
SEMPENA Hari Ibu, pelakon dan personaliti televisyen Izara Aishah memuat naik gambar ibunya di akaun Instagram miliknya, meraih perhatian ramai.
Namun pun begitu, tiada sebarang komen yang dapat dikongsikan atas alasan akaun Instagram miliknya itu ditutup ruangan komen.
“My mama. I don’t know what I would do without you.” kapsyennya di hantaran tersebut.
Menerusi hantaran tersebut, memaparkan Izara bersama ibunya, Shafina Khalid.
Turut disertai dalam gambar tersebut ialah suami tercinta, iaitu Adib Khalid bersama anak-anak mereka.
CANTIK BAGAI INTAN BERLIAN

Hidung mancung dan mata besar bersinar bak anak patung, darah kacukan Pakistan mereka menambahkan lagi kejelitaan buat kedua anak-beranak ini.
Menggayakan gaun simple berwarna krim, keduanya terlihat anggun dan elegan ketika bergambar.
Dihiasi lagi dengan dua puteri comel hasil bahtera perkahwinan mereka iaitu Irisa Alaia dan Amara Amina, bertambah seri hasil gambar yang dikongsikan.
Cukup lengkap 3 generasi yang indah rupawan berkumpul bersama.

Untuk rekod, Izara Aishah merupakan Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 dan mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada tahun 2017.
Adib Khalid juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
MESTI BACA: Izara Aisyah Kongsi Nama & Wajah Anak Kedua, Comelnya!
“Tu Muka Saya Cuak, Cemas…” Elak Spekulasi DS Siti Nurhaliza Beri Penjelasan
Ramai Puji Dato’ Siti Nurhaliza Santuni Anak-Anak Yatim, Tak Perlu Beratur Naik Pentas!
SUMBER: Instagram Izara Aishah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi Isteri Hadiah Bukan Sebab Dia Materialistik. Jangan Negatif Kalau Tak Tahu Maksud ‘Love Language’

Nak memujuk orang sebenarnya benda paling lemah nak buat. Betul tak? Especially nak memujuk wanita, pujuk cara ini tak kena, cara itu tak jalan. Kadang buntu lah dibuatnya!
Selalunya, cara paling mudah nak pujuk orang guna dengan beri hadiah. Tak kisah lah nak bagi hadiah apa, paling simple nak pilih benda yang menjadi favourite si dia la!
Dah bagi, barulah nampak sedikit senyuman disebalik jawah kelat mulut muncung boleh sangkut hanger tu. Hehe.
Bagi hadiah sebagai tanda memujuk, bukan beerti orang yang merajuk tu materialistik tau! Pantang bagi hadiah je, terus ok. Tidak ye!
Ia dikategorikan sebagai Love Language. Nak tahu apa tu? Jom ikuti perkongsian dari Taufiq Razif ni!
Isteri saya bukan materialistik
Baru ni isteri saya merajuk. Daripada raut wajah yang susah nak senyum tu saya tahu dia tengah merajuk dengan saya. Bila tanya sepatah, jawap pun sepatah. Aduh gawat sih!
Yelah, saya ni kadang melampau juga. Sibuk meeting sana sini sampai kadang terlupa yang ‘meeting’ bersama anak dan isteri itu lebih utama.
Jadi dipendekkan cerita saya sedar itu kesilapan saya dan saya nak tebus kesalahan saya. Aduh. Macam mana nak tebus kesalahan saya ni?
Nak taknak saya kena isi balik tangki emosi bidadari saya ni. Jadi saya hadiahkan isteri saya satu set Senduk Pelangi warna warni. Mula mula muka si dia selamba je. Biasa lah jual mahal kan hehe. Cuma eh perlahan lahan senyuman mula terukir.
Tanya sekali, eh jawab sepuluh kali teruih! Sah! Si dia dah berjaya dipujuk! Tadi punya la ketat muka tu tapi dah dapat hadiah terus tersenyum.
Memang ada sesetengah wanita ni memang nak pujuk mereka, kena bagi hadiah. Mereka bukannya materialistik tau. Tahu tak Receiving Gifts ni salah satu daripada 5 Love Language?
Ok gini tuan puan. Love Language ni ada 5 seperti yang ditulis oleh Dr Gary Chapman, seorang spekaer dan penulis buku terkenal dunia.
Love Language ni adalah bagaimana seseorang itu merasa DICINTAI. Ok cuba baca bawah ni untuk lebih faham lagi.
5 Jenis Love Language
Words of Affirmation – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita bagi kata kata cinta, pujuk rayu, puji pujian dan perkataan perkataan yang mendamaikan hatinya
Physical Touch – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita peluk peluk dia, genggam tangan dia semasa berjalan jalan dan lain lain yang melibatkan sentuhan fizikal
Act of Service – Ada wanita yang merasa DICINTAI bila kita tolong dia masak, picit kaki dia, tolong lipat baju, cebok anak dan lain lain yang melibatkan khidmat dan bantuan
Quality Time – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita bagi masa untuk dating berdua, tak terlalu sibuk bekerja sampai abaikan si dia
Receiving Gifts – Ada wanita yang merasa DICINTAI bila kita bagi mereka kejutan hadiah, nafkah lebih dan pemberian penuh ikhlas
Mereka bukan mengada ngada, mereka bukan materialistik tapi ini adalah sunnatullah. Ia ada dalam naluri manusia. Seperti pesan Nabi Muhammad :
تهادُوْا تحابُّوا
Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari (594)
Taufiq Razif
Makin bagi hadiah, makin rezeki bertambah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau Nak Anak Jadi ‘Orang’, Ikuti Cara Cikgu Ini Didik Anak Erti Tanggungjawab. Deep!

