Kek Karamel, antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Boleh dijadikan sajian bersama keluarga atau teman-teman untuk minum petang atau sebarang majlis.
Untuk ibu-ibu yang tidak pandai nak buat Kek Karamel ni, usah risau. Beli je adunan dari kedai Eco.
Cara membuatnya cukup ringkas dengan bahan pun tak banyak dan paling ppenting menjimatkan .Tunggu apa lagi, jom cuba petang ni.
Kek Caramel Coklat versi Kedai Eco. Teringinn nak mkn tgk org lain jual Rm35 sbijikk. So kiter cuba buat sndiri dgn bajet xsmpai Rm10. Versi palingg senang. Sy share resepi 👇🏻👇🏻
Mula2 buat gula hangus. Panaskan gula 2Sudu dlm loyang, guna api perlahan.
Campur semua bahan, sy blend je guna blender. Dah siap. Tuangkan ke dlm loyang yg ada gula hangus tadi. Kukus 20minit. Angkat dan sejukkan.
Sediakan lapisan kek coklat.
Yg ni versi derhaka sikit. Sbb malas nak buat kek coklat sndiri. Alang2 dah masuk eco, sy beli je tepung kek coklat segera kt eco . Letak 1plastik tepung je dah ckup utk dpt sbijik kek mcm dlm gmbr.
Cara senang jee ;
1. Masukkan tepung kek
2. Masukkan telur 1biji
3. 5sudu besar minyak masak
Ads
4. 3/4 cawan gula
5. 1/2 cawan air
Putar je semua sekali. Dah siap. Tuang dlm loyang yg ada karamel td. Kukus dlm 40-50minit ( sampai kek masak )
Perasan atau tidak, semenjak dua tiga hari sebelum puasa ini begitu banyak kita lihat perkongsian ibu-ibu membuat stok makanan untuk dibekukan sebagai satu langkah memudahkan urusan menyediakan hidangan berbuka mahu pun bersahur.
Pun begitu mungkin masih ada yang belum tahu pantang larang bila menyediakan stok makanan agar selamat dan berkhasiat untuk dimakan. Untuk itu, perkongsian di akaun fb Busseroa Abd Jalil ini sedikit sebanyak dapat memberi info kepada ibu-ibu yang kali pertama ingin mencuba teknik seperti ini.
Cara Bekukan Makanan
Disebabkan ramai yang belum tahu cara untuk bekukan makanan, jadi saya nak share sedikit info yang saya tahu hasil bacaan saya.
Menurut coretan seorang doktor cara paling selamat untuk bekukan makanan ialah:
– Bekukan terus selepas dimasak. Suam-suam sikit dah boleh simpan.
– Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.
– Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan tidak selamat untuk dibekukan lagi.
– Jangan bekukan makanan yang baki/lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
– Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
Info tambahan dari sumber-sumber lain:
– Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari tidak perlu dibekukan. Memadai sekadar simpan di tempat sejuk sahaja.
– Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan lebih dari sebulan.
– Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambah air, sayur dan sebagainya.
Info gambar:
– Gambar lama.
– Saya selalu sediakan stok makanan untuk anak-anak setiap kali saya ada urusan di tempat yang jauh.
– Jika sekadar 3-4 hari saya tidak bekukan. Jika lebih dari tempoh tersebut baru saya simpan di tempat beku.
– Saya tandakan “K” (kuah) supaya bibik tahu makanan perlu dipanaskan satu yang kering dan satu yang berkuah untuk setiap kali makan.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih semua.
Sumber : Busseroa Abd Jalil via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walau kali ini bukanlah kandungan pertama, tentunya mengandung di bulan puasa suatu pengalaman yang berbeza.
Untuk lebih memberi kefahaman, doktor ini memberi info bermanfaat.
“Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.
“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.
Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.
Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada’) puasanya kelak.
Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa . Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.
Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.
Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka.
Hal yang demikian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.
Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan janin sendiri.
Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.
Di sini ingin saya berkongsi tips-tips mudah bagi ibu-ibu hamil mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur.
Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.
Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.
Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
-susu atau yogurt rendah lemak;
-sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
-protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang;
-karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
dan, banyak sayur-sayuran.
-Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan (indigestion)
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari
1. bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
2.Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
-Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh.
-Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa berpuasa?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi
Kepada ibu mengandung yang difikirkan sihat dan boleh berpuasa oleh doktor, selamat berpuasa. Yang tak boleh tu, atau dalam erti kata lain berpuasa boleh memudaratkan, jgn degil gak tuk berpuasa.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki kulit wajah yang halus dan licin sememangnya menjadi idaman setiap wanita.
Kulit wajah yang kusam dan beberapa butir jerawat di wajah sahaja pun sudah memberi kebimbangan. Risau jika jerawat makin bertambah.
Tidak dinafikan kulit yang cantik dan menjadi idaman kebanyakan wanita seperti licin, tegang, anjal dan tampak kemerah-merahan.
Oleh itu, ada yang sanggup berhabisan ratusan ringgit ke pusat kecantikan. Malah memperuntukkan perbelanjaan untuk membeli alat soleh untuk menutupi cela di wajah.
Namun, untuk kekal cantik bukan hanya bergantung kepada solekan semata tetapi dalaman juga harus diberi perhatian agar wajah kekal cantik walaupun tanpa solekan.
Hanya menggunakan dua bahan iaitu tomato dan susu, wanita ini kongsi petua.
JUS TOMATO SUSU UNTUK KULIT GLOWING
Kalau nak kulit glowing cantik dan anjal kena selalu makan tomato. Ramai artis amalkan makan dan minum jus tomato sebab memang bagus bukan je untuk kulit malah untuk jantung kita. Kali ni mala share jus tomato susu pulak. Memang sedap diminum berbanding jus tomato semata-mata. Lepas tu, lebihan nya bulak boleh di buat ice cube untuk buat masker
Bahan dan Cara Membuat :
Buah tomato 1 biji Susu rendah lemak 200ml 1. Rendam tomato dengan air garam untuk buang racun pada kulit tomato. 2. Potong dan masukkan tomato serta susu ke dalam blender dan kisar halus. ITS DONE!
Boleh lah terus minum. Memang sedap. Sekejap je habis segelas. Di samping dapat kulit glowing, jantung pun bertambah sihat dengan tomato susu ni.
Khasiat
Tomato kaya dengan Vitamin C, dan Vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser. Susu pulak kaya dengan Calsium yang bantu menguatkan tulang dan imunisasi kita.
Menjaga kesihatan ni satu ibadah. Jom jaga kesihatan dengan bahan semulajadi. Selamat mencuba!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.