
Yang mana pertama kali nak buat karipap tu, dan nakkan kulit karipap yang sentiasa rangup walaupun dah lama goreng, boleh cuba resipi ni! Nak masak inti apa? Terserah anda asalkan kulitnya win! Jom tengok cara-caranya..
Bahan-bahannya :-
– 1 kg tepung gandum,
– Planta 200gram,
– Minyak masak separuh cawan,
– Air sejuk 2cawan, + garam 3sudu teh
– Air kapur 1,sudu
Cara-caranya :-
1. Panaskan planta bersama minyak masak sehingga betul-betul panas.
2. Kemudian terus tuang ke dalam tepung gandum. Gaul rata semua bahan.
3. Tuangkan air kapur dalam tepung gandum tadi.
4. Satukan air dan garam, kacau sampai garam larut. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum tadi sampai boleh uli menjadi doh. Jangan tuang semua, sampai boleh canai menjadi bulat sahaja.
5. Siap doh untuk kulit karipap. Leperkan menggunakan kayu, kemudian masuk mesin karipap dan gelek setakat nombor 6 sahaja. (Makin nipis, makin rangup dan sedap)
6. Hati2 ye masa nak angkat goreng karipap ni sensitif lembut sgt2.. tangan mesti betul2 kering . goreng separuh masak..jangan terus simpan mentah mcmni ye..xcantik nanti
Sumber : Azzura Ismail
Cara Buat Rempah Giling Homemade Versi Orang Dulu-Dulu Untuk Gulai Ikan. Enak & Memikat Selera!

Gulai atau kari memang menjadi kesukaan orang utara. Walaupun nampak simple tapi ada juga yang tak pandai nak buat kari. Lebih-lebih lagi resipi orang dulu-dulu. Penggunaan rempah giling misalnya, menambahkan aroma dan rasa lebih sedap dibandingkan dengan serbuk kari sedia ada.
Dengan rasanya rempahnya yang harum ditambah dengan rencah yang enak membuatkan rasa kari atau gulai sangat sedap. Di makan bersama nasi putih panas-panas layan, apa lagi kalau di cicah bersama roti pun sudah sedap. Jom admin kongsikan resipi menggunakan rempah giling versi orang dulu-dulu.
Resipi ini di muat naik oleh Saiful Nasuha. Selamat mencuba!
Penah dak makan gulai ikan rempah giling homemade versi tok2 dulu2? Rasa dia mmg lain maciam
Rini sis masak gulai ikan jenahak + temenung rempah homemade..Tapi sis pakai blender jer
Ikut resepi step by step di bawah. TQ Kak Tini Tini halalkan resepi ni.
Bahan2:
15 tangkai cabai kering *
3sdb biji rempah/ ketumbar*
1/2 sdb jintan manis*
1/2 sdb jintan putih*
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Bawang merah 3 – 4 biji
Bawang putih 3 ulas
# bersihkan dan rebus bahan bertanda *
Cara membuat:
1. Tapiskan kesemua bahan dan blend.
2. Taraa!! Done blend sebati.. air jangan banyak sangat.
3.Tumiskan macam biasa bawang merah bawang putih daun kari halba campoq
4. Masukkan rempah tadi ikut nak banyak mana.. kalau lebih boleh dalam tempat ais.. nanti nak masak boleh guna lagi.. Campurkan air sikit dan masak sampai pecah minyak.
5. Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa.. masak sekejap.. masukkan santan, garam, aji..Rebus sekejap.. dan masukkan bendi.. tomato.. ikan.. masak dengan api perlahan ya.
6. Siap !
.
Kantin Sekolah Anak Dah Macam Cafe. Harga Makanan Pun Murah! Kalau Macam Ni Mak Ayah Pun Nak Makan Sekali.

