Sakit tumit bukan hanya dialami oleh wanita berusia sahaja tetapi ada sesetengah golongan muda mengalami masalah ini.
Sakit sebelum waktunya ini pasti buat kita rasa tertekan.
Masalah berat badan merupakan punca terbesar masalah ini. Tak kurang juga disebabkan oleh gangguan tulang dan sebagainya.
Jika anda memilih untuk tidak berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan lanjut ada baiknya anda cuba 4 petua ini.
Menurut pengamal perbidanan, salah satu penyebab sakit tumit adalah disebabkan masalah angin dalam badan.
Nak pulihkannya senang sahaja, cuba amalkan cara ini setiap hari.
Cara 1
Ads
Guna tungku atau batu sahaja. Insyaallah sakit makin reda. Panaskan tungku selama 20 minit dan tekan pada kaki. Lakukan setiap hari pada tumit.
Balut kemas tungku panas tadi.
Ads
Cara 2
Anda boleh juga menggunakan betik muda. Caranya adalah dengan memanaskan betik muda di atas api kecil. Angkat dan kemudian letakkan kaki di ataskan hingga betik sejuk. Lakukan setiap hari.
Cara 3
Ads
Setiap pagi biasakan minum segelas lemon panas. Selain itu boleh juga buatkan air detoks lemon dan minum setiap kali bangun tidur. Amalan ini bagi membuang toksin dan sekaligus meredakan masalah pada kaki.
Cara 4
Setiap kali bangun pagi, amalkan makan bawang putih yang dibakar. Lakukan amalan ini setiap pagi. Bawang putih baik untuk memulihkan masalah angin dan meredakan kesakitan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon Syatilla Melvin, 31, mendedahkan dia langsung tidak berpantang selepas melahirkan anak ketiganya, Salama Samheizy Shaheizy Sam.
Pendedahan tersebut dimuatnaik menerusi sesi Ask Me Question yang dibuka bersama peminatnya di Instagram (IG).
‘Apa yang Tilla suka tentang berpantang?’ Demikian pertanyaan seorang pengikutnya.
Tilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin mengakui ‘suka semua sebab aku (saya) tak pantang langsung.
Rupa-rupanya memang benar isteri kesayangan Shaheizy Sam tidak berpantang,malah ada pengikutnya yang mendedahkan terjumpa bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu di sebuah pusat membeli belah di Melaka.
Tilla dalam pada itu berkongsi kos keseluruhan bersalin secara pembedahan atau ‘caesar’ sama harga dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Yamaha.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.
Sangat berinspirasi kisah ibu kepada tujuh anak ini yang berjaya menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD). Walaupun mengalami masalah penglihatan iaitu mata kanan tidak berfungsi, tidak sesekali melunturkan semangatnya bahkan itu dijadikan perangsang untuk terus berjaya
Norhayati Sambak, 52, berkata meskipun mengambil masa selama enam tahun, beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau yang merupakan pensyarah di UiTM Kelantan berkata anak-anak dan suami adalah pembakar semangatnya untuk menggapai PhD.
“Tipulah, jika tidak pernah ada rasa putus asa, pernah rasa mahu menjual tanah untuk membayar semula duit kerajaan (biasiswa).
“Pernah juga satu tahap, rasa macam sudah tidak nampak (hala tuju) kerana tiada hasil. Bersyukur ada penyelia yang sangat menyokong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.
Norhayati kini terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula menghidap lekangan retina, namun, hal itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih skrol PhD.
“Tahun lepas, selepas selesai PhD saya terpaksa lalui dua kali pembedahan mata kiri. Mata kanan tidak berfungsi sejak 10 tahun lepas, hanya menggunakan mata kiri sahaja.
“Mungkin terlalu mengharapkan mata kiri, ia terlalu stres sehingga jadi seperti ini (tidak nampak),” katanya yang telah menghasilkan dua buah buku berkaitan kewangan.