Tidak dinafikan semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.
Memang benar tugas mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa tanggungjawab dan hormat-menghormati.
Sebagaimana perkongsian cikgu ini, menjelaskan bagaimana petingnya mendidik anak sikap bertanggungjawab dalam hidup termasuk sikap berterus terang untuk mengelak anasir negatif dalam hidup anak.
Ikuti perkongsian ini.
Wow terkejut saya bila dapat screenshot ini. Seorang anak memohon izin untuk menonton filem. Filem adaptasi kartun jer. Dora and Lost City of Gold. Tapi anak Ini masih menghormati ibunya.

Benda simple, hanya Nak tonton sahaja tetapi dia sangat percaya pada ibunya. Cuba lihat anak-anak kita, adakah hendak tonton satu-satu filem, drama atau kartun perlu pengesahan dari kita? Saya rasa tak kot.
Saya yakin dan percaya Puan Raudzah Arippin telah didik anaknya Widaad dari awal lagi.
Cikgu Ini Kongsikan 5 Cara Didik Anak Sikap Suka Berbincang Sebelum buat Keputusan.
DIDIK ANAK SIKAP TANGGUNGJAWAB
Saya Kongsikan 5 perkara cara awal ajar anak untuk bertanggungjawab seperti Widaad.
1. Ajar minta izin
Anak-anak perlu ditekankan mengenai mohon keizinan. Tak kisah nak minta barang atau nak buat sesuatu. Janji minta izin. Biasakan anak-anak mohon keizinan jika barang itu bukan hak kepunyaan kita.
Sebelum nak ajar anak-anak mohon izin, kita sebagai ibu ayah juga perlu mohon izin jika nak ambil barang anak, masuk bilik anak atau pinjam barang anak.
Bila kita mohon izin pada anak, anak-anak sendiri akan ikut contoh kita sebagai ibu ayah dalam berkomunikasi.
2. Berikan kepercayaan

Kita biasa melarang anak buat sesuatu. Kita takut dan risau jika beri kesan yang buruk kepada anak. Itu sangkaan kita.
Sebenarnya anak-anak kita hendak mencuba sesuatu benda yang baru. Walaupun benda baru itu kita dah lalui. Bagi saya biar mereka lalui dengan seliaan dan kepercayaan kita.
Dari situ jika ada baik buruk, kita terangkan dan rasional kan mengapa boleh, mengapa tak boleh. Anak-anak ini bila dia hadapi kesan buruk ada seperti sakit barulah mereka faham.
3. Raikan minat anak
Anak-anak kita ada minat masing-masing. Ibu ayah berperanan cari dan cungkil minat anak. Selami minat anak dan tunjukkan bersama dalam minat anak.
Sampai satu masa, si anak akan ada persoalan terhadap minat dia. Maka mereka akan tahu ibu ayahnya tempat rujuk. Sebab itu jangan sesekali nafikan minat anak atau paksa anak supaya meminati minat kita. Padah akan menjelma.
4. Jadikan rakan sembang

