Walaupun pernah melalui fasa sebagai seorang ayah sebelum ini, namun penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah, 60, akui gementar menanti kelahiran anak perempuannya.
Menurut Datuk Jamal lagi, dia tidak akan menemani isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, di bersalin kerana takut dengan proses yang bakal dilalui.
“Alhamdulillah, kandungan dah masuk lapan bulan setengah dan isteri berada dalam keadaan sihat. Cuma saya berasa agak gementar nak melalui kembali proses ini.
“Tengok dia berjalan pun kita dah terfikir macam mana sengsara dia nak menghadapi semua ini. Jadi saya dan beritahu isteri dan minta maaf awal-awal.
“Saya kata saya minta maaf kerana tidak dapat menemani dalam bilik bersalin kerana saya takut. Anak-anak saya sebelum ini pun sama juga, saya tidak masuk bilik bersalin.
Ads
“Bukan takut darah cuma saya tak boleh bayangkan macam mana perut yang besar itu nak keluarkan anak,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai isterinya, Jamal memberitahu Zai Izzati tidak mengidam makanan yang pelik-pelik.
Ads
“Isteri saya tidak mengidam tetapi saya pula yang alami alahan. Saya mengidam lemang dan rendang sepanjang tempoh dia kehamilan dia.
“Nasib baik lemang dan rendang itu makanan yang senang nak dapat, tidak kiralah siang atau malam,” katanya ketawa.
Ads
Terdahulu, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.
Jamal sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perceraian.
Hasil perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jangan buat main dengan makanan seimbang terutama bagi kanak-kanak yang memerlukan pemakanan yang berkhasiat untuk pertumbesarannya.
Tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa tidak kisah apabila anak hanya minum susu sahaja tanpa makan makanan lain. Pada mereka kandungan susu formula itu sudah mencukupinya.
Hakikatnya tiada. Anak-anak perlu juga makan makanan lain secara natural untuk kesihatan tubuh badannya.
Begitulah pengalaman yang dilalui seorang ibu apabila anaknya tidak menjamah hidangan lain, sebaliknya kerap minum susu formula. Akibatnya kesihatan anak merosot.
Mujur segera berjumpa pegawai kesihatan untuk mendapatkan nasihat. Rupanya ia berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak seimbang.
Ikuti cara bagaimana ibu ini mendidik anaknya makan sayur, siap buat jus sayur lagi.
Kesihatan anak merosot
Beberapa tahun lepas, Aqlan, anak saya masuk hospital. Muntah tak berhenti sampai badan jadi lemah. Selama 2 malam, saya menemani beliau di PPUM.
Sorang demi sorang doktor datang. Tapi, doktor yang last ni, dia detail sikit. Habis history sakit anak yang lain dia selidik. Masalah kulit sampai masalah asthma dia korek. Yang paling berdebar, bila dia tanya pasal diet anak. Sebab bila dia cek darah, dalam darah anak ada kekurangan zat besi. Atau iron.
Waktu tu saya kesallah juga. Kalau ikutkan, saya ni, menjaga jugaklah makan anak. Tiap 4 jam, mesti kena makan. Nak makan candy pun, sehari sebiji dua je. Itupun lepas makan nasi. Lauk dan sayur pun, mesti cukup banyak bila makan nasi. Portion yang disediakan, wajib dihabiskan.
Cuma mungkinlah Allah nak uji. Anak sakit lepas musim cuti raya. Waktu raya pulak, saya be easy on myself. Malas nak tunjuk fussy sangat, jadi makan apa aje juadah yang ada. Sayur, memang susah nak cari waktu raya. Mungkin sebab tulah jugak, kandungan zat kat badan anak turun. Wallahualam…
Rupanya ini sebabnya, badan susah serap iron
“Anak minum susu banyak tak?” Tanya doktor. Rupanya, kalau anak banyak minum susu lembu, badan susah nak serap iron. Langsung saya teringat kawan-kawan yang mengadu anak dia jarang makan. Asyik minum susu je. Bahaya rupanya kesan dia.
Kenapa bahaya kalau badan anak tak cukup iron? 1.Masalah tingkah laku 2. Ganggu perkembangan otak 3. Kurang selera makan 4. Kerap penat 5. Muka pucat 6.Craving kat benda-benda pelik termasuk 7.Tumbesaran terganggu
Dan, terlalu banyak minum susu lembu bukan the only penyebabnya. Tapi punca yang utamanya, sebab diet yang tak seimbang. Rupanya sangat-sangat penting rajin pelbagaikan makan untuk anak. Terutama sekali buah-buahan dan sayur.