Kita sering dengar ketika berpantang selama 44 hari, ada beberapa jenis makanan tidak boleh diambil untuk mengelakkan kembung perut dan demi menjaga kesihatan dalaman ibu yang bersalin. Pun begitu, kita juga sering dengar ada satu makanan ini tidak boleh dimakan sehingga setahun lamanya. Jika diambil sebelum tempoh itu, ibu tadi akan merasakan tidak selesa dan sakit badan. Apakah menu itu?
Ya, laksa. Namun apakah sebabnya hingga begitu lama perlu berpantang makan laksa hingga bertahun lamanya? Dan adakah ianya benar atau sekadar amalan orang dulu-dulu. Oleh itu, jom kita dengar pandangan daripada saintis ini yang terpanggil untuk mengetahui kenapa wujudnya pantang laksa ini. Jom semak perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
BETUL KE KENA PANTANG LAKSA SETAHUN LEPAS BERSALIN?
Saya tidak pernah tahu laksa kena pantang setahun sehinggalah saya membuka akaun media sosial. Sebagai seorang ahli akademik, saya ingin tahu, kenapakah wujudnya budaya pantang laksa setahun. Kenapa kebanyakan orang makan laksa ketika dalam pantang tidak ada masalah, tetapi sesekali saya terbaca komen ada yang makan laksa selepas bersalin rasa sakit macam hendak mati.
Mari kita lihat ‘the chemistry of laksa’.
1. Mee laksa.
Mee laksa dihasilkan dari tepung beras putih yang mengandungi kandungan kanji. Di dalam beras putih terdapat sehingga 78% kanji. Terdapat dua jenis kanji iaitu amylose dan amylopectin. Di dalam beras terdapat sekitar 0-30% amylose dan selebihnya adalah amylopectin.
Amylose adalah sejenis kanji (starch) yang tidak mudah dihadam. Amylose merupakan polimer yang terdiri dari 500-2000 unit glukosa yang dihubungi oleh ikatan glikosidik alfa (1–>4) secara linear. Ini menjadikan ia lebih kompak, lurus dan berbentuk helix.
Amylopectin juga merupakan sejenis polimer glukosa yang dihubungkan dengan ikatan glikosida alfa (1–>4). Berbeza dengan amylose, amylopectin mengandungi sekitar 5-15% ranting yang membentukan ikatan glikosida alfa (1–>6) bagi setiap 20-25 unit glukosa selain ikatan glikosidik alfa (1–>4). Ini menjadikan ia bersaiz besar.
Walaupun secara teori amylopectin kelihatan lebih sukar dihadam kerana saiznya yang besar, tetapi oleh kerana terdapat banyak ranting ia menyebabkan lebih banyak ruang untuk tindakbalas enzim berbanding amylose. Makanan yang mengandungi amylopectin yang tinggi mengandungi indeks glisemik lebih tinggi berbanding makanan yang mengandungi kandungan amylose yang lebih tinggi.
Dalam pembuatan mee, bahan yang mengandungi tinggi kandungan amylose memberikan tekstur licin dan berlekit. Pemanasan akan menyebabkan berlaku proses pengelatinan.
Seseorang boleh rasa ketidakhadaman dan kembung disebabkan oleh kanji amylose. Apabila kanji tidak dicerna dengan sempurna apabila sampai di usus kecil, bakteria di dalam usus akan mengambil tugas ini dan menukarkan kanji tidak tercerna ini kepada gas metana dan hidrogen. Jadi, sesetengah orang akan berasa kembung dan ketidakhadaman.
Seperti yang saya jelaskan dalam artikel lepas, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengunyah makanan sehingga hancur, makan perlahan-lahan dan minum air dengan banyak.
Maksudnya jika seseorang yang tidak boleh makan laksa, bukan hanya ketika dalam pantang atau dalam tempoh setahun selepas beranak. Saya ada kawan yang tidak berapa toleran dengan beras putih. Tetapi dia tidak toleran sepanjang masa, bukan masa lepas beranak saja. Orang yang tidak boleh makan laksa akan mengalami ketidakhadaman sepanjang masa, dan akan mengalami ketidakhadaman akan memakan sebarang makanan yang mengandungi amylose. Maksudnya, beras putih pun tak boleh!
