Begedil kentang nak buat memang nampak simple tapi jika salah penyediannya memang tak menjadi! Tapi resipi ni gerenti jadi, cara nak buat memang mudah. Tak terlalu lembek atau , masa goreng tak serap banyak minyak. Apa lagi jom cuba resipi ini.
RESEPI TAUHU BERGEDIL AYAM
Bahan-bahan
– Tauhu goreng pok (Ira buat 15 ketol je)
– Isi ayam cincang
– Bawang merah 3 ulas
– Bawang putih 2 ulas
– Ubi kentang 5 biji ira guna yang saiz sedang
– Daun bawang
– Bawang goreng
– Garam
– Maggi cukup rasa
Cara masak
1. Tauhu potong bentuk x bahagian atas buang isi dalam dia. Sebab kita nak sumbat inti yang kita buat nanti.
2. Kupas kulit ubi kentang dan potong 4 nak suruh mudah masak dan empuk. Rebus dan masukkan sedikit garam.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan isi ayam cincang goreng sampai masak. Masukkan garam dan maggi cukup rasa.
4. Bila ubi kentang dah masak awak angkat dan toskan. Lenyekkan ubi kentang masa masih panas dan campurkan bersama isi ayam yang digoreng tadi, masukkan juga isi tauhu tadi (jangan membazir tau amalan syaiton) masukkan daun bawang yang telah dipotong dan bawang goreng. Gaul-gaul biar sebati dan cuba dulu siket cukup rasa dah ke belum kalau belum tambah lagi garam atau maggi cukup rasa.
5. Awak sumbat la ke dalam tauhu inti yang awak buat tadi. Inti ke orang pangil eh lantak la wak ira pun tak tau orang panggil apa.
6. Pukul 2 biji telur bersama secubit garam, celupkan tauhu yang siap disumbat tadi dan goreng ke dalam minyak yang panas.
Ok done
Sambal kicap
Nak jugak ke resipi sambal kicap? Ok ira share la ye cara ira buat sambal kicap. Ira suka buat banyak-banyak terus sebab ira hantu sup dalam sup wajib ira masukkan sambal kicap. Eh nape masuk cerita sup pulak ni?hehe
Ni resepi bagi sebekas kecil sambal kicap kalau awak nak buat siket je just nak cicah tauhu bergedil je awak kurangkan la bahan ye.
Bahan-bahan
– Lada 50 tangkai ira guna, lagi pedas lagi sedap ui
– Bawang putih 2 atau 3 ulas
– Cuka
– Kicap
– Gula
– Garam
Cara buat
– Masukkan lada, bawang putih, cuka awak agak-agak la sebab ira main masukkan je, kicap pun awak masukkan agak-agak tergelam lada, garam secubit dan gula 3 sudu. Awak blend sampai hancur lada dan bawang tadi.
– Ambil kuali atau periuk awak panaskan sambal kicap yang awak blend tadi sampai gelegak, jangan taruk minyak pulak ye. Try la siket apa yang kurang kalau kurang masam tambah cuka siket kurang manis tambah gula.
Seperti yang kita semua tahu, makanan bergoreng antara makanan kegemaran seluruh masyarakat Malaysia. Tapi kali ini kami kongsikan menu yang kurang berminyak dan sedap.
Popia basah sos merah merupakan pilihan yang tepat jika anda ingin mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Dengan resipi yang dikongsikan oleh salah seorang doktor yang menggunakan profil Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, anda boleh mencubanya di rumah sahaja.
Yang lebih menarik lagi, doktor ini juga berkongsi resipi dan teknik yang mudah untuk membuat sos merah yang enak dimakan bersama popia basah ini. Selamat mencuba!
Popia Basah Sos Merah
Bahan-bahan:
Cara-Cara:
– Campur tepung gandum dengan air dan garam secubit. Tak ada pula gambar yang dah bancuh. Dia jadi campuran cair dan boleh disapu.
– Ini trik nak buat kulit popia nipis. Bancuhan tadi kita sapu atas kuali yang dah panaskan sederhana panas. Saya gunakan berus silikon. Sapu dari luar ke dalam, buat bulatan.
– Jadi macam ni! Biar sampai tepung masak. Ni percubaan pertama, buruk gila sebab ada ketul-ketul tu. Tapi yang seterusnya dah cun.
– Ni versi yang dah cun melecun. Tipis dan tak berlubang lubang.
– Potong lobak merah dan lengkuas caranya sama.
– Udang kering, rendam dalam air panas selama 15 minit. Bila dah kembang, cincang halus. Bawang merah dan bawang putih, cincang halus juga.
– Sekarang tumis geng bawang sampai naik bau.
– Masukkan udang kering yang dah kembang tu dalam tumisan bawang. Tumis sekejap je lagi.
– Masukkan lobak dan sengkuang. Gaul rata.
