Isu pemberian duit raya sering menimbulkan perbalahan, bahkan baru-baru ini Ada selebriti terkenal berkongsi jumlah yang diterima oleh anak menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang kurang senang rak kurang yang menitipkan ucapan tahniah atas rezeki tersebut.
Terbaru,Hanis Zalikha berkongsi reaksi anak-anaknya Yusuf Iskandar dan Alisa Aishah ketika mengira duit raya. Begitupun cara yang ditunjukkan oleh dua beradik ini membuatkan ramai yang teruja dan terharu.
Perkongsian yang dimuatnaik menerusi laman di TikTok ini, anak kepada pasangan selebriti terkenal itu kelihatan teruja saat membuka sampul duit raya sepanjang meraikan Syawal sejak 2 Mei lalu.
Yusuf dan adiknya benar-benar gembira termasuklah apabila melihat helaian wang RM1. Nampaknya pendekatan si ayah dan ibu yang tidak pernah mengajar meremehkan pemberian orang benar-benar berkesan.
Apa yang membuatkan warganet terharu dan kagum apabila Hanis Zalikha turut mengajarkan Yusuf sebaris doa pendek semoga Allah sentiasa memberikan kesejahteraan kepada semua orang yang membuat mereka gembira.
Cukup ringkas, namun didikan murni selebriti itu sebagai ibu bapa berjaya menerapkan nilai syukur dalam diri anak-anak mereka.
Ternyata perkongsian tersebut membuka mata ramai,bukan semua selebriti suka menunjuk-nunjuk.
Ads
Melihat reaksi sopan dan ikhlas dua beradik ini, rata-rata meluahkan rasa sebak. Bahkan ada yang turut memuji cara Hanis dan suaminya mendidik anak tentang adab-adab menerima pemberian orang.
Perasan tak jika kita makan ikan goreng sekali pun, kadang-kadang ada yang rasanya sedap sangat sampai ke bahagian tulang ikan kita meratahnya. Namun ada juga ikan yang digoreng terasa hambar dan biasa-biasa sahaja.
Perbezaan rasa ini sebenarnya selain disebabkan kita menggunakan ikan yang segar, rahsianya juga terletak pada ramuan garam kunyit yang digunakan. Ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar, di mana menurutnya bila menggunakan ramuan garam kunyit rasa gorengan ikan lebih sedap sama seperti style mak-mak kita zaman dulu. Nak tahu caranya, jom semak.
Cara² Nak Buat Ikan Goreng Sedap Syle Mak² Kita Zaman Dulu.
Orang cakap tak tahu kena blajar.. walaupun nak goreng ikan yang mudah ni pun mesti blajar nak bagi dia rasa sedap.
Orang zaman skrg semua benda nak cepat sampai garam kunyit pun nak beli yang dah siap padahal nak buat bukannya susah pun.
Bagi yang baru² nak blajar masak, meh nak ajar camna nak buat garam kunyit utk goreng ikan style org dulu.. senang je.
Buat banyak² pastu simpan dlm petiais. Tahan berbulan² dan bila² nak goreng ikan bleh pakai.
Bahan²:
(kuantiti dan saiz bleh refer mcm dlm gmbr)
Bawang putih
Halia
Garam Kasar secukup rasa
Kunyit Hidup (kalau xde bleh gantikan dgn kunyit debu guna kunyit hidup lagi ohsem la)
Cara²:
Tumbuk semua sampai lumat pastu bolehlah lumur pada ikan. Biarkan skejap pastu bolehlah goreng.
sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Prihatin dengan ibu bapa yang mempunyai anak autisme, kerajaan memperuntukkan pemberian subsidi bagi kanak-kanak autisme yang bakal atau sedang mengikuti pembelajaran di Pusat Pembelajaran Autisme dan Terapi Bertauliah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima peruntukan di bawah Dasar Bajet 2025 untuk memberikan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme kepada 30,000 kanak-kanak. Pemberian subsidi yuran ini sudah semestinya bagi mengurangkan beban ibu bapa.
Permohonan subsidi yuran ini telah dibuka bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2025 dan berikut merupakan syarat serta cara untuk memohon.