Jadi petua pantang laksa selepas pantang TIDAK TERPAKAI kepada semua orang.
2. Ikan
Selalu ikan yang selalu kita gunakan dalam pembuatan kuah laksa kedah atau laksa pulau pinang adalah ikan selayang/sardine atau ikan kembung. Kedua-dua jenis ikan ini mengandungi protein, omega 3 dan 6, kalsium dan nutrisi yang lain.
Alahan kepada makanan boleh disebabkan oleh histamine. Histamine ini boleh berpunca dari:
a) Badan kita sebagai tindak balas kepada makanan tertentu
Pengeluaran histamine berlebihan oleh badan sebagai tindakbalas kepada makanan tertentu. Antara reaksi alahan adalah selesema, hidung tersumbat, gegata, dan lain-lain. Adakah wujud kumpulan makanan tertentu yang mencetuskan penghasilan histamine berlebihan? Ia sebenarnya bersifat individu dan tidak sama antara satu sama lain. Kita hanya akan tahu setelah kita mengambil makanan tersebut. Jadi, jika anda tiada alahan pada makanan tertentu sebelum bersalin, anda juga tidak akan ada alahan selepas bersalin melainkan untuk individu yang telah disahkan doktor menghadapi masalah tertentu.
b) Pencemaran histamine dalam makanan laut.
Histamine atau scrombotoxin adalah sejenis toksin yang banyak dihasilkan oleh ikan dari keluarga Scombridae dan Scomberesocidae sebaik saja mereka mati. Antara ikan dalam keluarga ini adalah kembung (Rastrelliger kanagurta) dan keluarga ikan tuna. Dengan adanya kaedah penyejukan beku yang efisien, masalah ini sangat jarang berlaku. Pencemaran histamine berlaku apabila kandungan histamine melebihi paras selamat. Bagaimana untuk elakkan hal ini berlaku? Beli ikan segar dan pastikan cold chain terjaga!
Jika anda memang ada alahan, ia ada sepanjang masa bukan hanya ketika selepas beranak.
3. Bunga kantan dan daun kesum
Daun kesum (Persicaria odorata) dari keluarga Polygonaceae mesti ada dalam laksa. Mana sedap kalau tidak ada daun kesum. Daun kesum mengandungi sebatian kimia (Z)-3-hexenal, (Z)-3-hexenol, decanal, undecanal, dan dodecanal yang memberikan aroma daun kesum yang kita kenali.
Bunga kantan (Etlingera elatior) dari keluarga Zingiberacea sering digunakan sebagai perasa dalam laksa. Bunga kantan mengandungi sebatian kimia yang memberikan bau wangi seperti myrcene dan 1,1,-dodecanediol.
Kedua-dua bunga kantan dan daun kesum mengandungi phytonutrient yang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria. Kedua-dua bahan ini mengandungi oligosakarida kompleks seperti kebanyakan sayur-sayuran. Tidak semua orang akan menghadapi masalah penghadaman oligosakarida yang sama. Jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda boleh makan selepas beranak. Saya pernah terang kaitan angin dengan makanan mengandungi oligosakarida di sini: https://www.facebook.com/cheputeh.osman/posts/2300894409938018
Sekalipun anda mengalami ketidakhadaman dari pengambilan bunga kantan dan daun kesum sebelum beranak. Anda tidak akan kembung, ketidakhadaman, sejuk mengigil dan lain-lain kalau anda tidak menelan daun kesum dan bunga kantan.
Kesimpulannya, jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda pun boleh makan selepas beranak.
KLIK LINK UNTUK ILUSTRASI PENUH DAN SENARAI RUJUKAN.
PS Saya tidak tahu kenapa saya tulis laksa. Saya sebenarnya bukan peminat sebarang jenis mee. Saya makan nasi putih saja. Tapi kalau orang jamu saya makan saja.