Kebanyakkan orang perempuan memanglah hendak cantik dan cantik itu pula biasanya dikaitkan mesti mempunyai kulit wajah yang putih bersih dan berseri-seri. Pun begitu, tidak semua orang perempuan mempunyai kulit wajah yang diimpikan. Lantas cara paling pantas dan mudah yang difikirkan adalah dengan mengambil suntikan vitamin C.
Tapi tahukan anda, sebenarnya suntikan yang diambil itu mempunyai banyak kesan buruk dan boleh menjejaskan kesihatan.
Takkan lah kita nak nampak cantik tapi akhirnya terpaksa ‘menggadai’ nyawa sendiri akibat menanggung pelbagai penyakit merbahaya.
sumber Giphy
Ifa tidak lagi ambil suntikan vitamin C
Kuala Lumpur: Bimbang kesan sampingan yang mampu menjejaskan fungsi organ dalaman tubuhnya, penyanyi dangdut, Ifa Raziah, bertindak berhenti mengambil suntikan Vitamin C, beberapa tahun lalu.
Ia susulan nasihat doktor yang merawatnya dan bertanya sama ada beliau mengambil suntikan berkenaan, lalu memintanya berhenti serta-merta.
Ads
“Doktor memberitahu pengambilan suntikan Vitamin C tanpa kawalan mampu merosakkan jantung, hati dan buah pinggang. Berderau juga darah mendengarnya ketika itu.
“Kata doktor itu lagi, walaupun bukan sekarang, kerosakan itu akan datang empat atau lima tahun kemudian. Mujur saya cepat sedar lalu tidak meneruskannya, jika tidak pasti tubuh saya yang akan menanggung kesannya,” katanya kepada BH.
Ifa mengakui, beliau mengambil suntikan berkenaan pada awal tahun 2000 untuk kelihatan cantik, berkulit putih dan gebu ketika membuat persembahan.
IFA Raziah berhenti mengambil suntikan vitamin C kerana bimbang dengan kesan sampingan yang mampu menjejaskan fungsi organ dalaman tubuhnya. – Foto Syazana Rose Razman
Mudah diperoleh
“Saya menjadikannya sebagai amalan kecantikan di mana satu suntikan dalam tempoh dua minggu. Suntikan ini mudah diperoleh di pusat kecantikan sekitar Lembah Klang.
Ads
“Saya akui sememangnya ia terbukti berkesan dan mula menunjukkan sedikit perubahan pada minggu berikutnya. Ketika itu saya tidak mengetahui langsung sama ada barangan itu diluluskan atau tidak oleh kerajaan,” katanya.
Katanya, bagi mengekalkan kesihatan diri, ketika ini beliau mengambil Vitamin C dalam bentuk tablet sebagai antibodi dan menolak sama sekali suntikan Vitamin C.
Ditanya penjualan suntikan Vitamin C sekarang berbanding dulu, Ifa berkata, kini ia dijual berleluasa dan mudah diperoleh terutama di laman sosial.
“Klinik pakar kecantikan juga dikesan terlalu banyak menawarkan suntikan Vitamin C hingga memudahkan orang ramai khususnya remaja perempuan mencubanya.
“Ketika saya mengambil suntikan dahulu, Vitamin C perlu ditempah dari luar negara seperti Switzerland, malah hanya farmasi tertentu yang menjualnya,” katanya.
IFA mengambil suntikan vitamin C pada awal tahun 2000 dan menjadikannya sebagai amalan kecantikan iaitu satu suntikan dalam tempoh dua minggu. – Foto Syazana Rose Razman
Ads
“Saya sendiri meragui apa kandungan suntikan itu pada hari ini. Adakah produk itu datang dari China, apakah produk ini halal, adakah ia mengandungi DNA babi dan betulkah produk itu mampu memutihkan wajah kita,” katanya.
Justeru, beliau menyarankan kepada pengguna untuk mengetahui terlebih dahulu fungsi pengambilan vitamin tambahan, terutama suntikan vitamin C, sebelum membelinya.
“Setahu saya, ia tidak memutihkan wajah dengan berkesan sebaliknya vitamin C ini hanya satu cara untuk menguatkan antibodi tubuh.
“Jangan main terjah semata-mata untuk cantik. Tanya mereka yang betul-betul pakar seperti doktor atau sekurang-kurangnya ‘google’ untuk tahu baik atau buruk suntikan ini,” katanya.
Dengar penjelasan doktor cantik ni tentang bahayanya suntikan vitamin C pada yang mengamalkannya.
Menggantikan perabot yang rosak dengan membeli yang baharu memang mudah, tapi alangkah lebih baik dan menjimatkan andai dibaik pulih. Malah jika kreatif, dapat pula menghasilkan perabot dengan fungsi yang berbeza.
