Kecur liur lihat resipi ni kan, bagi keluarga yang suka menu berasaskan daging bolehlah cuba resipi Daging Goreng Thai Style ni. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan semestinya hasilnya cukup sedap. Memang kebabom.
Bagi anda yang gemarkan resipi yang berempah, ini sesuai dicuba kerana banyak rencah dan lebih ‘rasa’ dalam setiap gigitan.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Resepi Original – @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E
Kredit Resepi Anak Mama
Perempuan Bila ‘Menua’, Mula Santai Dalam Hidup Dan Keperluan Keluarga Jadi Utama.
Hidup ini hanya sementara. Apabila usia semakin meningkat cara hidup mula berubah.
Bagi golongan perempuan yang sudah mula berusia pastinya akan memilih untul hidup tenang dan santai.
Sebagaimana perkongsian menarik untuk dihayati.
Orang perempuan bila dia sedar dia makin ‘menua’….
1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.
2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.
3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.
4. Dia malas layan drama. “Ikut kau lah Bedah”. Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.
5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana.
6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya.
7. Dia banyak bersendiri. ‘Me time’ dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. ‘Me time’ sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri.
8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.
9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana.
10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar…’Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian’.
11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.
12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan ‘hati’. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Sup Cendawan Buat Sendiri Lagi Puas Hati. Dapat Banyak & Sedap!
Jom masak sup cendawan berkrim hari ini. Menu enak dan mudah disediakan. Pastinya juga bukan sahaja menjadi kesukaan anak-anak dan pastinya seisi keluarga.
Sebenarnya ni menu Kak Ana Gojes bekpes pagi tadi. Esok korang cuti kan. Boleh la terai buat esok. Simple je ni.
Kalau beli yang dalam tin tu dapat sikit jek. Bila buat sendiri ni, anak anak Kak Ana Gojes puas la makannya. Ni makanan peberet anak dara seketul tu.
Sedap ni hirup panas panas time ujan. Nak lagi sedap cecah ngan garlic bread. Dah cukup untuk kenyangkan anak anak time bekpes pagi tadi.
Bahan bahan yang wajib kena ada opkos la cendawan kan.
SUP CENDAWAN BERKRIM
(Yang macam sup Campbell tu tapi ni lagi best la sebab kita tau bahan dia apa)
Hidangan untuk 8 orang.
BAHAN A:
10 cawan air rebusan ayam
10g cendawan shiitake (hiris)
10g cendawan butang (hiris)
10g cendawan abalone (hiris)
40g bawang holland (hiris)
40g seleri (hiris)
20g bawang kecik
100ml susu sejat penuh kirim @ krim masakan (cooking cream)
1 helai daun bay
50g butter
30g garam
Sedikit jus limau nipis
Hiasan : daun pasli (daun sup) dicincang halus
Cara cara:
1. Panaskan butter dan masukkan bawang kecik, bawang besar dan daun seleri. Pastu kacau hingga naik bau.
2. Masukkan kesemua cendawan dan air rebusan ayam. Kalau tak de air rebusan tu boleh guna air putih campur kiub pati ayam.
3. Biar hingga mendidih dan renehkan selama 15 minit. Kacau selalu supaya tak berkerak.
4. Masukkan krim masakan dan boleh masukkan bahan pemekat kuah kalau sup terlampau cair.
5. Kalau pakai air rebusan ayam kena tambah perasa. Kalau dah pakai kiub ayam tu cukup la dengan kiub tu ya.
6. Sebelum masukkan ke blender jangan lupa cedok keluar daun bay dulu. Pastu baru masukkan ke dalam blender dan blend halus.
7. Masukkan balik dalam periuk dan panaskan semula.
8. Siap. Boleh dihidang dan hias dengan daun pasli. Sedap cecah dengan roti bawang putih atau makan macam tu jek.
Pemekat kuah:
Better siapkan awal. Sebelum buat sup.
100g tepung gandum
50g butter
1. Panaskan butter dan masukkan tepung.
2. Kacau hingga sebati.
Posted by Suhanna Zakaria on Thursday, 11 January 2018
Sumber : Suhanna Zakaria
Begini Cara Renew Roadtax Online Paling Mudah. Tak Perlu Ke JPJ & Melalui Ejen. Sekejap Je Dah Siap!
Bila cukai jalan mati, boleh cuba cara renew roadtax motor dan insurans ini. Maklumlah kan, nak ke JPJ dalam keadaan PKP ni susah, jadi kita cuba cara yang memudahkan dan yang penting cepat. Perkongsian Che Nor Asma mungkin dapat membantu. Selamat mencuba!
Rupanya musim PKP ni banyak benda yg sis bleh belajar… Kalo sebelum ni nk renew roadtax mesti pergi JPJ atau agen utk dorang renewkan.
Musim ni 22 tempat tutup. Jadi kite blajar la benda baru..
Renew roadtax gune myeg.. rupanya senang sahaja.. tapi untuk kereta sahaja..Moto x bleh yea.
Done renew roadtax utk tengiling hitam..
Kat sini Kita share mcm mana nk renew insurance dan roadtax kt myeg.
First kite kene Ade account dengan myeg..kalo xde bleh register gune link kt bawah :
https://www.myeg.com.my/register
Lepas dah register. Login macam biasa.
Utk renew insurance
Langkah 1:
Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Langkah 2:
Klik pada butang butang Auto Insurance Renew
Langkah 3:
Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG. Pada masa artikel ini ditulis, terdapat hanya 6 buah syarikat iaitu AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.
Langkah 4:
Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih, untuk artikel ini, saya tunjukkan Takaful Malaysia (boleh dikatakan langkah dan proses yang sama sahaja akan dilalui apabila pilih yang lain).
Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan.
Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.
Langkah 5:
Selepas dah isi semua maklumat, sebutharga penuh akan ditunjukkan
Jika setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran.
Langkah 6:
Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online.
Langkah 7:
Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan.
Selepas selesai renew insurans takaful kereta, bolehlah renew road tax pula.
Kalau anda tak renew insurans takaful kereta melalui MyEG pun, anda masih boleh gunakan MyEG untuk renew road tax. ( Insurance ambik dengan ejen insurance)
Langkah 1:
Selepas login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan, klik butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan.
Langkah 2:
Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.
Langkah 3:
Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat.
Kalo pilih penghantaran roadtax nak dihantar ke alamat pilihan, Ada caj penghantaran.
Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.
Langkah 4:
Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.
Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay.
Langkah 5:
Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG.
Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit. Dan tunggu roadtax sampai ke alamat yg Ada request.
#credittojomurusduit.