Selalu stress kulit kepala gatal dan rambut gugur? Ha step pertama tak boleh stress. Sebab stress boleh gugurkan rambut.

Yang kedua, kena jaga kulit kepala. Sebab apa? Sebab kesihatan kulit kepala ialah tunjang utama kepada keadaan rambut kita.

Gugur ke, kepala gatal ke, rambut bercabang ke semua bergantung dengan cara kita jaga kulit kepala.

 

Dah Tak Perlu Tukar Syampu, Guna Daun Limau Purut Je Kelemumur Hilang

Banyak je cara untuk jaga kulit kepala bagi kurang rasa gatal tu. Tapi kena lah konsisten. Nak cantik dan nampak hasil kena lah rajin. Tak perlu keluarkan duit yang banyak pon, hanya perlu rajin.

Sama juga dengan pelanggan spa. Kalau mereka mampu tampung kos rawatan penjagaan diri tapi tak rajin untuk pergi ke temu janji bulanan, tak ada jugak hasilnya.

Bukan setakat itu je, cuba jangan tukar jenama syampu. Tahu tak tukar-tukar syampu pon boleh menyebabkan kulit kepala tak sihat.

Tukar-tukar syampu tu ibarat kita dah memeningkan kulit kepala kita dengan bahan-bahan dalam syampu tu. Apa kata kita cuba dahulu petua lama guna daun limau purut ini pula. 

 

IKLAN

Dah Tak Perlu Tukar Syampu, Guna Daun Limau Purut Je Kelemumur Hilang

BAHAN DIPERLUKAN:

-10 helai daun limau purut

-Air secukupnya

 

Dah Tak Perlu Tukar Syampu, Guna Daun Limau Purut Je Kelemumur Hilang

CARA SEDIAKAN:

IKLAN
  1. Mula-mula cuci bersih daun limau purut dan kemudian kisar bersama dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.

2. Boleh tumbuk lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

3. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan sapukan di kepala.

4. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.

5. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Urut lembut je jangan kasar nanti kulit kepala luka. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye.

6. Bilas sehingga bersih.

Selamat Mencuba! Mana tahu boleh jadi model syampu lepas ni. 

IKLAN

MESTI BACA : Daun Kari & Yogurt Boleh Cegah Rambut Tumbuh Uban, Boleh Cuba Petua Ini

Susu Buang Angin, Petua Atasi Perut Sebu, Meragam, Bagus Untuk Pelawasan

Muka Dah Cantik Tapi Badan Berbau, Tips Hilangkan Bau Ketiak

Sumber : Mingguan Wanita

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Dah Tak Perlu Tukar Syampu, Guna Daun Limau Purut Je Kelemumur Hilang

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI