Ramai diantara kita yang mula bimbang untuk menjalani rawatan ketidaksuburan dan lebih risau lagi bila terpaksa melakukan rawatan IVF kerana kosnya yang mahal.
Tak perlu risau kerana tidak semua disyorkan untuk menjalani rawatan ini jika tahu puncanya. Ikuti perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding ObGyn & Fertiliti dari Prince Court Medical Centre.
Untuk wanita yang berumur 35 tahun ke bawah dah berkahwin selama setahun tapi selepas mencuba masih lagi gagal hamil, maka jumpalah doktor.
Ada beberapa ujian yang doktor boleh lakukan dan pemeriksaan untuk pastikan punca sebenar ketidaksuburan.
Manakala untuk wanita yang telah berusia 35 tahun ke atas pula, dah kahwin enam bulan dan masih gagal untuk hamil, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Apa yang perlu TTC sediakan adalah untuk menyiasat apakah punca ketidaksuburan berlaku.
Tapi sebelum itu pastikan dah catat hari pertama datang haid, sekurang-kurangnya ada tiga atau enam kitaran haid supaya doktor dapat memeriksa sama ada normal atau bercelaru.
Pastikan juga tulis tarikh akhir haid dan perlu tahu latar belakang kesihatan diri sendiri. Kalau boleh tolong kira sekali berapa BMI tapi kalau tak pandai, doktor akan bantu kirakan.
Ads
Periksa juga sama ada pernah mengalami alahan atau pembedahan. Ini antara yang doktor akan tanya dan kemudiannya doktor akan tanya lebih terperinci lagi contohnya berapa kerap bersama, jika bersama bolehkah berlaku penetrasi dan adakah ejakulasi berlaku di dalam vagina atau sebaliknya.
Dari situ barulah diaturkan apakah perawatan sebaiknya dan cari punca kenapa tak subur kemudian lakukan pemeriksaan yang berkaitan.
Lelaki senang sahaja hanya perlu periksa air mani dan untuk isteri pula ada beberapa siri ujian termasuklah ujian darah dan scan vagina kerana cara ini lebih tepat dapat mengesan perubahan dinding rahim dan juga kilang telur.
Jangan lupa juga untuk senaraikan jenis suplemen yang pernah diambil dan ceritakan sejarah kesihatan anda pada doktor.
Tidak semestinya bila periksa kesuburan terus kena buat rawatan IVF, ada pasangan yang berjaya hanya dengan bantuan doktor menyusun bila waktu subur isteri dan itulah yang paling sesuai untuk bersama.
Ads
Jadi wanita di luar sana, semakin lama menunggu lagi susah nak hamil. Bila usia makin meningkat makin kuranglah kadar kesuburan kerana kualiti dan kuantiti telur akan berkurangan. Begitu juga dengan lelaki. Jadi jumpalah doktor cepat-cepat, jangan tunggu lama-lama.
Ini pula check list rawatan yang perlu dilakukan
1. Pada konsultasi pertama:
• Temubual sejarah kesihatan & kesuburan kedua suami & isteri
• Pemeriksaan fizikal wanita
• Pemeriksaan Pap smear*
• Imbasan / scan pelvis – lazimnya scan vagina (TVS), boleh juga scan abdomen sekiranya belum bersedia untuk TVS
• Ujian darah yang berkaitan – FSH, LH, Testosteron, Prolaktin, AMH, Thyroid, Progesteron
2. Untuk analisis air mani (SA) suami, pasangan perlu berehat dari berhubungan seksual selama 3 hari sebelum melakukan SA.
3. Ujian HSG dilakukan sehari selepas tamat haid. Bagi isteri yang mempunyai masalah tiada haid berbulan-bulan, doktor perlu pastikan isteri tidak hamil sebelum melakukan ujian HSG.
Ads
4. Selain dari HSG, ujian lain yang boleh menentukan tiub fallopio tidak tersumbat :
• HyFoSy atau Hysterosalpingo-Foam Sonography
• Laparoscopy & Dye
5. Jika pasangan telah membuat keputusan untuk membuat IVF sebelum hadir konsultasi, isteri tidak perlu melakukan ujian HSG.
6. Bagi pasangan yang ingin menjalani prosedur IUI atau IVF, saringan penyakit berjangkit seperti HIV, VDRL & Hepatitis B perlu dilakukan.
7. Adalah penting untuk suami & isteri hadir bersama semasa konsultasi agar tahap kesihatan kedua-duamya dapat dianalisa disamping memahami penerangan doktor mengenai proses rawatan kesuburan. (It takes 2 to tango!)
Fitrah bagi setiap wanita ingin kelihatan cantik, berseri malah suatu bonus jika dilihat lebih muda daripada usia sebenar. Pasti hati berbunga-bunga dan tersenyum ceria sepanjang hari jika ada yang memuji. Ia bagaikan suatu lambang penghargaan pada diri sendiri.
