Pernah cuba buat sendiri tak Pau Inti Kelapa. Ini antara yang disukai ramai dan cukup popular selain inti kaya dan kacang merah. Lebih-lebih lagi inti kelapa yang dimasak dengan gula membuatkan rasanya yang manis itu bergabung dengan rasa lembut dan gebu pau berkenaan.
Resipi yang disediakan ini cukup simple tapi hasilnya lembut dan gebut. Jom cuba perkongsian daripada puan Mariana Zainal.
Pau kalau peram lagi lama lagi ler gebu jadinya..sempat peram 15 minit jer…x sempat nk tunggu lama sbb nak amik anak sekolah..tetap gebu dan lembut.
SILAKAN RESIPINYA..
“PAU GEBUS”
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2 sdb gula pasir
( Satukan semua dalam satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 – 6 minit lebih kurang )
Ads
Bahan B
4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3 sdb shortening ( saya guna butter..tak ada stok shortening 😁 )
2 sdb susu pekat manis
2 sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya:
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10 minit lbh kurang (8mnt pun ok)
Peram doh dlm bekas bertutup selama 15 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( contoh dalam kereta. . bawah cahaya matahari..nak peram dalam umah pun xde hal)
Uli semula…bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti kacang merah/inti kelapa/kaya dan lapik dgn daun pisang/papercup/kertas..
Peram lagi 18 minit-20minit jer tau untuk pau inti kelapa,inti kacang..(jika pau kaya 15 minit-18 minit jer)
Ads
Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hingga mendidih..Bila pau dah naik (cukup masa peram ) kukus selama 7 minit guna api besar…
Dah cukup masa masak..terus buka tutup kukusan..(jangan tutup atau slowkan api yer)
Keluarkan pau dan letak atas kain bersih…
Tips = setiap doh 40gram
Setiap kali kukus pau yang seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. .
Masalah wajah berjerawat memanglah perkara biasa, itu andai sebiji dua jerawat yang muncul. Namun jika semakin hari semakin banyak, pasti menimbulkan rasa gusar dan bimbang di hati.
Sekiranya ingin memilih untuk merawat masalah jerawat dengan cara mengamalkan petua, pastikan anda kenali dulu punca atau masalah penyebab kemunculan jerawat tersebut agar mudah untuk memilih kaedah rawatan yang bertepatan dan serasi.
Untuk itu, jom fahami beberapa perkara berkaitan petua kurangkan masalah jerawat yang dikongsikan oleh Aroora Dayana ini. Jom semak.
Petua Kurangkan Masalah Jerawat
Pertamanya, sebelum anda terus amalkan apa-apa petua, kita perlu ambil berat dan cari tahu punca utama yang menyebabkan jerawat muncul pada wajah kita selama ini disebabkan apa? Ini untuk memastikan anda tidak membazir masa mencuba pelbagai petua sedangkan petua tersebut langsung tidak serasi dengan masalah jerawat anda. Jerawat muncul disebabkan beberapa faktor utama seperti kulit muka berminyak, debu juga hama dari persekitaran, dan perubahan hormon badan.
Masalah kemunculan jerawat sewaktu haid
Jika jerawat itu berpunca dari perubahan hormon badan, sebagai contoh ada wanita yang berhadapan masalah jerawat tumbuh pada wajah secara bermusim sewaktu datang haid. Anda boleh cuba amalkan makan vitamin c atau makanan tambahan (supplements) yang sesuai. Ini kerana sewaktu proses kitaran haid, badan anda tidak menerima nutrisi yang cukup. Emosi tidak stabil, mudah stress, cepat marah dan tertekan. Jadi, anda memang perlu usaha cegah masalah ini. Makanlah makanan yang berkhasiat, lebihkan buah-buahan seperti epal atau buah delima yang sangat baik untuk kulit muka. Dan cuba sehabis baik untuk selalu tenang.