Ini seperti perkongsian daripada Norpadilah Binti Afandi ini, daripada meja yang sudah tertanggal kakinya di beri sentuhan dengan idea yang segar untuk dijadikan sebagai rak herba yang cukup bergaya di ruang dapur rumahnya.
Malah melihat langkah demi langkah yang dikongsikan cukup mudah dan yakinlah anda juga boleh hasilkannya.
Nak tahu detail, ikuti perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat.
Baru-baru ni encik suami baik hati, bawak balik ole-ole untuk kita…budak side table ni cantik lagi, cuma kakinya patah…biasa la orang kita ni suka ambik penyelesaian mudah…campak sesaja kan.
Sebelum ni kita ada juga survey idea dari kawan-kawan nak buat apa dengan budak ni…ramai bagi idea untuk repair balik….tukar cat…buat kerusi. Bagus, sesekali dapat bertukar pandangan dan idea kan….dapat jugak exercise sikit otak yang dah naik tepu dek terkurung ni.
Macam biasa, bila kita nak buat satu-satu diy tu…kita akan pertimbangkan untuk lihat apa keperluan kita waktu tu…buat masa ni meja atau kerusi bukan pilihan yang tepat untuk kita, sebab dah banyak dalam rumah sampai tak tau nak letak mana dah…jadinya kita buat sesuatu yang dah lama kita bayangkan….cuma entah kenapa tak jugak buat-buat. Perangai bertangguh tu kan…ada jeeeee
Selamat dah budak tu kita bagi jawatan baru….dulu mantan side table, sekarang rak spices…jadi le nak…..dari dibaham api…..keje elok-elok ye
Langkah 1 : Baik pulih meja yang rosak dan pakukan dengan kayu pada bahagian bawah meja seperti di dalam gambar.
Langkah 2 : Tambahkan papan sebagai pembahagi ruang di tengah-tengah seperti ini untuk lebih ruang storage.
Langkah 3 : Cat keseluruhan kayu dengan menggunakan cat kayu Dulux Aura High Gloss warna putih. Kemudian pasangkan jaring besi di bahagian dua sisi (tepi dan belakang)
Buat peminat kek, bila terlihat gambar kek Cheesecake Brownies ini boleh kecur liur dibuatnya. Apatah lagi anak-anak mesti tidak sabar untuk menikmatinya.
Jadi apa kata dengan masa yang terluang ini, kita sediakan untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
untuk adunan brownies:
115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
150g (3/4 cawan) gula perang
2 biji telur
50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
1 biji telur
225g (1 cawan) cream cheese
50g (1/4 cawan) gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
Cara-cara untuk adunan cheesecake:
1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃.
2. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
3. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
4. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
5. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
6. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
7. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
8. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok.
9.Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
10. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek ‘set’ di bahagian tengah.
11. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.
Tip:
Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.
Sumber : viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zaman 90an boleh dikatakan adalah zaman paling gemilang industri muzik tanah air, selain lahirnya ramai penyanyi berbakat besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Anuar Zain dan yang lainnya, kemunculan artis berkumpulan juga tidak kurang hebatnya dan hingga kini tetap diingati.
Antara vakalis band yang ‘digilai’ ramai ketika itu bukan sahaja diakui berbakat malah tidak dinafikan kacak bergaya. Antaranya adalah seperi Lan (Kristal), Tomok (New Boyz), Shamrin (Fotograf), KRU, 4U2C, Zamani (Slam) dan ramai lagi.
Bercerita tentang perkembangan terkini, Zamani Vakalis Kumpulan Slam sebagai mana yang diketahui umum sudah bertahun menderita sakit tulang belakang melengkung atau dikenali sebagai Skoliosis.
Baru-baru ini telah membuat pendedahan berani apabila mengaku telah terjebak dengan dadah sejak sekolah lagi dan penyakit tulang belakangnya itu juga berpunca daripada dadah di dalam rancangan temu bual, Rumah No.107.
Ujarnya, “Saya terus terang cakap.. Saya terjerumus dengan dadah sejak di bangku sekolah. Semua dadah daripada yang kurang kuat sampailah yang paling kuat semua saya dah.”
Menurut Zamani, jika dapat diundurkan masa kembali dia mahu memohon maaf kepada ibunya kerana telah memalukan nama keluarga sedangkan dia telah di didik dengan baik.
“Andai dapat diputarkan waktu, kalau arwah ibu saya masih hidup.. saya mahu memohon maaf, mohon ampun kepada dia kerana telah memalukan nama keluarga. Saya nak cium tapak kaki dia.
“Saya rosakkan diri saya sendiri. Keluarga saya orang baik-baik. Mak bapak saya tak ajar saya jadi macam ni. Mereka dah didik saya dengan baik tapi saya yang tersasar,” katanya.
Pada Mac lalu, Zamani berkata dia terpaksa menghentikan rawatan kerana masalah kewangan serta lebih selesa bergerak naik skuter tiga roda.