Ramadan menjadi bulan yang cukup dinanti-nantikan oleh kita semua. Selain dapat melakukan ibadah puasa dengan menahan diri daripada makan dan minum di siang hari, waktu berbuka pula menjadi antara momen yang ditunggu-tunggu oleh seisi keluarga untuk duduk semeja sambil menjamu selera.
Apatah lagi andai berbuka puasa di hotel, bukan satu dua menu boleh dinikmati malah puluhan juadah boleh dicuba. Hal ini tentu sahaja memberikan kepuasan dalam melayan selera bersama seisi keluarga.
Oleh yang demikian, Hotel Intercontinental turut menawarkan menu buffet Ramadan yang pastinya mampu memenuhi selera setiap pengunjungnya dengan menampilkan menu yang enak dan mampu menggamit nostalgia.
Ini kerana Hotel Intercontinental mengangkat tema Warisan Kita; pelbagai menu istimewa disajikan oleh chef profesional dengan menggunakan resipi turun temurun. Antara menu yang dijangka bakal membuatkan pengunjung teruja untuk menikmatinya adalah ‘Nasi Kukus Balqish’.
‘Nasi Kukus Balqish’ menampilkan gabungan nasi yang dimakan bersama Kari Kepak Ikan Barramundi dan Rendang AyamTok Nek. Rendang Ayam ialah resipi yang diajar oleh nenek kepada Chef Balqish – resipi yang telah diturunkan melalui 3 generasi.
Ads
Nasi Kukus Chef Balqish ini bertambah menyelerakan jika digandingkan bersama Gulai Kawah Bonda, Patin Tempoyak Temerloh dan Pucuk Ubi Lemak Kuning.
Selain itu, tidak dinafikan bulan puasa tidak sah sekiranya tidak dijamah menu yang dibakar dan dipanggang. Di sini juga turut disajikan pelbagai pilihan menu ikan bakar seperti ikan pari, tenggiri dan sebagainya untuk memenuhi selera semua yang berbuka puasa di sini.
Ads
Itu belum lagi menyebut tentang keenakan rasa hidangan ‘Kambing Golek Tujuh Keturunan yang sangat istimewa yang dipanggang dengan bahan perapan yang istimewa.
Tidak dengan itu, menu ‘Pasta Goreng Kawah Cucu Bonda’ tidak kurang hebatnya. Menu ini adalah Mee Goreng gabungan Malaysia, menggunakan Spaghetti atau Fettuccine Noodles dan bukannya mee kuning. Ia digoreng dengan hirisan ayam, fish cake dan pes mee goreng rahsia buatan sendiri yang disediakan di ‘Warung Mee Pak Sapri’.
Apa yang pasti melihat beberapa menu yang disenaraikan ini, sudah membuatkan ramai antara kita tidak sabar untuk mencuba rasa dan semuanya pasti dapat dinikmati bermula 3 April hingga 1 Mei 2022 ini hanya di Serena Brasserie, Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.
Jadi usah tunggu lagi, ayuh buat tempahan awal untuk seisi keluarga dapat menjamu selera di sepanjang bulan Ramadan ini. Harga Buffet Ramadan adalah RM198+ untuk Dewasa dan RM118+ Kanak-kanak (Umur 6-12 tahun).
Ads
Apa yang lebih menariknya apabila bermalam di Hotel Intercontinental sepanjang bulan Ramadan ini, pengunjung dapat menikmati Break-Away Room Package untuk memberi keselesaan eksklusif semasa bersahur dan berbuka di dalam bilik.
Untuk lebih detail boleh contact dengan email di fnb.admin@ickualalumpur.com.my atau call 03-27826325 atau whatsapp di 016-2024623
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang mahu kehilangan insan yang disayangi lebih-lebih lagi ibu bapa sendiri atau ahli keluarga yang rapat. Lebih-lebih lagi di saat kita masih merasakan sangat bergantung kepadanya dan masih lagi ingin dibelai dimanja.
Di saat kehilangan, hanya rindu yang dapat diungkapkan namun rindu ini seperti tiada penghujung kerana yang dirindu sudahpun tiada. Hanya mampu meluah rasa melalui doa sambil mengharapkan ianya sampai kepada orang yang dirindui.
Bercerita mengenai seorang gadis bernama Elia, dia telah kehilangan ayahnya yang pergi dijemput ilahi sewaktu tidur. Dia tidak dapat berjumpa ayahnya buat kali terakhir dan kehilangan itu begitu mengejutkannya.
