Makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan kerang memang tinggi dengan sumber zat besi, zink, protein dan lain-lan nutrisi yang perlu buat wanita hamil.
Tidak hanya itu, makanan laut terutamanya ikan juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang sangat bagus untuk pembentukan dan perkembangan si kecil dalam kandungan.
Pun begitu bukan semua ikan boleh dimakan dengan selamat bagi ibu mengandung. Semuanya kerana kandungan merkuri dalam ikan tersebut yang tinggi dan tidak sesuai untuk ibu dan bayi di dalam kandungan.
Kesan tinggi merkuri pada ibu hamil
Masalah sistem saraf bayi akan terjejas pada:
Ads
* Isu pada otak bayi.
* Isu pada jantung bayi.
* Dalam kes lebih teruk, ia akan merencatkan tumbesaran mereka di dalam kandungan yang boleh memberi kesan apabila lahir kelak
Jenis ikan yang tinggi merkuri biasanya adalah pemangsa dan bersaiz besar, contoh seperti berikut:
* Ikan jerung
* Ikan todak
* Ikan tuna
* Ikan marlin
* Ikan mackerel
* Ikan tilefish
* Ikan orange roughy
Ads
Gambar hiasan
Selain ikan tinggi merkuri, di bawah ini juga termasuk ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung kerana mengandungi bahaya akibat pencemaran di dalam air:
* Ikan kerapu
* Ikan keli
* Ikan bluefish
* Ikan sablefish
* Ikan pacific cod
* Ikan pacific ocean perch
Ads
Mungkin ada lagi beberapa jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung yang tidak nyatakan. Sebaiknya, dapatkan informasi yang lebih tepat daripada doktor.
Sekiranya wanita hamil masih mahu makan ikan dan makanan laut lain, tiada masalah asalkan anda elakkan daripada mengambil jenis-jenis ikan yang tidak boleh dimakan seperti yang dinyatakan di atas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pantang ada cerita yang trigged sikit di televisyen, mulalah netizen ni meluah rasa tak puas hati di media sosial. Misalnya seperti baru-baru ini, sana sini buka lah sosial media apa pun, mesti akan ada nama Nuha dan Adam, nama watak dalam drama hangat ‘Aku Tanpa Cintamu’.
Malah, ada sampai yang tak sanggup menonton khuatiri terlampau emosi menonton drama tersebut. Tetapi, pada hakikatnya, konflik rumahtangga sebegitu sememangnya ada sahaja di luar sana. Bezanya didedahkan pada umum atau tidak sahaja.
Tidak ketinggalan, baru-baru ini, penceramah bebas Ustaz Syamsul Debat akui tahu tentang watak Nuha dan Adam itu selepas menonton di laman Tiktok. Dia yang sedang memberi ceramah sempat menyebut nama Adam dan Nuha dalam perbincangan topik bertajuk ‘Keluarga & Kerjaya’ dan menjadikan mereka contoh dalam topik tersebut.
Mengambil contoh bagaimana Nuha terpaksa menggunakan wang sendiri untuk memenuhi kemahuan suami, hal sebegitu sebenarnya tidak seharusnya berlaku.
“orang perempuan tak wajib tolong suaminya. Dari sudut duit gajinya, tak wajib bagi kat suaminya.
“Isteri pula tolong settle bayar duit kereta suami, isteri yang teruk. walaupun isteri anak orang kaya.” kata ustaz dalam petikan video yang tular itu.
Tambah ustaz, dalam segi pengurusan rumah, sepatutnya itu adalah kerja suami tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk isteri membantu.
“Cuma, Walaupun itu tanggungjawab lelaki, orang perempuan dengan penuh rela hati menganggung tugas suami dan membuatnya dengan lebih baik daripada suami buat.” jelansya.
Bagi yang mengenali ustaz, sememangnya tahu bahawa ustaz sememangnya gemar menyelitkan unsur lawak dalam percakapannya. Bertanya apakah tajuk drama tersebut, ustaz sempat bergurau dengan tetamu lain tentang drama yang menjadi bualan orang ramai itu.
Melalui ruangan komen, ratusan netizen sangat terhibur dengan gaya santai ustaz menjadikan 2 watak itu sebagai contoh mudah dalam kandungan ceramahnya. Viral sejak semalam, video berkenaan sudah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan.
Tahun ini, genap 9 tahun kehilangan pesawat kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 selepas dilihat kali terakhir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China pada 2014.
Setiap tahun, persoalan yang sama dibangkitkan akan status keberadaan, punca kehilangan, nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200 itu.
Walaupun pelbagai spekulasi diberikan namun jejak MH370 masih lagi menjadi tanda tanya.
Baru-baru ini, satu dokumentari mengenai kehilangan pesawat MH370 telah disiarkan secara eksklusif namun ianya telah menyebabkan sebilangan penonton berang selepas ia mendedahkan bahawa panggilan daripada seorang penumpang tidak dijawab.
Dalam satu bahagian, seorang gadis mendakwa dia menerima panggilan telefon daripada ayahnya yang menaiki pesawat Malaysia Airlines itu.
Gadis itu menunjukkan panggilan masuk pada skrin telefonnya, namun ia berhenti berdering sebaik sahaja dia menjawab.
Seorang lagi waris mangsa, Jiang Hui turut bercakap tentang panggilan telefon yang aneh itu.
Hui mempunyai pengalaman yang sama, mendakwa bahawa dia telah cuba menghubungi mangsa dan juga mendapat sambungan, tetapi tiada siapa yang pernah menjawab panggilan tersebut.
Hui kemudiannya berkata pihak berkuasa mendakwa mereka tidak mempunyai teknologi untuk mengesan isyarat itu.
Penonton meluahkan reaksi marah di media sosial dan mengatakan panggilan tersebut boleh menyebabkan misteri itu diselesaikan.
Mereka turut mengkritik dokumentari tersebut kerana mengabaikan banyak butiran penting tentang kes berkenaan.
“Menonton #MH370 itu di Netflix. Saya tidak percaya bahawa mereka tidak mengesan panggilan telefon itu.
“Saya baru sahaja memulakan siri ini dan saya hanya ingin berkata, tak mungkin panggilan telefon itu boleh dibuat jika pesawat itu terhempas ke darat, atau lautan,” tulis beberapa penonton.
Dokumentari ini mendapat kecaman kerana didakwa banyak memberi tumpuan terhadap teori konspirasi kehilangan MH370.
Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.
Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
“Emery anak istimewa saya, dia autistik, ‘non-verbal’ dan tiada cara komunikasi seperti kita yang sempurna ini. Dia berada di Kuala Lumpur untuk bercuti dan dua malam juga kita pergi makan di pusat bandar.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.
“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“Jadi, mereka tinggikan suara, marah dan maki. Masyarakat kita tak peka dengan insan yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan mental,” katanya.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.
“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“Bagi mereka ruang untuk ‘menumpang lalu’ kehidupan normal kalian untuk beberapa minit dan mereka akan pergi daripada kehidupan anda selamanya,” katanya.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.