Wanita dan mekap tidak dapat dipisahkan. Ada yang memakai mekap disebabkan tuntutan kerja, ada juga bila keluar berjalan-jalan gemar untuk bersolek, malah ada juga yang beranggapan bersolek itu sebagai lambang keyakinan bagi seseorang wanita. Gittew!

Tapi yang paling spoil bila dah bersolek ni, tang nak tanggalkan apa yang ada atas muka kita ni balik la. Lebih-lebih kat mata, kita ingat maskara kita dah 100% hilang lepas kita cuci muka, tup tup laa ada lagi! Alamak?!

Mula la time tu was-was, terutamanya bila nak ambil wuduk. Tertanya la, sah ke tidak wuduk kita tu sebenarnya. Kan? Nak tahu lebih mendalam tentang hal ini, jom tengok perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus ni. Semoga bermanfaat!

Dah Tanggal Maskara, Tapi Masih Ada Lagi. Sah Ke Tidak Wuduk? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus!

WUDUK PAKAI MASKARA

SOALAN :

Setengah wanita hari ini menggunakan maskara untuk kecantikan matanya.

Soalan saya apakah sah mengambil wuduk ketika memakai maskara ini?

JAWAPAN :

Maskara adalah salah satu bahan yang digunakan untuk menambahkan kecantikan mata dengan cara meletakkan suatu bahan ke atas bulu mata.

Biasanya maskara ini dibuat dari serbuk bercampur cecair atau lilin.

IKLAN

Tersebut pada Wikipedia :

Normally in one of three forms—liquid, powder, or cream—the modern mascara product has various formulas; however, most contain the same basic components of pigments, oils, waxes, and preservatives.

Artinya : “Biasanya maskara terdiri dari tiga jenis bahan yaitu cecair atau serbuk atau krim dan produk maskara zaman moden mengandungi pelbagai formula. Bagaimana pun kebanyakkan kandungannya adalah bahan pigmen dan minyak dan lilin dan bahan pengawet.”

Difaham dari sini bahawa apabila seorang wanita memakai maskara bermaksud bulu matanya diselaputi bahan-bahan yang telah disebut tadi.

Membasuh muka adalah salah satu rukun wuduk kerana firman Allah Taala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ

IKLAN

Artinya : “Wahai orang-orang beriman apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah segala muka kamu..” (Al-Maidah : 6)

Maka diwajibkan membasuh akan segala yang ada dalam had muka dengan air sampai rata atas kulit dan segala bulu yang tumbuh di atas muka termasuklah bulu mata.

Maka ketika membasuh tempat tumbuh bulu mata diwajibkan air sampai pada sekelian bulu matanya dari hujung ke pangkal dan sampai air pada kulit di bawah bulu mata itu.

Tersebut pada kitab Kifayatul Akhyar :

فالنادر الكثافة كالحاجبين والأهداب والشاربين والعذارين وهما المحاذيان لللأذنين بَين الصدغ والعارض فَيجب غسل ظَاهر هَذِه الشُّعُور وباطنها مَعَ الْبشرَة تحتهَا وَإِن كثف لِأَنَّهَا من الْوَجْه

Artinya : “Maka ada pun bulu yang jaranglah tebal itu seperti dua bulu kening dan bulu mata dan misai dan dua ‘izar yaitu anak rambut yang tumbuh setentang dengan dua telinga maka wajiblah membasuh zahir sekelian bulu-bulu ini dan batinnya serta dengan kulit dibawahnya sekali pun ia tebal kerana ia adalah termasuk dalam sempadan muka.”

IKLAN

Dan berkata Syeikh Nawawi Al-Bantani :

وإذا كان على الوجه حائل وجبت إزالته ومنه الرمص في العين والوسخ الذي يكون في باب الأنف فلا بد من إزالة ذلك

Artinya : “Dan apabila ada atas muka itu suatu yang menghalang nescaya wajib menghilangkannya. Dan setengah dari yang menghalang itu ialah kotoran pada mata dan suatu yang ada pada tepi lubang hidung. Maka mestilah menghilangkan yang demikian itu.” (Kitab Nihayah Zain)

Jelas disini kalau ada suatu yang menghalang air sampai kepada bulu atau kulit nescaya wajib dihilangkannya terlebih dahulu supaya rata air basuhan wuduk.

Dah Tanggal Maskara, Tapi Masih Ada Lagi. Sah Ke Tidak Wuduk? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus!

KESIMPULAN

Jika bahan dari masakara tersebut menghalang air basuhan wuduk daripada kena pada helaian bulu mata atau kulit dibawahnya maka wuduknya tidak sah.

Jika sampai air basuhan wuduk pada helaian bulu mata dan kulit di bawahnya maka sah wuduknya.

Jika ragu adakah masakara yang dipakainya menghalang air atau tidak nescaya sunat ditanggalkan terlebih dulu ketika hendak mengambil wuduk.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI