Check sendiri defect rumah baru, sediakan barang basic ini bagi mudahkan kerja. Anda sudah dapat kunci rumah baru namun anda berhajat untuk melakukan ujian bagi mengesan defect pada rumah yang anda beli itu.
‘Check’ Sendiri Defect Rumah Baru, Sediakan Barang Basic Ini Bagi Mudahkan Kerja
Sebelum masuk rumah baru, adalah lebih baik untuk anda melakukan ‘home inspection.’ Perkara pertama anda kena buat sebelum masuk adalah periksa defect rumah dan buat tuntutan dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP).
Berikut perkongsian berguna buat anda pemilik rumah baru. Kalau anda hendak check sendiri defect rumah baru anda, ini barang basic untuk ‘house inspection’ anda perlu ada:
Tapping rod untuk check hollowness dalam tiles. Boleh sahaja pakai duit syiling RM0.50 tapi bunyi hollow itu susah hendak detect. Hal ini kerana bola pada tapping rod itu memang memainkan peranan.
2. Water level indicator untuk check dinding atau lantai ‘even’ atau tidak. Sebagai contoh (seperti dalam video) ada mendapan lebih 3 hingga 5 mm gap. Memang kena buat ‘report.’
3. L square ruler untuk anda check permukaan 90 darjah sama ada ‘even’ atau tak. Jika ada gap lebih dari 3 mm ini dikira defect, jadi memang kena buat ‘report’ pafda pihak pemaju.
4. Akhir sekali selepas anda jumpa defect-defect ini semua, jangan lupa tanda atau tampal sticker supaya ‘orang defect’ senang buat kerja.
Menerusi hantaran facebook, ustaz Ebit Lew berkongsi aktiviti terkininya sedang bergerak pantas mempersiapkan bentuan untuk di hantar kepada warga penjara yang dikuarantin.
Nyata usaha murni ini mendapat respon positif dan ramai warganet meluahkan rasa syukur.
Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin.
Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana.
Kita semua sebuah keluarga.
Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas.
Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat petugas negara barisan hadapan terus kuat dan diberi kekuatan.
Melihat perjalanan hidup seseorang wanita bergelar isteri tentunya orang paling dekat yang kita nampak adalah corak kehidupan ibu kita sendiri. Betapa susah payahnya ibu mengurus hal rumah tangga, menyediakan makan pakai anak-anak, dan segalanya terletak di bahunya. Seakan begitu berat untuk dipikul namun ibu tidak sedikit pun merungut melakukan tanggungjawabnya.
Atas sebab ini juga, suatu ketika wanita ini masih belum berkahwin bertekad tidak mahu bergelar suri rumah sepenuh masa. Dan lain pula kisahnya setelah berkahwin. Melalui beberapa fasa dan sehinggalah akhirnya lebih merasakan betapa bahagianya bergelar suri rumah sepenuh masa.
Nak tahu apa sebabnya, ikuti perkongsian penuh daripadanya dan semoga kisah ini bermanfaat.
Saya memang sangat skeptikal dengan title ‘suri rumah.’
Melihat mak besarkan kami 9 beradik, takde masa untuk diri sendiri, semuanya hanya pelbagai lagi untuk anak-anak, dengan dunia sekecil rumah, banyak masa di dapur, memang saya bertekad, saya tak mahu jadi suri rumah.
Saya belajar betul-betul, sungguh-sungguh, salah satu sebabnya ialah : saya tak mahu jadi suri rumah. Titik.
Saya buat master pun, saya pernah dapat 4 flat. Punya gigih nya nak plan masa depan sebagai perempuan yang bekerja. Ada duit sendiri. Ada masa untuk diri sendiri. Dapat bergaul dengan ramai orang.
Jujur, saya berkahwin dalam keadaan saya memang tak pandai bab dapur. Tak tahu masak langsung. Nak buat nasi goreng pun kena call mak. Bahan-bahannya perlu detail. Kalau main ‘ikut sedap rasa’ memang saya tak buat. Takkan menjadi.
Setahun lepas kahwin, Allah takdirkan saya menjadi seorang suri rumah. Sudah tentu tanpa kerelaan saya. Saya hilang kerja, saya hilang duit sendiri.
Stress nya hanya Tuhan yang tahu. Saya benci segalanya. Saya benci dapur. Saya benci penyapu. Lebih teruk, saya benci diri sendiri.
Duduk pula dengan mertua. Memang saya banyak diam. Salah satunya sebab perbezaan bahasa. Saya orang n9, mertua orang kelantan. Pekat kelantan. Bila bercakap macam ayam dan itik. Daripada tersalah cakap, lebih baik diam.
Makanya, saya lebih banyak simpan semuanya sendiri. Roda hidup saya betul-betul di bawah. Biras saya semua kerja hebat. Lagilah saya rasa terpinggir. Malu dengan status suri rumah. Saya depress!
Emosi makin teruk bila saya dapat temuduga untuk jawatan geneticist di salah sebuah hospital. Saya contact semua kawan-kawan yang dapat temuduga yang sama. 90% persediaan dah dibuat. Bila tiba masa interview, saya tak boleh pergi. Suami saya sakit. Memang flat habis tak boleh bangun.