Untuk pengetahuan anda, jumlah bantuan yuran pembelajaran ini akan diberikan secara one-off iaitu sebanyak RM500 dan TIADA HAD untuk bilangan kanak-kanak autisme dalam satu keluarga untuk memohon. Syarat permohonan adalah seperti:
1.IBU BAPA / PENJAGA
-Warganegara Malaysia
-Pendapatan perkapita tidak melebihi RM2000 isi rumah*** (rujuk contoh pengiraan pendapatan perkapita di bawah)
-Kanak-kanak autisme pemegang kad OKU JKM yang berusia di bawah 18 tahun
–Kanak-kanak autisme mengikuti terapi / Early Intervention Program di Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Austisme yang bertauliah
2.PUSAT PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISME
-Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
Melaksanakan program pengesanan awal OKU Autisme dan mempunyai elemen terapi pembelajaran / percakapan / kerja / keperluan autisme
*** Contoh Pengiraan Pendapatan Perkapita
-Contoh : Pendapatan Isi Rumah RM8500, ahli keluarga 5 orang.
-Cara kiraannya adalah RM8500 ÷ 5 orang = RM1,700
-LAYAK menerima subsidi
Borang Permohonan dan Garis Panduan boleh didapati melalui laman portal www.jkm.gov.my atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah / Bahagian / Jajahan yang berhampiran.
PANDUAN PEMOHON
1.Ibu bapa isi borang permohonan.
2.Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme isi borang, mengumpul borang permohonan ibu bapa dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan / Cawangan berhampiran.
3.Menunggu proses kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Telefon : 03- 8323 2484 / 03-8323 2476 (waktu pejabat)
Emel : bhg_oku@jkm.gov.my
Facebook: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jodoh itu rahsia Allah. Kegagalan perkahwinan lalu nyata tidak meninggalkan bekas di hati wanita yang cukup lemah lembut ini.
Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28 sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor kacak Nazim Othman. Namun rumah tangga mereka menemui noktah apabila bercerai pada Mei tahun lalu.
12 Januari lalu, Bella membuat kejutan buat peminatnya apabila memuat naik gambar pertunangan. Dia sebelum ini tidak pernah berkongsi kisah cintanya. Malah Bella tidak pernah memuat naik foto tunangnya, Arif di instagram!
Arif atau nama sebenarnya Arif Izuddin Mohd Radzali, merupakan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun dan pertama kali bertemu dengan Bella pada Ogos tahun lalu.
Lima bulan mengenali antara satu sama lain, pasangan ini mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan ikatan pernikahan. Dalam majlis pernikahan ahad lalu, Bella menerima mas kahwin sebanyak RM1000 beserta tujuh dulang hantaran.
Rupa-rupanya ada kisah disebalik perkenalan merpati sejoli ini. Semasa majlis resepsi, Noorsyahida Mohd Radzali yang merupakan kakak sulung Arif dalam ucapannya mendedahkan detik perkenalan adiknya bersama Bella Dally.
Menurutnya, Arif beberapa kali meminta pertolongan untuk berkenalan dengan artis di bawah pengurusannya. Namun, permintaan itu tidak dilayan sehinggalah Arif menunjukkan minat kepada Bella.
“Arif banyak kali minta saya kenalkan dia dengan artis. Tapi saya tak pernah layan. Saya cakap Kak long bukan penjual artis, kak long penjaga artis.
“Sehingga suatu hari, Arif mesej dan minta tolong. Dia kata perlu sangat nak kenal dengan artis ni. Saya tanyakan siapa dan Arif hantar gambar.
“Rupa-rupanya Bella dan saya cakap ini bukan main-main. Tapi Arif kata dia serius dan saya menyuruh dia mencari dan berusaha sendiri.
“Selepas itu dia diam, saya ingatkan dia dah putus asa dan tak layan dah artis ni. Sekali dia hantar gambar ‘dating’ di Sabah. Katanya, nampak tak orang serius sampai dating kat Sabah.
“Saya pun cakap bagus kerana pilih Bella. Bella yang saya kenal baik hati, hormat orang tua. Saya pesan pada Arif kalau betul serius, ambil dia, jaga dia dan sayang dia,”kongsi kakak ipar Bella dalam majlis persandingan baru-baru ini.