Sebut sahaja sambal hitam, terbayang betapa enaknya rasa sambal ini dengan rasa masam belimbing buluh dan kepedasan cili yang menyengat. Boleh dinikmati dengan pelbagai cara bahkan cukup menyelerakan andai dijadikan lauk ketika menikmati nasi panas.
Umum mengetahui bahan-bahan untuk menyediakan sambal ini cukup ringkas, hanya empat bahan diperlukan iaitu ikan bilis, bawang, belimbing buluh dan cili.
Jadi buat yang pertama kali ingin membuat menu istimewa ini, ikuti perkongsian daripada Habib Izzah ini. Semoga menu ini dapat membangkit selera anda sekeluarga. Selamat mencuba.
Sambal Itam Mummy Izzah
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang merah
Cili ikut kepadasan masing-masing
Belimbing
Minyak masak
Cara penyediaan:
1.Blend bawang dan ikan bilis dulu, kemudian tumiskan, bila dah nampak agak kering baru blend cili dan belimbingTumis bawang dan ikan bilis
2.Tumis bawang dan ikan bilis
Ads
3. Bawang dan ikan bilis dah agak kering, masukkan cili dan belimbing yang telah dikisar tadi.
4.Kacau-kacau lagi
5.Sudah agak nak jadi, persakan dengan garam
Ads
Tara!! Dah kering.. Siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas
Akibat kecuaian orang lain, lelaki ini menjadi mangsa dan meninggal dunia dalam satu kemalangan. Menurut saksi kejadian, kemalangan tersebut telah mengorbankan seorang penunggang motorsikal manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.
Ia berpunca daripada sebuah kereta yang memasuki simpang tanpa melihat ke arah belakang. Mangsa tersebut terpaksa mengelak kereta yang masuk ke simpang itu secara tiba-tiba dan bergesel dengan seorang lagi penunggang motorsikal yang lain.
Akibat situasi itu, mangsa gagal mengawal kenderaanya lalu terjatuh ke seberang jalan. Kereta yang datang dari arah bertentangan dikatakan telah melanggarnya secara tidak sengaja.
Kemalangan tersebut patut dijadikan pengajaran supaya kita lebih berhati-hati dan memandu dengan cermat ketika menggunakan jalan raya. Akibat kecuaian, orang lain yang menjadi mangsa. Isteri kehilangan suami, dan ibu bapa kehilangan anak buat selama-lamanya.
Kisah kemalangan ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dan juga saksi di tempat kejadian yang bernama Ajak Muezza.
alfatihah
eksiden pagi tadi, kereta masuk simpang tak tengok belakang, datang moto dari tepi bergesel jatuh ke seberang jalan.. da jatuh, datang pula kereta arah depan gilis arwah.. ngeri. orang lain punya silap, orang lain jadi mangsa. allahu.. kebetulan situ ade jiran setempat mengenali arwah terus bagitaw family beliau.
aku pun lepak dengan mat despatch lain, dengan polis, dok dok borak.. phone arwah berdering, tertera “my sayang” call.. semua terkedu nak jawab. sebab tak tahu nak cakap apa pada isteri, semua blur. kau jawab la, kau jawab la. sudah nya panggilan tu off. 15minit terus keluarga si arwah sampai.
tengok situasi situ da mula buat semua sedih. aku pun cabut, benda emosi gini takley buat main woo..
moga di pagi jumaat ni arwah ditempatkan dengan golongan yang beriman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau kita hendak senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sebiji kek, tentu bermacam-macam ramuannya.
Tidak kurang juga ada sebahagian ramuannya, kedengaran janggal disebut dan sekali gus mematahkan semangat ada antara kita untuk menyediakan hidangan kek dek kerana terasa leceh untuk mengadakan bahan-bahan tersebut.
Tapi tidak jika menyediakan resipi nan satu ini. Apam Milo hanya menggunakan 4 bahan sahaja, dan cukup mudah untuk disediakan.
APAM MILO 4 BAHAN JERR.
Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yang penting suami dan adik-adik kata sedap..