Saya kecewa. Semangat saya hilang. Baju yang dah siap bergosok, saya buang dalam tong sampah. Saya buang semua nota yang saya dah buat. Berkali-kali saya cakap pada diri sendiri, “kau gagal! Kau dah gagal!”
Saya sabotaj diri sendiri.
Terperuk dalam rumah. Taknak jumpa orang. Selalu lesu. Selalu sakit kepala. Kesihatan saya merudum.
1 hari, Allah temukan saya dengan seorang manusia yang sangat banyak mengubah persepsi saya terhadap suri rumah.
Kami berjumpa di hospital. Umurnya hampir 40 tahun tapi baru dapat tahu yang dia mengandungkan anak pertamanya. Permata yang ditunggu hampir 15 tahun. Waktu tu, saya masih belum mengandung.
“Akak baru berhenti kerja tau. Tak sabar nak tengok baby akak ni keluar. Nak besarkan sendri dengan tangan akak. Ikut acuan akak. Akak nak jadi orang pertama yang ajarkan dia perkataan baru, orang pertama yang ajarkan abc, alif ba ta, ajar tentang akhlak, ajar tentang Tauhid. Akak nak jadi guru pertama untuk anak akak. ”
Saya termenung lama. Betapa selama ni, saya melihat ‘suri rumah’ tu dari sudut pandangan yang salah.
Saya lupa, saya mula membaca seawal usia 4 tahun adalah berkat kegigihan mak yang menjadi guru pertama saya. Mak tersenyum puas bila saya mula membaca surat khabar pada usia 5 tahun. Mak tersenyum bangga bila saya khatam quran pada usia 6 tahun.
Inilah kebahagian, kejayaan, dan kebanggaan sebenar seorang suri rumah bila anak-anak dapat capai sesuatu melalui acuan yang kita sendiri buat.
Saya baru nampak semua ni lepas Allah temukan saya dengan kakak tadi. Subhanallah, baiknya Allah pada saya.
Terlampau lama saya ambil masa untuk bangun. Hampir 3 tahun saya down. Teraba-raba mencari diri. Hampir 3 tahun saya ambil masa untuk sedar yang jadi suri rumah tu ok je. Bukan masalah besar pun. Malah, banyaknya kelebihan dalam proses tumbesaran dan pembelajaran anak-anak.
Baiknya Allah. Tak lama lepas tu, baru saya disahkan mengandung. Itupun setelah saya mula bangun setelah 3 tahun saya sabotaj diri sendiri.
Suri rumah sekalian,
Kita mungkin takde duit yang banyak di tangan. Jangan sedih! Hidup kaya bukan syarat untuk bahagia.
Bahagia tu kita yang pilih. Berhenti sabotaj diri sendiri. Allah pasti sedang tentukan sesuatu yang baik untuk kita. Bersangka baik saja pada aturanNya.
Orang mungkin boleh pinjam baju kita. Kita pun boleh pinjam baju orang lain. Tapi selesanya tetap tak sama. Walaupun baju kita biasa-biasa, tapi itulah yang buat kita selesa, gembira, dan bahagia. Baju kita sendiri.
Sri A’jilah Samsir,
Mak memang idola saya, dulu, kini, dan selamanya Terima kasih, mak!
Sesuatu yang dikatakan nostalgia dalam hidup kita pastinya ia begitu indah dan istimewa yang pernah kita lalui suatu masa lalu.
Umpamanya bila terlihat bus lama ini, pasti bekas mahasiswa Universiti Malaya suatu ketika dulu ada cerita dan kenangan yang tersendiri bersama bas ini.
Difahamkan bas ini tidak lagi digunakan semenjak 2019 dan siapa sangka bas yang semakin usang ini boleh bertukar wajah menjadi inapan yang cukup luar biasa.
Tranformasi
Idea asal untuk mengubahsuai bas ini adalah daripada Bekas Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.
Pada tahun 2019 bas tersebut tidak lagi berfungsi sebagai kenderaan yang boleh bergerak dan semakin reput.
Namun hasil kerjasama dengan arkitek dan jurutera yang berkhidmat di Jabatan Pembangunan dan Penyelengaraan Harta (JPPHB) UM, bas tersebut berjaya diselamatkan dan kini menjadi tempat sewaan.
Arkitek JPPHB iaitu Puan Nurul Husna Binti Abd Rahman dan Pegawai Projek The Rimba Project Cik Nurul Fitrah Marican telah mengilhamkan idea untuk rekabentuk dalaman bas ini.
Jana Pendapatan
Pada asalnya bas tersebut berada di tempat letak kenderaan berhampiran UM Arena. Ianya kemudian di tarik menggunakan trak tunda dan diangkat menggunakan kren.
Kini bas tersebut ditempatkan di Rumah No.2, Universiti Malaya yang juga merupakan ruang kerja untuk Water Warriors dan The Rimba Project dibawah UM Sustainability & Living Labs Secretariat.
Antara tujuan asal bas ini dijadikan tempat penginapan adalah untuk menjana pendapatan bagi menyokong inisiatif kelestarian dan kemasyarakatan di UM dan komuniti luar.
Sememangnya bas ini mempunyai nilai nostalgik kepada staf dan bekas pelajar UM terutamanya mereka yang pernah menaiki bas ini suatu masa yang dahulu.