belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh dalam jurusan kejuruteraan awam.
“Insya-allah saya juga akan mengikut jejak langkah kakak-kakak dan abang saya tapi saya lebih berminat dengan komputer dan teknologi,” kata pelajar aliran sains itu.
Aisyah berkata bapanya pernah bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang sebelum mengambil keputusan berhenti kerja demi menjaga ibunya, Sabariah Ariffin yang menghidap kanser paru-paru pada 2014.
“Dulu abah engineer tapi dia sanggup berhenti kerja sebab nak jaga mak.
“Mak dikesan kanser tahap 4 hujung tahun 2014. Jadi abah jaga mak sampailah mak meninggal pada 29 November 2016,” katanya.
Selepas pemergian ibunya, Aisyah berkata bapanya membuat keputusan untuk tidak lagi bekerja dan berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan demi memberi tumpuan kepada dirinya yang masih bersekolah.
“Saya anak bongsu jadi memang rapat dengan mak. Sebelum mak meninggal, mak ada pesan dekat abah supaya jaga saya sampai habis sekolah.
“Abah tunaikan janji mak. Abahlah yang hantar dan ambil saya balik sekolah naik moto. Dia juga akan masak untuk Aisyah.
“Sekarang abah jual nasi lemak. Kalau ada orang order dia akan buatkan. Abah belajar dari arwah mak sebab dulu mak pun berniaga nasi lemak,” katanya yang tinggal bersama bapa dan abangnya di Juru, Pulau Pinang.
Memandangkan Aisyah akan menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) November ini, dia berazam untuk memperoleh keputusan cemerlang bagi membalas jasa bapanya.
“Saya pernah janji dengan arwah mak nak berjaya. Nak bawa mak jalan-jalan tapi tak sempat. Kalau nak patah balik masa memang tak dapat, jadi inilah peluang saya nak balas jasa abah.
“Bila tengok video viral ramai komen baik-baik. Alhamdulillah mereka doakan saya tapi pada masa sama saya rasa tertekan sebab takut kalau tak dapat result elok.
“Sampai saya terfikir. Ya Allah kalau tak dapat result elok macam mana nak balas jasa abah. Jadi saya akan cuba buat yang terbaik demi abah,” katanya yang menyasarkan untuk mendapat 6A, 3B dalam SPM nanti.
Sementara itu, Aisyah turut menasihati rakan seusianya supaya menghormati dan menghargai ibu bapa masing-masing.
“Saya harap sangat anak-anak muda hargai ibu bapa anda sementara mereka masih ada. Bila dah jadi macam saya baru nak rindu mak. Saya pun tak sangka akan kehilangan mak pada usia yang muda.
“Tak sempat nak tunjuk result PT3 kepada mak. Tak sempat nak bermanja lebih lama lagi dengan mak.
“Hargailah mereka kerana kita tak tahu sampai bila mereka akan bersama dengan kita. Allah boleh tarik nikmat kasih sayang tu bila-bila masa tanpa petunjuk atau amaran,” katanya sebak.
Kredit: mStar Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berbuka petang nanti kalau dapat merasa sepinggan nasi dengan ayam dan sambal penyet pasti rasa puas hati. Lagi pula kalau pedas terangkat. Barulah puas hati kalau dapat makan.