First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..”Bait lagu allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma ini sememangnya menggambarkan pahit manis hubungan suami isteri.
Ada masa manis, dan ada ketikanya pahit bak hempedu. Sudah menjadi adat dalam rumah tangga. Suami isteri dari dulu dan sekarang mengakui perkara ini. Tapi kenapa kala berdepan dengan masa pahit, ramai pasangan hari ini tidak setabah dan secekal pasangan dulu untuk menanganinya.
Hingga ramai yang mengambil jalan berpisah. Sedangkan ibu bapa kita berdepan dengan situasi yang lebih perit dan mencabar namun tetap kekal bersama hingga ke hujung usia.
Dalam hal ini kita mungkin perlu banyak belajar dari mereka tentang cara melayari rumah tangga agar tak mudah melatah bila berdepan masalah.
1. Lepas kahwin tak pergi bulan madu
Bila selesai majlis kahwin, tolak tepi hal berbulan madu tetapi kenalkan pasangan pada sanak suadara. Rapatkan hubungan silaturrahim.
Antara cara merapatkan hubungan pasangan pengantin baharu dengan keluarga adalah melalui amalan bergotong royong atau rewang ketika mengadakan kenduri perkahwinan. Pengantin wajib membasuh periuk belanga yang digunakan semasa majlis perkahwinannya!
2. Suami tolong buat kerja rumah
Cuba perhatikan bapa anda sendiri. Sangat santun orangnya. Rajin membantu isteri. Selepas isteri melahirkan, semua suami yang buat.
Jika melihat si isteri penat menguruskan rumahtangga, suami jangan berat tulang untuk membantu. Tolong jagakan anak juga sudah cukup membuatkan si isteri tersenyum
3. Isteri tahu tanggungjawab sendiri
Banyak kes penceraian disebabkan oleh isteri malas. Cuba lihat mak kita sendiri. Rajin dan tahu tanggungjawab sendiri. Suami balik kerja, anak-anak dah terurus.
Oleh itu, walaupun sibuk di pejabat, tanggungjawab sebagai isteri jangan diabaikan. Tidak salah jika ada pembantu, tetapi soal membancuh minuman untuk suami serta makan pakainya seharusnya tetap menjadi tanggungjawab isteri.
4. Tiada campur tangan ibu bapa
Ibu bapa tak perlu campur urusan rumah tangga anak, ini boleh jadi kes penceraian. Biarkan anak-anak menangani masalah rumahtangga mereka sebaik mungkin. Ibu bapa hanya boleh memberi nasihat apabila diminta.
5. Keburukan dalam rumah tangga jangan cerita pada orang
Biar kita susah tanggung sendiri, keburukan pasangan jangan diceritakan pada orang. Ini antara perkara penting jika nak jodoh panjang.Jangan sampai mendedahkan keburukan rumahtangga di laman muka buku!
6. Sedar diri
Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak boleh guna kuasa veto nak kawal isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri dicipta dari tulang rusuk suami. Marah macam mana pun, tempat isteri tetap di sisi suami.Isteri sewajarnya mendengar kata suami dan bertoleransi dalam hal rumahtangga.
7. Jangan Lebih 3 Hari
Kalau merajuk sekalipun dan tak bertegur sapa dengan pasangan, paling lama cuma 3 hari. Lebih dari itu, hubungan berada dalam tahap bahaya. Senyuman boleh dijadikan pembuka bicara untuk berbaik-baik semula.
8. Buang Ego
Ego merupakan racun dalam rumahtangga. Setiap konflik rumah tangga adalah untuk menguji kesabaran dan kesetian suami mahupun isteri. Suami mahupun isteri harus merendahkan ego dalam sesetengah perkara untuk kebaikan bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai tahu Cik B adalah taukey Salmon Skin Salted Eggs dan perniagaannya semakin maju. Terbaru mengejutkan peminatnya, apabila Cik B mendedahkan perbelanjaan RM300,000 sebulan dan outfit bernilai mencecah RM100,000.