Daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang. Hasilnya rambut masih kekal hitam, lebat dan berkilat. Daun kari kaya dengan kandungan Vitamin B. Kajian dari India ini dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry.

Masalah uban dihadapi tidak kira lelaki mahupun wanita. Paling membimbangkan sekarang  pada usia belum masuk 40 tahun pun sudah ramai yang berdepan masalah uban.

Salah satu cara yang boleh dicuba adalah petua tradisi yang dikongsi oleh Suzy Honey. Petua ini diperoleh oleh kenalannya yang berusia lebih 55 tahun namun rambut masih hitam berkilat tanpa uban.

Menggunakan daun kari dan yogurt untuk merawat rambut, katanya petua ini diturunkan daripada ahli keluarganya sejak dulu lagi.

Elak uban, rawat rambut guna daun kari dan yogurt

Daun Kari & Yogurt Boleh Cegah Rambut Tumbuh Uban, Boleh Cuba Petua Ini

“Wow, berkilat rambut Cik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga? Rambut pun tak makan usia ya?

IKLAN

Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit .

Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.

Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resipi ini.

Bahan-bahan:

IKLAN

Daun Kari & Yogurt Boleh Cegah Rambut Tumbuh Uban, Boleh Cuba Petua Ini

3 tangkai daun kari, ambik daun sahaja
3 sudu besar plain yogurt

Cara membuat:

IKLAN

1. Kisar kedua bahan sampai sebati.

2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.

Daun Kari & Yogurt Boleh Cegah Rambut Tumbuh Uban, Boleh Cuba Petua Ini

3. Biarkan selama 30 minit. Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.

4. Amalkan seminggu sekali.

Sumber: Suzy Honey

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI