Sesi persekolahan 2022 sudah bermula. Esok ada ibu bapa mengambil kesempatan bercuti bagi menguruskan anak ke sekolah. Bagi yang baru memasuki darjah satu sudah tentu merisaukan ibu ayah.
Bimbang anak buat perangai ketika ke sekolah. Menarik dengan perkongsian Ustazah ini dengan menyediakan 4 panduan buat ibu bapa agar tidak bimbang berpisah dengan anak.
Ikuti 4 cara ini supaya anak seronok ke sekolah, ibu ayah pun tak risau!
1. Bisikan kata-kata semangat. Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makanan untuk rohani dan emosi. “Awak anak hebat dan kuat” “Awak anak pandai dan cerdik” “Awak anak soleh, awak boleh” Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka. Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.
2. Pesanan azimat. Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan. Jangan gunakan barang kawan tanpa keizinan. Jaga barang yang diamanahkan oleh ibu ayah sebaiknya. Kurangkan keluar masuk tandas kerana ia mengganggu proses pembelajaran di sekolah. Pesanan ini mendisiplinkan anak. Sekurangnya mereka tahu garis sempadan yang perlu diikuti. Mereka tidak berdisiplin bukan kerana nakal, tetapi mereka tidak diajar untuk mematuhinya.
3. Doa mujarab. Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini. اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين. ” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin” Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh” اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل “Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil” Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an) Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.
4. Penyerahan muktamad. Serahkanlah sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru yang mendidik. Usah timbul perasaan ragu dan rasa tidak percaya. Bina ukhuwwah dengan guru, saling bekerjasama dan ucaplah ” Saya serahkan anak ini untuk cikgu didik, betulkan mana yang silap, pandulah mana yang tersasar”
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
Ads
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
Ads
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lihat gambar pun sudah terliur, apatah lagi jika dapat menikmati Puding Buah Peach bersama keluarga pasti membuatkan anda tambah berselera.
Rasa masam manis buah peach nyata cukup memikat selera terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Penyejuk tekak puding buah peach?… ada yang tergoda kee???…
Puding buah peach..
Bahan-bahan
1 paket agar2 tali (37.5 gm)
6 cwn air ( termasuk air buah peach)
1 tin susu cair
1 cawan gula ( ikut suka)
1 tin buah peach
1/4 cawan sunquick ( perisa campuran mangga)
1 sdb tpg jagung ( bancuh dgn sdikit air)
1 pnutup esen vanila
sdikit garam
sdikit pewarna kuning
buah ceri utk hiasan (suka hati)
Cara membuat:
Basuh agar-agar, masak bersama air hingga hancur. Kemudian masukkan gula.
Kemudian masukkn air buah peach, sunquick lalu kacau sebati.
Masukkan pewarna kuning, susu cair, garam dan esen vanila lalu kacau.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Kacau guna api sederhana.
Dah nampak cantik padam kan api.
Susun buah peach dalam loyang… tuang adunan agar-agar tadi ikut kreativiti masing-masing.
Setiap kesukaran hidup, mengajar kita menjadi seorang yang matang dan berdikari untuk menhadapi cabaran yang mendatang. Sebagaimana keperitan hidup anak ini, yang kehilangan ayah tercinta kala usianya masih kanak-kanak, ibu pula pemegang kad, orang kelainan upaya sehinggakan pernah dikenali sebagai anak nakal pada usia 10 tahun sudah berani tak pulang ke rumah serta tidak hadir sekolah berbulan-bulan lamanya.
Setelah pemergian ayah, anak ini dan ibunya tinggal bersama datuk di kampung dengan menjalani kehidupan serba kekurangan. Namun, ia bukan alasan untuk anak muda ini patah semangat. Kini beliau mengorak langkah berjaya dalam bidang sukan. Sebagaimana perkongsian Puan Natipah Abu yang merupakan sukarelawan yang turut membantu menyediakan keperluan keluarga asnaf ini. Kisah ini sungguh inspirasi untuk menjadi kita ibu bapa yang cakna dalam mendidik anak.