Namun demikian, tidak semua wanita bernasib baik memiliki kecantikan semula jadi. Ditambah pula jenis yang kurang mementingkan penjagaan diri sehingga mengakibatkan diri tampak lebih berusia.
Ini antara perkara yang akan buat wanita nampak lebih tua daripada umur sebenar.
1. Kulit Kering
Kulit kering adalah simptom awal yang menunjukkan bahawa badan kita sudah semakin kurang hormon. Ia mula menyusut apabila usia mencecah 25 tahun.
Kulit pada badan dan wajah akan mula terasa kering. Bagi yang dulunya kulit jenis berminyak, anda jangan terlalu senang hati bila kulit sudah tidak lagi berminyak dan berjerawat.
Sepatutnya, penjagaan wajah dan badan haruslah ditukar bersesuaian dengan perubahan kulit. Ini kerana, kulit wajah yang kering cenderung mudah kusam, berjeragat dan mula berkedut lalu membuatkan wajah kelihatan lebih tua.
2. Kenaikan Berat Badan Selepas Berkahwin & Bersalin
Apabila wanita mencecah angka 26 tahun ke atas, perubahan yang paling ketara ialah dari kenaikan berat badan saban tahun. Ini kerana penurunan hormon estrogen membuatkan kalori lambat dibakar. Ditambah tiada bantuan suplemen dan senaman berkala.
Wanita cenderung gemuk selepas berkahwin dan bersalin. Majoriti disebabkan rasa selesa atau alasan “sudah berpunya “ antara faktor tiada fokus untuk menjaga berat badan ideal.
Akibatnya, anda kelihatan berumur disebabkan badan dan wajah yang semakin berlemak, rambut yang makin menipis dan perut yang makin membuncit.
Percayalah, bentuk tubuh badan mampu mempengaruhi usia anda. Memiliki bentuk badan yang besar seringkali dilihat lebih berusia daripada umur sebenar.
3. Tidak gemar Cantikkan Diri Kerana Rasa Diri Sudah Tua
Perkara ini biasanya bagi wanita yang berfikiran agak tertutup dan pemalu. Ini kerana pada usia 30an ke atas adalah umur yang dianggap sudah matang.Wanita berpendirian begini agak kekok untuk berpenampilan menawan kerana segan dengan jiran tetangga mahupun tidak yakin untuk bergaya. Walhal, berpenampilan menarik mampu meningkatkan keyakinan diri sekaligus mengelakkan anda kelihatan berumur dan berwajah kusam.
4. Mengabaikan Kesihatan Dalaman Wanita
Apabila sudah berkahwin dan beranak pinak, ramai yang tidak mengamalkan apa-apa suplemen. Samada kurang kesedaran atau masalah kewangan.
Jika suplemen memerlukan anda mengeluarkan wang yang banyak, memadai dengan penjagaan makanan kesihatan yang baik. Apabila diserang pelbagai penyakit seperti tombong, keputihan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya ia akan mengganggu kepada raut wajah anda. Sekaligus ia menampakkan wajah berumur dari usia sebenar.
5. Malas
Ya, ini penyakit yang dialami oleh ramai wanita. Bila diturutkan rasa malas memang semuanya takkan menjadi. Nak mandi malas, nak bersenam malas, nak berdandan malas, nak sikat rambut pun malas.
Alasan yang selalu diberi sibuk jaga rumahtangga, kerja dan sebagainya. Bila ia berlarutan, ‘penyakit’ ini lah yang akan membuatkan anda kelihatan tidak terurus serta nampak tua dari usia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahukah anda, span yang kita gunakan seharian dirumah mahupun di premis makanan mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya jika tidak dibersihkan dan diguna dalam masa yang lama.
Bersihkan span:
?Rebus di atas dapur dengan api yang besar dlm masa 5 minit. ?Jika ada microwave lagi bagus. Rendamkan span di dalam air dan guna kepanasan yang tinggi selama 2 minit. ?Cara yang paling mudah, beli je span baru yang mesra pinggan mangkuk. Dalam erti kata lain, span itu mudah digunakan untuk membersihkan celah-celah bekas makanan yang susah untuk dicapai. Span haruslah ditukar sekurang-kurangnya 3 minggu sekali ya.
sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita. Banyak khasiat buah delima yang mungkin tidak kita ketahui. Adakah ia bagus untuk ibu mengandung dan kanak-kanak? Bagaimana dengan ibu hamil kali pertama, adakah sesuai minum jus delima?
1. Buah delima mengandungi antioksidan.
Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan Alzheimer.
2. Buah delima dapat melindungi jantung kita.
Kajian dari Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan bahawa jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan strok. Buah delima juga dapat mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri. Selain itu, buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat di arteri.
Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang minum jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
3. Buah delima dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
4. Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser.
Untuk pengetahuan, buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser. Bagaimana ia berfungsi?
Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara. Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
5. Buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat.
Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
6. Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer.
Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengumpulkan plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.
7. Buah delima adalah salah satu sumber nutrisi.
Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Kredit: Nurhidayah Mohd Zubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...