Buat jus sayur
Balik dari hospital, terus saya semangat. Buat brokoli goreng tepung la, ajar makan daging, bagi ratah ikan bilis dan sebagainya. Sebab Dr kata, vitamin C jugak akan tingkatkan penyerapan Iron, balik kampung, kitorang beli jambu batu banyak-banyak. Tak jadi Iron Man, tak tau lah!
Dan JUS BABY BAYAM ni adalah saranan dari sahabat saya Noraini Abd Samad yang memang superb ilmu bab makan seimbang. Aini kata, baby bayam ni dia tasteless. Jadi, bila diblend dengan buah lain, tak ada rasa bayam langsung. Kalau blend dengan mangga, jadi rasa mangga je. Kalau blend dengan epal, rasa epal je.
Kalau blend dengan beri, rasa beri lah juga. Dan memang nampak superb kesan dia bila anak saya start minum jus ni. Lagi senang makan sayur, lagi bertenaga dan tak selalu mengadu letih.
Ni lah baby bayam. Selalu ada kat rak syuran yang ada jual sekali sayuran imported
Sumber: Wawa Shauqi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelonggaran SOP yang diumumkan membuatkan ramai menarik nafas lega. Apatah lagi, sekian lama anak-anak terkurung di rumah tidak boleh keluar ke taman mahupun melakukan aktiviti riadah.
Namun, ada juga yang kurang bersetuju memandangkan kes positif Covid-19 masih tinggi selain Varian Delta yang mengganas.Mengulas mengenai isu berkenaan, pengacara TV, Mya Zulfikli, dia berkongsi pandangan mengenai kesihatan dan perkembangan mental si kecil sama penting seperti kesihatan fizikal.
“Tidak dinafikan virus Covid sememangnya sangat bahaya namun jika melihat parents membawa anak-anak bermain di taman, memijak rumput dan pasir, janganlah terus menghukum dan menlontarkan kecaman. Hal ini kerana anak-anak juga sudah terlalu penat duduk di rumah dalam jangka masa yang panjang.
“Tidak semua orang bernasib baik mempunyai rumah besar yang memberi kebebasan untuk anak-anak berlari di rumah kerana jika mereka yang tinggal di rumah flat atau rumah yang tidak mempunyai halaman besar cara terbaik adalah dengan membawa anak-anak turun ke bawah dan bermain taman.
Dalam masa yang sama, Mya turut menasihati ibu bapa supaya tidak mengabaikan pengambilan vaksin, influenza dan sebagainya khusus buat anak-anak sekiranya disarankan oleh pihak berkuasa. Ini bagi memastikan antibosi anak-anak lebih kuat untuk melawan segala virus.
Perkongsian Mya mendapat reaksi ramai. Ada yang menyokong tak kurang yang kurang setuju terutama sekali apabila membabitkan soal kesihatan anak-anak. Namun rata-rata bersetuju, namun perlu mengikut SOP. sentiasa jaga jarak dan kebersihan diri.
Memikirkan cara terbaik untuk menyusun atur beberapa jenis botol sos yang sedia ada di dapur, boleh pening kepala juga dibuatnya.
Mana hendak diletakkan sos cili, sos tiram, sos lada hitam, botol kicap dan beberapa jenis sos yang lainnya.
Kalau ditempatkan di atas meja makan, menjadi sempit pula, kalau diletakkan di dalam kabinet sukar pula dicapai. Malah kalau hendak disimpan di dalam peti sejuk, menjadi sarat pula peti sejuk dengan makanan-makanan lain.
Jadi apa kata, usahakan untuk melakukan DIY yang cukup ringkas ini dengan bermodalkan RM 10.50 sahaja.
Bukan sahaja murah, malah hasilnya memang wow. Bekasnya cantik, dan paling penting mudah diangkat jika ingin dijadikan sebahagian elemen dekorasi di ruang dapur.
Nak tahu bagaimana cara membuatnya, ini dikongsikan langkah demi langkahnya oleh Noriza Zainal Abidin. Jom semak.
Bahan-bahan yang digunakan :
batang mop 1
hiasan dinding 2
papan pemotong 2
kos 5 brg × rm2.10 = rm10.50
Step 1 : Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Step 2 : Potong kayu mop ikut saiz papan.
Step 3 : Buangkan plastik merah pada batang mop yang telah dipotong dan kemudian pakukan kayu mop dengan papan hiasan.
Step 4 :Pakukan kiri dan kanan seperti di dalam gambar. Boleh gunakan Tupperware sebagai penahan.
Step 5 : Jadikan papan pemotong sebagai tapak dan paku kiri dan kanan.
Step 6 : Papan kedua ikut individu Sama Ada hendak Jadikan rak bertingkat atau setingkat. Kayu mop dipaku untuk jadikan penghalang.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.