Sebut sahaja kantin sekolah tentu kita sudah dapat membayangkan menu yang dijual tidak banyak pilihan dan kadang kala rasa makanan ada yang tidak menepati citarasa kita sebagai pembeli. Senang cakap, cukuplah sekadar makan untuk tidak berasa lapar.
Apa yang pasti, tidaklah boleh dibandingkan dengan kafe-kafe mewah atau restoran-restoran makanan yang lainnya. Maklumlah, harga makanan yang ditawarkan di kantin- sekolah biasanya murah, hanya beberapa ringgit sahaja sepinggan.
Namun perkongsian daripada Cikgu Mohamad Ismail Amir tentang kantin di sekolahnya ini cukup mengujakan! Bukan sahaja harga makanan tersedia memang murah, malah dekorasi kantin juga setanding kafe yang cantik dan selesa.
Menurutnya, Kantin Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya Pulau Pinang 2019 bagaikan “Restoren Mewah”di dalam sekolah……Tahniah owner “Sireh Cafe” Mohd Fahmi Ahmad atas inovasi dan kreativiti yg dihasilkan .
Apa yang jelas, pengusaha kantin ini dilihat begitu bijak menghias ruangan kantin untuk memastikan guru dan murid sekolah berasa selesa sepanjang menjamu selera di sini. Malah jika dilihat pula pada beberapa menu yang dijual, cukup menyelerakan dan berkhasiat. Contohnya seperti semangkuk bijirin ini hanya dijual RM1.
Begitu juga lebih mengujakan bila mengetahui harga bagi sepinggan set nasi ini pula hanya RM2, memang mengenyangkan.
Selain itu, apa yang dapat dilihat setiap hidangan ada menu sayuran disertakan, ini bermakna anak murid di sekolah ini akan makan hidangan yang sihat dan seimbang. Memang terbaik, pujian harus diberi!
Menariknya juga makanan dihidang bukan dalam pinggan biasa, tetapi di dalam tray makanan yang tentunya memberi pengalaman baru buat anak murid di sekolah ini.

sumber : Mohamad Ismail Amir
Buat Lasagna Dengan Roti Gardenia Je, Memang Menjadi! Sedap & Mudah Cara Nak Buatnya

Kalau pergi kedai, pantang nampak roti mesti nak beli. Dah makan sekeping dua terus rasa jemu tak makan dah.
Dari terbiar atas meja, jom kita tukar selera jadikan lasagna versi roti resipi oleh Masriza Basri ni. Mudah sahaja penyediaannya! Nak lagi sedap, letak cheese banyak-banyak lagi the bomb! Jom cuba
LASAGNA ROTI GARDENIA BASIC
Disebabkan roti dah nak expired, jadi kita try test buat lasagna roti la yerrrr… 😋 Ini jer bahan2 yang ada malam tadi…. maka jadila LASAGNA ROTI GARDENIA SIMPLE cara saya. Kalau nak cuba boleh try resepi kat bawah nie.
Resepi lasagna roti paling simple cara saya (versi takde sayur-sayuran) 😊
Bahan-bahannya :-
🍞 6 keping roti nk expired
🥚 2 biji telur
🥛 150ml susu segar
🧈 4 keping keju
🧂 3 sudu besar sos lada hitam
🥫 3 sudu besar sos tomato
🥩 200g daging cincang
🧄 2 ulas bawang putih – dicincang
🧅 1 biji bawang besar – dicincang
🧂 1 cubit garam dan gula
🧀 parutan keju
Cara-cara buat inti :
1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan butter/marjerin sampai naik bau
2. Masukkan daging cincang. Tumis smpi masak/kering air
3. Tambah sos tomata dan sos lada hitam
4. Perasakan garam dan gula kalau perlu
Cara melapis :
1. Sapu keseluruhan bekas dengan mentega. Saya guna bekas kecik jer…
2. Pukul susu dan telur sehingga sebati.
3. Celup roti dalam bancuhan tadi dan susun dalam bekas hingga penuh bahagian bawah bekas.
4. Tuang separuh inti tadi atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju atas daging.
6. Ulang dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.
*** Lapisan atas sekali mesti daging dan parutan keju.
*** Boleh letak sosej/pepperoni sebagai hiasan.
8. Jika ada lebihan bancuhan tadi siramkan dalam bekas tu.
9. Bakar guna AF pada suhu 160 darjah celsius 20 minit.
*** Boleh olah resepi ikut kesesuaian AF masing-masing yer. 😀