– Letakkan sedikit sos tiram sebagai penaik rasa. Gaul sebati. Jika masih tawar, tambah garam sikit. Untuk tambah aroma, letak minyak bijan. Sikit je.
Bahan Sos: (dapat 1 cawan sos)
Cara-Cara:
– Ini bahan asas untuk buat sos merah sengkuang calit. Taucu manis, gula melaka, pes asam jawa dan sedikit cili boh.
– Masukkan bahan asas dalam pengisar makanan, letak minyak bijan dan sedikit air. Kemudian kisar sampai halus.
– Dah kisar, masuk dalam periuk dan renehkan dia sampai cili boh tadi masak. Kalau tak masak cili tu, pahit jadinya.
– Dah sudah masak, saya gunakan air bancuhan tepung jagung sebagai pemekat.
– Nampak tu, berkilat dan likat. Waktu ni masih panas, nanti dia sejuk, dia makin kental. Sabarlah sikit ya. Ketika ni masih sempat nak adjust kemasinan, kemasaman, dan kemanisan sos ni. Kalau nak rasa lebih kekacangan, tambah lagi minyak bijan. Dah sejuk, saya letak dalam mason jar ni.
Andai dapat menjamu selera bersama keluarga sambil menikmati suasana petang di tepi pantai, lazimnya menu berasaskan makanan laut jadi pilihan. Menu Sotong Celup Tepung umpamanya, pasti menjadi antara menu wajib order. Menu nan satu ini memang ‘layan’ kalau diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi dan juadah lainnya.
Pun begitu, kena pandai juga mencari restoran atau tempat makan yang boleh menyediakan Sotong Goreng Tepung yang sedap. Barulah puas hati makan seisi keluarga.
Apatah lagi kalau dimasak sendiri, bolehlah kita makan seberapa banyak yang kita mahu. Malah tidak dinafikan juga, kalau masak sendiri kosnya jauh lebih murah berbanding jika makan di luar.
Jadi apa kata anda cuba dahulu resipi yang dikongsikan oleh Ag Jeffrey Ag Nuddin. Bukan sahaja dia berkongsi resipi malah tidak lokek berkongsi tip untuk dapatkan hasil masakan Sotong Goreng Tempung yang sempurna ‘kejadiannya’.
Menurutnya, banyak cara memasak boleh dilakukan untuk menggoeng sotong, cumanya tidak semua akan jadi 100% seperti yang dikongsikannya itu.
Jadi sebaiknya selepas cuci sotong perlulah ditos (buang air) kemudian barulah dicampur segala perasa seperti serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian letak tepung kanji dan putih telur/telur. Gaul rata.
Disarankan ketika menyediakan adunan tepung jangan buat macam bancuhan untuk pisang goreng, itu nanti akan menjadikan sotong yang dimasak terlihat seperti sotong tempura pula. Ujarnya yang juga berpengalaman sebelum ini sebagai chef shushi.
Ok setelah sotong digaul dengan adunan tepung, sediakan pula bekas kosong untuk diletakkan tepung kanji. Jadi sebelum digoreng, gaulkan atau golek-golekkan sotong tadi dengan tepung kanji yang ada dalam bekas tu. Kemudian masak seperti biasa.
Masak sotong goreng tepung memang leceh sikit, untuk lagi sedap boleh juga gunakan telur masin dan rasanya lagi mantap. Dan bila gunakan telur masin tidak perlu dicampurkan lagi perasa.
Berkongsi harga sotong di tempatnya di Sabah, nyata membuatkan ramai teruja. Cukup murah dan sotong yang dijual nampak begitu segar. Jadi memang puas kalau dimasak sendiri Sotong Goreng Tepung. Berbaloi dan puas hati!
Perasan tak setiap kali kita hendak masak, pelbagai proses penyediaan bahan harus dilakukan sebelum kita dapat memulakan proses memasak. Hal ini menjadikan waktu yang diperlukan untuk menyajikan hidangan memakan masa yang panjang dan cukup melecehkan.
Apatah lagi bagi ibu yang bekerja, balik daripada pejabat pun sudah lewat petang. Mana mungkin sempat untuk menyediakan hidangan makan malam. Sudahnya, ramai antara ibu-ibu terus ambil keputusan mudah dengan membeli sahaja di kedai.
Walhal, kita sendiri tahu dengan membeli makanan di luar kita tidak dapat pastikan kebersihan dan khasiat makanan yang dibeli.
Oleh itu, ketahui tip dan trik mudah ini boleh membantu anda agar dapat memasak dengan pantas dan terancang.
1.Rancang Menu untuk seminggu. Bukan sehari.
Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.
2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang
Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.
3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan.
Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.
4.Labelkan Menu Mengikut hari pada bekas yang ingin disimpan.
Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.
5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi Kerja.
Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama. Mudah bukan.
TIP EKSTRA:
1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.
2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.
4.Guna atau beli bekas plastik yang boleh digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.
5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja.Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas-panas.
Selamat Mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, Ibu superbusy!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.