Seperti yang selalu Kak Pah sebut di sini anak-anak kami datang dari berbagai latar-belakang. Pernah kandas sekolah sebelum diambil bersama kami itu bukanlah perkara asing lagi. Justeru itu, kami tidak mengharap banyak dari mereka. Dapat ke sekolah tanpa melanggar disiplin pun sudah cukup membanggakan kami. Ada pihak rumah anak yatim yang apabila kes dirujuk kepada mereka , akan bertanya pegawai JKM “ budak ni berapa A ? “ . Sedangkan kami pula , menerima seadanya selagi dia bergelar anak yatim atau asnaf.
Dulu anak nakal
Hafiz,
Arwah ayahnya pernah terlantar akibat angin ahmar sebelum pergi. Dia sudah menjadi anak nakal yang selalu ponteng sekolah bahkan kadang-kadang tak balik ke rumah sejak usia 10 tahun.
Apabila ayah meninggal .. dia pernah berhenti sekolah selama berbulan-bulan. Dia dan ibunya yang juga pemegang kad OKU itu, tinggal dengan arwah datuk dan nenek.
Kami menerima amanah menjaganya ketika dia berumur 11 tahun, tak lama selepas arwah ayah menghembuskan nafas terakhir.
“ Tok wan ni kalau nampak kereta masuk ke lorong rumah Tok Wan ni … kereta duk hujung sana lagi , tok wan di sini, ketaq nak pengsan dah. Takut cikgu mai cari Tok wan
nak habaq apa pulak tentang Hafiz ni … “
Begitulah fobianya arwah datuknya yang Kak Pah kunjungi beberapa ketika sebelum meninggal dunia tahun lepas akibat kanser .
Setelah empat tahun berlalu
Hafiz telah berjaya membuktikan bahawa setiap insan punya kelebihan. Andai diberi peluang dan tunjuk ajar dengan kasih-sayang .. masih punya masa depan yang gemilang.
Hafiz mampu menjadi seperti hari ini juga berkat sokongan teguh dari Mama Zaharah Mohamed Khir dan Abang Shah Akish Akasha , juga guru-guru dan mereka yang ada disekelilingnya.
Bakat sukannya mula menyerlah apabila dia melangkah ke sekolah menengah. Kini …. telah terpilih mewakili daerah setelah menang pingat emas dalam lari 200 meter dan 400 meter serta gangsa bagi 4X4.
Hafiz akan membawa nama SEK MEN KEB SG LAYAR dan DAERAH KUALA MUDA YAN dalam pertandingan peringkat negeri di Stadium Darulaman pada 11 Mac nanti.
Biarpun dalam kesibukan membuat persediaan ke Johor .. kami tidak lupa untuk menghargai kejayaannya. Semalam .. kami mencari kasut sukan yang dihajatkannya di beberapa buah kedai di Sg Petani malangnya tiada dan hari ini .. kami akan mencari lagi.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa bahawa setiap anak itu, ada potensi diri yang harus digilap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kasih ibu kepada anak tiada penghujungnya. Melihat anak membesar didepan mata, namun hanya seketika, pastinya merentap jiwa.
Begitulah suratan takdir yang ditempuhi seorang ibu ini apabila anak tersayang meninggal dunia akibat kanser pada penghujung bulan April.
Catatannya mengenai anak tersayang di laman facebooknya adalah luahan rindu seorang ibu kepada seorang anak yang telah pergi selamanya.
Hari jumaat kedua tanpa dirimu sayang..
hari ni baru ibu kuat untuk luahkan apa yang yang terpendam dalam hati ibu..
30092011 ~ 26042019
Alfatihah buat anak syurga ibu IMAN ZARA BINTI ZAMZURIN..
Selama 8 tahun Allah swt bagi pinjam kakak untuk ibu.. dah tiba masa kakak kembali ke pangkuan ilahi.. kakak penghuni kedua rahim ibu selepas ibu keguguran.. tapi kakak yang pertama bagi ibu merasa nikmat sbg ibu.. kakak yang pertama bagi ibu pengalaman berjaga malam,tukar lampin dan menyusu.. sungguh indah pengalaman itu kakak.. hari ke hari kakak membesar di depan mata ibu.. membesar sebagai anak yang bijak.. anak yang sangat sopan.. alhamdulillah.. rezki ibu dpt anak seperti kakak..
