Yuhuuuu…hari minggu datang lagi. Awaak masak apa arini? Mesti masak best-bestkan sebab semua ada kat rumah.
Hari ni kan Kak M nak share resepi Mee Jawa yang kak M rasa kena sangat dengan tekak kak M sekeluarga. Lama sangat dah rasanya tahun 2009 dulu, Kak M dapat resepi ni dari Yahoo Group Restoran Pak Amir. Tak tau la group ni wujud lagi ke tidak. Tapi memang puas hati dan dah banyak kali Kak M masak guna resepi ni.
Meh tengok resepi dia. Simple je sebenarnya. Kalau nak derhaka sesikit takpe, macam nak tambah cucur udang ke kan. Kak M memang tak sempat nak menyucur bagai..hehehe. Tapi yang pasti, kuah tu kan lepas perangat banyak kali lagi umph rasa dia!
#RESEPI_MEE_JAWA
Bahan-Bahan:
1 kilo mee kuning – celur
2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan blend
1 cawan udang kering – goreng dan blend
1 cawan udang hidup – rebus dan blend
5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau
Bahan Kisar (A)
Ads
15 tangkai cili kering – blend
5 ulas bawang putih – blend
8 ulas bawang merah kecil – blend
1 inci halia – blend
Sikit belacan – bakar
Bahan hiasan:
Telur rebus – potong separuh
Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecik-kecik
Cili hijau dan cili merah dihiris
Bawang goreng
Daun saderi dan daun bawang, dihiris
Ads
Taugeh – celur
Limau kasturi – belah
Blend sampai betul-betul halus.
Cara:
Rebus keledek oren sampai empuk. Blend sampai betul-betul halus.
2. 1 cawan udang kering – goreng dan blend
1 cawan udang hidup – rebus dan blend
3. Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.
4. Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah blend dalam Bahan Kisar (A) sampai naik bau.
Ads
3. Masukkan udang-udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati.
4. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih tu kan masukkan keledek yang dah di blend.
5. Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tu tambahkan je air.
6. Masukkan gula melaka. Last sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya Kuah mee jawa ni agak manis sket. Kita adjust2 je ikut kesukaan kita.
7. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih tu kan masukkan keledek yang dah di blend.
Cara nak hidang:
Masukkan mee yang dah kita celur tu dalam mangkuk. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.
Curahkan je 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak la telur rebus yang dah potong kat atas. Last sekali tabur daun saderi ngan daun bawang. Ehh lupa plak letak jugak limau kasturi. Dah boleh hidangkan dah yeayyy!
Musim durian kembali lagi, tentunya buat peminat raja buah sekarang akan tersenyum lebar. Maklumlah, di mana-mana sahaja ada orang menjual buah durian, jadi tidak kira waktu boleh sahaja seisi keluarga menikmati buah durian yang digemari ramai ini.
Pun begitu, tidak dinafikan bila terlalu banyak sangat makan durian, hingga sendawa pun berbau durian. Bimbang juga buat orang tidak selesa dengan keadaan itu. Mungkin ada juga yang tertanya bagaimana cara paling mudah dan cepat untuk hilangkan bau durian tersebut.
Hal ini dikongsikan oleh saintis Dr Suri Roowi dan bolahlah dipraktiskan.
BERNAFAS dan SENDAWA BAU DURIAN – Bagaimana Cara Atasinya?
Anda mengalami masalah NAFAS @ SENDAWA berbau selepas makan durian? Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian.
WALAUBAGAIMANAPUN
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian
Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANTIKANSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH @ DURIAN, perut akan jadi kurang selesa.
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih
Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.
Iaitu
“MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”
Ini kerana bahan SULFUR durian akan diikat oleh lemak dan protein SUSU atau SANTAN dan bantu KURANGKAN nafas berbau durian
Pudina atau mint, dengan nama saintifiknya Mentha Arvensisi, diketahui umum banyak sekali manfaatnya.Yang paling terkenal dan mudah disediakan adalah teh pudina.
Teh pudina dikatakan mampu untuk menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut. (Cramps and colic).
Dengan banyak lagi manfaat lainnya, tentunya bila kita tanam sendiri, maka mudahlah kita untuk mendapat bekalan pudina bila-bila masa sahaja.
Bila kena caranya, sebenarnya mudah saja tanam pudina ni. Benih pula boleh beli pudina yang dijual di market.
Kalau dapat keratan fresh, lagi tinggi peratusan pudina untuk hidup.
Dibawah saya kongsikan pula cara penyediaan keratan pokok pudina/mint untuk ditanam.
Sesiapa saja boleh tanam. Tiada alasan lagi tak boleh tanam pudina.
Jom kita tengok cara-cara tanam pudina.
1. Beli segenggam /seikat pudina dari market.
2. Sediakan pasu yang diisi tanah. Tanah boleh beli tanah nursery yang siap guna. Atau guna tanah sedia ada.
3. Siram tanah sampai air menitis dari bawah pasu. Dengan kata lain, sampai tanah betul-betul basah.
4. Sediakan batang/keratan batang untuk ditanam. (Rujuk gambar dibawah.)
Step 1 : Potong batang dalam 4-5 inci dari pucuk.
Step 2 : Setelah dipotong, buang dulu daun yang paling bawah.
Step 3 : Ini keadaannya setelah dibuang daun paling bawah.
Step 4 : Kemudian buang pula pucuk
5. Cucuk batang dalam tanah, paras daun paling bawah.
6. Letak tempat teduh.
7. Siram hanya apabila tanah nampak agak kering.
8. Selepas seminggu, Insya Allah akan mula naik pucuk baru.
9. Selepas itu, baru boleh letak baja, kalau boleh yang organik.
Jika menggunakan baja npk, usahakan jauhkan dari batang pokok. Boleh menyebabkan lecur.
Lepas ni, senang saja nak dapatkan pudina. Boleh buat teh bila-bila masa.
Mudahkan?
Jom tanam pudina.
Nota PENTING :
KERAT selalu pudina yang dah membesar. Untuk jangka hayat yang panjang.
Masakan adakalanya jadi kurang rasa gara-gara tidak boleh merasa. Tak ketinggalan juga hidangan yang terlebih masin hingga seakan pahit rasanya.
Jangan panik atau terus sahaja dibuang sahaja, sebaliknya iktiarkan beberapa cara untuk selamatkan hidangan ini.
Beberapa bahan yang kita tidak jangka sebenarnya bertindak menyerap garam dalam sesuatu makanan. Kentang dan beras misalnya bertindak menyerap rasa garam ini. Selain itu anda boleh usahakan 4 cara lain untuk pulihkannya. Jom cuba.
Apa kata cuba 5 cara mudah ini pasti membantu menghilangkan rasa masin tersebut. 1. CUCI DENGAN AIR
Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan
kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan. 2. TAMBAH KARBOHIDRAT
Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak. 3. MADU / GULA
Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.
4. TAMBAH CECAIR
Jika hidangan jenis berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan. 5. JUS LEMON / LIMAU
Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tular sebuah video menyentuh hati memaparkan seorang anak lelaki berusia 12 tahun dengan penuh kasih sayang menguruskan ibunya di wad hospital. Tingkah lakunya yang...