Kulit berminyak
1. Kurangkan mencuci muka dengan pencuci
Bagi pembaca yang ada masalah kulit berminyak pula, nasihat saya, elakkan cuci muka terlalu kerap dengan produk pencuci muka (oil control bagai tuuu..) sebab ia sebenarnya menghilangkan minyak pada wajah anda dalam tempoh yang sekejap saja. Selepas satu jam, kulit anda selalunya akan kembali berminyak. Kenapa? Pencuci muka oil control tu sebenarnya merangsang kulit untuk terus hasilkan minyak dengan lebih banyak. Maka dengan itu kulit muka akan bertambah teruk. Bila anda terlalu kerap biasakan cuci muka 4,5 kali sehari dengan pencuci muka, sampai bila-bila pun anda terpaksa beli produk pencuci muka tersebut seumur hidup sebab kulit muka dah tak terkawal. Kalau dah guna satu-satu produk pencuci muka tu, ikutlah aturan penggunaan yang disyorkan. Jangan salah faham, ramai yang fikir bila kulit muka berminyak saja, anda mesti cuci guna produk yang anda beli tu. Sebenarnya salah. Cukuplah dua kali sehari. Kesian muka anda.
2. Jangan campur produk kecantikan sesuka hati
Dan ingat, jangan rajin buat eksperimen dengan mencampur dan kerap kali tukar pelbagai jenama produk pencuci. Sekejap Garnier, esok Nivea, Lusa Safi. Jahanam muka anda nanti.
3. Teh dan madu sebagai pencuci muka?
Bila kulit berminyak kita boleh bersihkan muka dengan serbuk teh. Nak lebih berkesan, anda boleh campur serbuk teh tersebut dengan madu. Gosok di muka ala-ala scrub. Selebihnya sapu pada leher, lengan atau badan. Untuk permulaan, amalkan dua kali sehari (pagi dan malam).
Nota tambahan : Nak mudah, cari bekas kaca yang ada penutup (balang kaca kecil). Masukkan madu dan serbuk teh dalam bekas tersebut. Gaul supaya sekata, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. So, tak adalah setiap kali nak cuci muka baru nak sibuk cari serbuk teh, cari madu bagai. Kalau simpan dalam peti sejuk, adunan tersebut tahan lebih lama. Kalau letak diluar saja (suhu bilik) adunan teh dan madu tadi tahan lebih kurang dua minggu. Jangan guna serbuk teh uncang pula, serbuk teh dalam uncang tu agak kasar dan tak sesuai untuk kulit.
4. Wap panas untuk kecutkan jerawat
Seterusnya, bagi yang ada masalah kulit berminyak sampaikan jerawat tak henti muncul, boleh cuba buat ala-ala spa wap panas guna daun bunga tahi ayam. Petua ni agak kelakar sikit.Kalau anda mengalami masalah jerawat teruk, petua ni menjadilah. Kalau jerawat cuma ada satu dua tu, tak perlulah. hehe. Tapi tak salah pun kalau ada yang nak cuba.
Caranya ialah, dapatkan daun pokok bunga tahi ayam yang daunnya masih hijau dan sihat (Kuantiti : kalau banyak lagi bagus..). Basuh daun tersebut hingga bersih. Masukkan dalam periuk, isi air separuh penuh dan didihkan atas dapur.
Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letak di tempat yang selesa dan luas (contoh: lantai ruang tamu). Kemudian, ambil sehelai selimut atau kain yang besar dan tebal. Anda perlu masuk bawah selimut tersebut (ala.. macam tengah main sembunyi-sembunyi tuuu..). Bawa masuk periuk yang air masih panas tadi ke dalam selimut tersebut juga.
Letak berhadapan anda dan halakan muka anda pada wap air yang panas naik dari periuk tersebut. Duduklah dalam selimut tu dalam 15-30 minit. Kena banyak sabar, waktu duduk dalam selimut tu, panas betul rasa (berpeluh).
Tapi selepas proses ni selesai. Jerawat yang merah-merah di muka sebelum ini dah mula kecut dan ada yang hilang. In shaa Allah. Saya rasa bagi yang jenis ada jerawat yang banyak, merah-merah, jerawat batu yang menyakitkan semua tu, patut cuba petua ini.
Nota tambahan :Air rebusan daun tadi boleh diguna semula dua kali sahaja. Lepas itu, sila buang, cuci bekas dan tukar dengan daun yang baru. Petua ini boleh diamalkan dua kali dalam seminggu. Dan tengoklah perubahan pada wajah.
5. Buat mask sendiri untuk malam hari
Selain itu, ada juga amalan penjagaan kulit muka pada malam hari iaitu pakai mask buatan sendiri. Paling mudah, gunakan tepung beras campurkan dengan madu, gaul rata dan sapukan pada muka. Boleh kalau anda nak pakai semasa tidur hingga keesokannya. Tapi sebaiknya elakkan sebab lelehan madu akan kotorkan tempat tidur anda. Cukuplah pakai 30 minit sebelum tidur, kemudian cuci dan berwhuduk (tidur ikut sunnah). Masker tepung beras dan madu ini kalau diamalkan boleh buat kulit anda tegang dan liang roma pada muka mengecil.