Disahkan kanser tahun 2016
Pada tahun 2016 kakak diuji sakit.. Allah saja yang tahu peritnya ibu nak terima hakikat ini.. anak sekecil ini diduga sakit yang orang semua takut iaitu KANSER.. ibu mana yang sanggup nk terima?namun kakak lalui dgn tenang.. semangat kakak sangat kuat.. ibu dapat lihat kekuatan tu lahir dari diri kakak.. semangat itu yang buat ibu menjadi kuat dan tabah untuk harungi dugaan ini..
Kanser sudah tiada 2018 tapi sel kanser datang balik
Awal bulan Disember 2018 doktor sahkan sel2 kanser itu sudah tiada.. ya Allah.. ibu trus sujud syukur.. ibu sangat gembira sgt.. anak ibu dah kembali sihat.. dah boleh kembali kesekolah.. kakak pn tak sabar nk sekolah balik.. tp bila dah sekolah kakak sering kali penat.. ibu anggap kakak mungkin tak biasa lg dgn jadual sekolah.. hampir 3 minggu kakak tak nak sekolah.. kalau pergi pn separuh hari je.. tiba lah satu hari perut kakak sakit.. bila ibu nak urut ibu rase keras kt tgh2 perut tu.. ibu tak sedap hati ibu ajak abah pegi HKL untuk rawatan lanjut.. hasil ct scan keputusan sangat mengejutkan.. sel2 kanser tu datang balik!kali ni dah merebak ke hati,limpa,perut dan tulang.. Ya Allah… beratnya dugaan ini. Lg mengejutkan doktor sahkan kakak tak dapat teruskan rawatan lagi kerana kakak tak kan dapat bertahan lama… ibu menangis semahu-mahunya dpn doktor..semua yang berlaku bagaikan mimpi.. longlai tubuh ibu nak terima hakikat ini.. ibu dan abah buat keputusan untuk bawa pulang kakak ke kampung.. disana kita punya keluarga..kita punya sokongan di saat2 kita tgh sedih.. makin hari kesihatan kakak makin merosot.. bila tgk kakak sakit.. ibu redha kakak pergi.. ibu tak sanggup kakak tp kakak sangat kuat.. kalau sakit pun hanya airmata yang mengalir.. ibu genggam tangan kakak.. ibu ajar kakak berzikir.. agar kesakitan tu dpt reda sikit..makin hari perut kakak makin besar.. doktor pakar buat keputusan untuk tebuk perut kakak untuk buang cecair yang ada dalam perut kakak.
Kakak tinggalkan ibu selamanya.. Al- Fatihah
25.04.2019 kakak masuk hospital tp malangnya prosedur tu tak dapat diteruskan sbb result darah kakak kurang memuaskan.. terpaksa tunda sehingga result darah cantik.. malam tu kakak taknak tido.. kakak asyik meracau je..macam2 kakak cakap.. kakak nak relaks.. kakak nak masuk bilik.. kakak nak balik pukul 4pg kakak cakap ade orang datang.. ibu tengok xde sape pn dtg.. lepas tu kakak cakap sakit.. ibu bagi mkn ubt.. kakak meracau lg.. makin lama kakak makin kurang respon.. heartbeat kakak pon makin berkurang.. ibu ingt kakak nak tido biase lepas makan ubt tahan sakit kakak akan tido.. rupenya kakak tido selama lamanya. patut la kakak mmg xnak tido malam tu.. rupanya kakak nak tinggalkan ibu buat selama lamanya.
Ya Allah… kakak dah tinggalkan ibu,abah dan nia.. tinggallah kami di dunia ini.. berpisah di dunia selama lamanya.. ibu rasa ibu kuat rupanya ibu tak kuat kakak.. rindu nya pada kakak hanya Allah saja yang tahu.. tak puas lagi ibu jaga kakak.. tapi Allah lebih sayangkan kakak.. dari kakak menanggung sakit lebih baik kakak pergi.. ibu percaya di sana lebih indah.. tiada lagi kesakitan yang perlu kakak tanggung.. Alhamdulillah.. semua proses pengebumian kakak ibu dapat buat.. mandikan.. kafankan.. senyum je muka kakak.. cantik sangat.. tak puas ibu tgk.. seolah olah kakak sedang bergembira menuju kepada Allah.. ya Allah jagalah dia untukku.. sesungguhnya aku sangat rindu pada nya..
AL FATIHAH
**coretan ini bukan untuk menagih simpati sesiapa.. coretan ini hanya luahan hati seorang ibu yang kehilangan anaknya**