Menghias dan memperindahkan ruang kediaman untuk keluarga kita tinggal dalam suasana selesa tentunya menjadi suatu perkara yang mengujakan untuk kita lakukan.
Namun keinginan ini sering kali terhalang bila dikaitkan dengan kos yang tinggi untuk menyempurnakan impian memiliki rumah idaman.
Pun begitu, usah bimbang masih ada cara kreatif dan jimat boleh dipraktiskan untuk dekorasi rumah. Ini dikongsikan tip dan triknya yang boleh dijadikan panduan untuk pastikan duit poket suami tidak rabak bila kita ingin menghias kediaman. Jom semak.
MENGHIAS KEDIAMAN DENGAN BUDGET RENDAH
Kena Kreatif
“Bila tengok orang lain ‘renovate’ rumah, terasa jugak nak cantikkan rumah. Tapi tu lah semuanya pakai duit yang banyak. Hmmm… Tak semestinya juga kan? Mesti ada cara hias rumah secara bajet. Yang penting, nampak cantik dan harmoni.”
Bila sebut tentang deko, memang ramai yang beranggapan bahawa kos deko sangat mahal. Sebab itu ramai yang memilih untuk menghias kediaman secara sederhana.
Sebenarnya, kalau tahu cara hias rumah sendiri, tidak perlu mengupah pakar. Maka, boleh dilakukan sendiri mengikut bajet sedia ada.
Apa yang perlu adalah IMAGINASI dan KREATIVITI.
3 CARA HIAS RUMAH DENGAN BAJET RENDAH. KENA KREATIF!
Ini 3 cara hias rumah dengan jimat. Idea ini boleh diaplikasikan pada semua jenis rumah walaupun rumah sempit, rumah kos rendah, atau pangsapuri.
1. CERIAKAN DINDING YANG KOSONG
Ads
Selain cat dan kertas dinding , anda boleh:
Tampal WALL DECO 3D yang banyak dijual di kedai serbaneka dengan pelbagai rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan apabila anda ingin mengganti dengan rekaan baru.
Lekat PETA tempat-tempat yang sudah anda travel. Puas hati bukan bila tengok banyak negara yang anda sudah kembara?
Pamer HASIL KRAF TANGAN anda. Bukan semua orang miliki bakat seperti anda. Mana tahu ada yang sukakannya dan mengupah anda untuk melakukan yang sama di kediamannya.
Ads
Penuhi dengan GAMBAR BERBINGKAI sama ada koleksi keluarga, koleksi kegemaran dan banyak lagi.
2. UPGRADE PERABOT
Selain beli perabot yang baru, anda boleh:
Menyegarkan penampilan misalnya membuat SARUNG BARU yang cantik pada kerusi atau bangku.
Serikan perabot atau sarung kusyen yang kosong dengan MENAMBAH WARNA ceria mengguna pelbagai alatan seperti sequin atau kain perca.
Ads
3. RECYCLE BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN LAGI
Koleksi buku hard cover atau yang tebal jangan dibuang. Stack buku secara menegak dan…. tada! Ia bertukar menjadi MEJA SISI.
Begitu juga dengan majalah-majalah lama. Susun cantik-cantik dan ikat. Ia boleh dijadikan sebagai BANGKU.
Gantung majalah atau buku resipi pada hanger baju. Ia juga memudahkan anda mencapainya apabila perlu.
SIMPLE KAN??
Siapa kata perlu berbelanja lebih untuk cantikkan kediaman. Bahan yang murah apabila digunakan secara kreatif, boleh memberi impak yang besar pada rumah anda.
Aplikasikan cara hias rumah di atas sebagai panduan menghiasi kediaman tanpa ‘mengoyakkan poket’ anda!
Menariknya perkongsian daripada seorang ayah ini apabila berkongsi kisah tentang kelebihan anak lelakinya yang boleh melakar plan rumah walau baru berusia 12 tahun.
Menghargai anugerah tersebut, keluarga ini telah serahkan 100% kepada anaknya untuk melakar rekaan ruang dapur yang ingin diubah suai.
Nyata bukan idea biasa-biasa hasilnya. Jom baca perkongsian penuh di sini.
Sedikit perkongsian, hobi anak sulung saya – Airiel Haziq ysng agak pelik dengan umur dia masa tu 10/11 tahun..sekarang dah 12 tahun.
**media[122397]**
Saya jumpa banyak lakaran-lakaran rumah/bangunan modern design atas meja dia, pastu saya & cik isteri mula belikan drawing board, T square set dan lain-lain…..
**media[122400]**
Dah tengok makin advance saya belikan plak buku-buju rujukan lukisan perspektif/kejuruteraan form 4 & 5 dari DBP..baru darjah 5 dah baca buku form 4/5….
**media[122401]**
Last-last dia terus guna sketch up app….lain macam dh niii…dah macam architect…. Kebetulan baru2 ni mama dia nk buat renovation skit dkt belakang utk mini wet kitchen & bathroom….new assignment diserahkan pada dia utk design….cuba tgk apa yg jadi…
Tiada yang lebih menggembirakan bila mana mengetahui isteri kesayangan kini sedang berbadan dua. Demikian juga dengan Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang teruja dan berkongsi berita gembira apabila isterinya Dr. Halina Mohd Yunos kini sedang hamil. Menerusi laman Instagram miliknya, angkasawan berusia 47 tahun itu meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau sukar mengungkapkan rasa gembira bila mengetahui isterinya yang berusia 40 tahun itu kini sedang hamil. Lebih menggembirakan mereka bakal menimang anak kembar lagi. Usia kandungan Dr Halina kini mencecah 13 minggu. “Expecting Twins again. Alhamdulillah, syukur teramat. Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins. I’m just thrilled, speechless and over the moon.
“It’s like DejaVu all over again. We have always wanted a big family,” tulisnya.
Begitu pun, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu, seperti mana sebelum ini, kehamilan kali ini juga tidak semudah memandangkan sebelum ini isterinya turut mengalami pelbagai masalah termasuklah alahan yang teruk. Ditambah lagi kini isterinya sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan bagi merawat pesakit Covid-19.
“But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before. Double Nauseous. Double Vomiting. Double Bloating. Double Craving. Double Bleeding – which she did.
“It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect,” katanya.
Perkongsian berkenaan mendapat reaksi warganet. Masing-masing teruja dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu atas berita gembira tersebut.
sarahss0202 Wahhh congrats dr! Do you practice any tips to get twins?
farhana.adam any tips untuk dpt twins tak dr , mind to shareee
instaliz.979 Alhamdulillah, congratulations to you both @drsheikhmuszaphar & @drhalina … Semoga semuanya baik2 shj dan dipermudahkan oleh Allah SWT, serta dimurahkan rezeki sekeluarga… Ameen
anisamalina__ Alhamdulillah. Congrats Drs! May everything be eased for both of you
nursyarmim Omg, just so excited for the news, congrats dr! Hope dr harlina doing fine and dr can happily gain weight too for the sake of dr harlina
drsyakirahcatcrazyvet Alhamdulillah. Wish that Dr Halina will be strong and overcome all the challenges during this pregnancy and stay safe through out it.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi.
Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di