6. Rehatkan muka di hujung minggu dengan masker timun atau putih telur
Kalau rajin, setiap kali hujung minggu, anda boleh cuba hasilkan mask dari timun. Tak perlu campur apa-apa. Hanya perlu kisar timun sehingga halus dan sapu pati tersebut pada muka. Biarkan sehingga kering dan cuci. Kalau tak ada timun, dapatkan telur ayam, ambil putih telur sahaja, sapu pada muka. Biarkan kering.
?Apa-apa pun petua dan proses yang anda lalui, rajin-rajinlah berselawat, baca surah-surah lazim, sekurangnya ada pengisian yang baik untuk diri. Berserah pada Allah dengan segala usaha ini.
Biasanya bebola ikan atau lebih dikenali sebagai fish ball sangat sedap kalau dimasak dengan sup sayur. Ada juga dimasak dengan celup tepung, goreng atau dihidangkan begitu sahaja cicah dengan sos. Memang terangkat sedap!
Selain beli dikedai, fishball frozen, sebenarnya mudah ajer nak buat sendiri fishball di rumah.
Sebagaimana wanita ini berkongsi resipi ibu mentuanya. Sudah tentu apabila buat sendiri rasa enak dan lembut serta rasa segar, membuatkan fishball menjadi kegemaran keluarganya.
Ikuti resipinya.
Haritu beli ikan tenggiri suami pesan suruh masak sup sayur fishball macam mak mertua selalu buat. Bila dah siap masak, laju-laju suami rasa lepastu tak semena-mena terharu, sedap katanya. Kikiki.. Rindu mak la tu. Mak mertua memang rajin buat fishball sendiri. Kita cedok ilmu dari mak
Resipi fishball home made
3 hiris ikan tenggiri buang tulangnya kemudian tumbuk atau blend guna food processor.
Masukkan dalam bekas, tambah 1sb tepung jagung, sedikit garam dan ajino serta secubit serbuk lada hitam.
Gaul sebati, basahkan tangan dengan air, bentukkan isi ikan menjadi bebola. Ketepikan
Cara-cara:
Goreng bawang kecil dan bawang putih hingga layu, angkat dan ketepikan. Kemudian goreng bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Dalam periuk lain, didihkan air. Masukkan bawang dan bilis yg dah digoreng. Masukkan fishball masak hingga fishball timbul kemudian masukkan sayur. Perasakan dgn garam dan ajino. Tutup api. Taburkan daun bawang atau daun sup ketika menghidang.
Kucing kesayangan kita umpama sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga. Malah kalau di rumah kita selalu bahasakan diri ‘mummy’, atau ‘mama’ pada kucing kesayangan kita. Kita seolah-olah menganggap haiwan kesayangan Nabi SAW ini sebagai anak dan
sebahagian ahli keluarga dalam rumah kita.
Kalau dah namanya ‘anak’ kenalah sediakan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesayangan kita yang satu ni. Memilih makanan yang baik dan berkualiti antara yang disarankan.
Tak hanya makanan yang dijual di pasaran, petua dan amalan tradisional juga boleh kita cuba. Salah satu cara mencantikkan bulu kucing yang dikongsikan oleh rakan kita yang menggelarkan dirinya sebagai Bapa Kucing di facebook ini boleh kita cuba.
Paling menarik sebab makanan yang digunakannya untuk mencantikkan bulu kucingnya memang tidak kita jangka. Jom ikut tipnya.
Cantikkan Bulu Dengan Kuning Telur
Menurutnya, caranya untuk mencantikkan bulu kucingnya adalah dengan memberi kuning telur setiap minggu. Memang gebu.
Bagi merawat dan melebatkan bulu kucing yang gugur, beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus.
Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing anda makan. Cuba campurkan pada makanan dia. Beri makan masa dia lapar lagi senang.
Begitu katanya, mudah sahaja iaitu dengan menambahkan sedikit kuning telur dalam makanan kucing. Tambah berselera kucing kita
setiap hari. Silap-silap dia minta lagi dan lagi. Jadi jom cuba.
Selamat mencuba!
Kredit : bapa kucing
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.