Cuba Dulu Minum Air Bit Merah Ni. Lebih Menyihatkan!

Share

Buah bit atau  bit merah merupakan tanaman sejenis umbi yang berwarna ungu kemerahan. Bentuknya menyerupai kentang serta manfaat buah bit juga terdapat pada akar dan tangkainya.

Pun begitu,  tidak banyak yang memanfaatkannya sebagai bahan masakan.

Secara tradisional buah bit sering dimanfaatkan untuk tujuan penjagaan kesihatan.

Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Puan Runiza,  menghasilkan sendiri minuman bit merah untuk diminum setiap hari.  Ikuti perkongsian daripadanya cara penyediaan minuman kesihatan ini.


 

“Ini akak buat untuk stok seminggu.”

bahan-bahan:
1 biji ubi bit

1 biji nanas

2 biji epal

1biji lobak merah

1 tangkai batang sadri

Setengah biji lemon

Gula atau madu mengikut citarasa

Air

Cara penyediaan:

1. Semua bahan dikisar halus.

2. Tapis dan masukkan ke dalam botol.

Selamat mencuba semoga memberi kebaikan kepada semua.

Kredit : runiza mohd salleh via mahn

IKLAN