Selepas dari kehilangan itu, dia mengakui yang sangat rindukan arwah ayahnya. bahkan sewaktu ingin ke Tanah Suci, dia sempat berdoa agar dipertemukan dengan seseorang yang persis ayahnya di Tanah Suci Mekah.
Siapa sangka, permintaan yang mungkin di anggap tidak logik ataupun mungkin terlalu emosi ini dimakbulkan Allah. Sewaktu Elia di tempat Saie, dia telah terserempak dengan lelaki yang betul-betul mirip arwah ayahnya.
Dek kerana keterujaan itu, dia terus berlari mengejar lelaki tersebut walaupun tidak mengenalinya.
“You Look Like My Walid…” Itulah yang dikatakan oleh Elia pada lelaki tersebut.
Elia sempat menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada lelaki berbangsa Arab itu.
“Masya Allah, Same.” Lelaki itu turut mengakui yang wajahnya seiras arwah Elia.
Walauopun hanya sebentar, Elia sempat merakamkan gambar lelaki itu dan dia sangat bersyukur kerana pertemuan itu seolah-olah merawat indu yang selama ini dipendam.
Walaupun tidak dapat mendakap untuk melepaskan kerinduan, cukuplah kehadiran lelaki itu untuk melepaskan kerinduan.
Kanak-kanak kalau dah bermain, pasti di akhirnya akan berakhir dengan tangisan. Keterujaan mereka apabila berada di tempat baru atau tempat yang dirasakan selesa buat mereka menjadi lebih agressif dan hyper aktif.
Baru-baru ini, tular di aplikasi Tiktok sebuah posting dari seorang wanita yang mengatakan rasa sedih apabila seorang kanak-kanak di tampar oleh ibunya walaupun adiknya membuat salah.
“Merah pipi dan telinga awak sayang.”
Namun wanita ini mengatakan, dia berasa kagum kerana kanak-kanak tersebut tetap memohon maaf berkali-kali dengan ibunya walaupun kesalahan itu bukanlah dari dirinya.
Perkongsian ini mendapat pelbagai respon dari netizen. Ramai yang bersimpati dengan apa yang terjadi pada kanak-kanak tersebut.
Ada yang mengatakan, anak sulung selalunya menjadi tempat melepaskan amarah ibubapa dan ada yang mengatakan ibu bapa seharusnya memberikan layanan sama rata kepada semua anak-anak.
Dalam pada itu, dari segi psikologi sikap sebegini sebenarnya akan membawa kesan jangka panjang ke atas anak-anak yang menjadi mangsa.
Menurut ahli terapi mental dan kaunselor, Mallory Williams, layanan tidak adil juga akan menjadi trauma berpanjangan yang menjejaskan emosi anak-anak.
“Bahaya jangka panjang terbesar ialah kemurungan, kebimbangan, tindak balas yang tidak stabil atau trauma dalam hubungan peribadi. Selain itu wujud kebimbangan prestasi untuk kedua-dua kanak-kanak yang digemari dan tidak digemari.
“Kanak-kanak yang tidak disayangi akan mengalami nilai diri yang rendah, perasaan penolakan dan tidak mencukupi. Selain itu seolah-olah ‘berputus asa’ kerana perasaan mereka tidak akan layak mendapat perhatian dan kasih sayang seperti adik-beradik yang lain.
“Ini selalunya mempunyai implikasi jangka panjang ke atas prestasi mereka dalam pekerjaan, di sekolah, dan dalam hubungan interpersonal. Ia kerana hubungan keibubapaan menetapkan asas dan jangkaan hubungan masa depan,” kata Williams.
Paling mengejutkan, sikap tidak adil juga akan menimbulkan perasaan seperti anak itu diabaikan, menyebabkan mereka berasa memerlukan ibu bapa atau sesiapa sahaja.
Apa perasaan anda apabila nak menanak nasi, tiba-tiba mendapati ada bubuk atau kutu beras di dalam tempat simpanan beras tersebut. Pasti akan kembang tekak kan lebih-lebih lagi haiwan ini akan mudah dilihat kerana berwarna hitam dan bentuknya sangat menggelikan.
Ada juga yang berpndapat bahawa ianya tidak memudaratkan. Hanya rendam beras tersebut, kutu atau bubuk akan naik di atas air. Jadi mudah untuk membuangnya.
Namun, anda perlu tahu bahawa beras yang sudah dicemari oleh kutu dan bubuk ini akan mudah basi dan lembik selain sudah kurang enak untuk dinikmati.
Takkan nak buang beras tersebut lebih-lebih lagi jika kutu dan bubuk tersebut sudah ada sejak dari anda membeli beras tersebut. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
5 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
1. Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
2. Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
3. Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
4. Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
5. Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.