Tadi saya ada tuliskan, ibu ayah perlu menyelami minat anak. Kesannya anak akan tanya soalan kepada kita. Pelbagai persoalan akan dihujani. Lebih banyak komunikasi maka kita akan lebih rapat dengan anak.
Jangan harapkan anak sahaja bertanya. Sesekali kita perlu turunkan IQ kita. Tanya anak tu, kenapa begini hadi begini. Ini adalah untuk latih anak-anak agar berani menyatakan sesuatu dan yakin diri.
Percayalah bila kita dan anak selalu menyembang. Pertalian kita dan anak lebih dari seorang sahabat.
5. Percepatkan permohonan anak.
Seperti Puan Raudzah ini, beliau menunjukkan minat dan berusaha akan menonton dahulu filem Dora sebelum memberi keizinan anaknya menonton.
Maka bila Puan Raudzah sahut permintaan anaknya dan berikan respon secepat mungkin secara tak langsung anaknya sangat percayainya. Saya yakin selepas ini apa sahaja anaknya ingin tonton, pasti keizinan itu di minta dan di respon oleh ibunya.
Secara tak langsung anak akan percaya si ibu. Bayangkan jika Puan ini lambat-lambat respon atau tak respon langsung. Rasa-rasa dengan siapa si anak akan rujuk? Pasti kawan-kawan atau orang yang kita tak kenali latar belakangnya.
Tahniah kepada Puan Raudzah Arippin kerana berjaya groom anak sehingga jadikan puan sebagai rakan karib paling dipercayai.
Ibu ayah,
Sahutlah hasrat anak-anak. Setiap apa hasrat anak-anak kita sahut dengan berhemah dan berhikmah. Jangan terus larang atau menafikan. Cari baik buruk dan rasionalkan. Anak-anak kita sedang belajar, dan kitalah gurunya.
Semoga bermanfaat,
Hujung minggu ini nak bawa anak tengok wayang cerita apa?
Kredit: Mohd Fadhli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Cilik, Ahmad Ziyyad, 10 Tahun, Hafal 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan

Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar biasa dengan berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam hanya empat bulan 10 hari.
Hafiz Cilik, Ahmad Ziyyad, 10 Tahun, Hafal 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan
Dalam suasana tenang di sebuah kediaman di Bukit Payung, Marang, Terengganu, lantunan ayat-ayat suci al-Quran kedengaran jelas tanpa gangguan televisyen atau gajet.
Ahmad Ziyyad, yang memiliki memori luar biasa serta minat mendalam terhadap al-Quran, menamatkan hafazannya pada 23 Mac lalu melalui program hafazan pantas (fast track) yang ditawarkan oleh Akademi Al-Quran Amalillah, sebuah pusat tahfiz di Terengganu yang menyediakan program intensif khas bagi pelajar berpotensi tinggi.

Ibunya, Nurul Shahida Lukman, 35, berkongsi bahawa anak sulungnya itu telah menunjukkan kecenderungan terhadap al-Quran sejak bayi lagi. Pada usia dua tahun lapan bulan, Ahmad Ziyyad sudah mampu menghafal sebanyak 42 surah, termasuk surah panjang seperti al-Baqarah dan al-A’raf, hanya dengan mendengar bacaan.
Menurut beliau, sejak kecil lagi Ahmad Ziyyad menunjukkan reaksi sensitif terhadap bacaan al-Quran. “Saya selalu mendodoikannya dengan al-Quran. Jika saya berhenti membaca pada ayat tertentu, dia akan menangis dan hanya tenang bila saya mula semula dari awal surah,” katanya kepada Bernama.
Disebabkan minat yang luar biasa itu, Nurul Shahida dan suaminya, Mohd Zahir Mohammad Noor Sabri, 38, mengambil keputusan untuk berpindah dari Kota Bharu ke Marang bagi membolehkan anak mereka menghadiri kelas hafazan di akademi tersebut setiap hari. Sebelum ini, Ahmad Ziyyad bersekolah di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Fateh di Kota Bharu, tetapi masa yang terhad menyukarkan hafazan al-Quran dijalankan secara konsisten.
Keluarga ini kemudiannya menemukan Akademi Al-Quran Amalillah pada tahun 2024. Walaupun akademi itu hanya menerima pelajar berumur antara 10 hingga 15 tahun, Ahmad Ziyyad diterima masuk ketika baru berusia sembilan tahun berkat keupayaannya menghafal beberapa potong ayat dalam masa 10 minit – satu pencapaian luar biasa yang tidak dimiliki kebanyakan pelajar lain.
Nurul Shahida juga menjelaskan bahawa anaknya mempunyai keistimewaan iaitu hyperlexia dan hypernumeric, yang membolehkannya mengenal huruf dan nombor pada usia lebih awal dari biasa – ciri yang sering dikaitkan dengan spektrum autisme. “Dia tahu surah, ayat dan muka surat setiap kali membaca al-Quran. Dia suka mendalami nama-nama Allah dan mampu menjawab jika ditanya. Mungkin kerana semuanya berkait dengan nombor, yang memang menjadi minatnya,” jelas beliau.

Walaupun kadang-kala emosinya tidak stabil dan mudah menangis, Ahmad Ziyyad tetap menunjukkan semangat yang tinggi dalam meneruskan hafazan selepas episod sebegitu. Kini setelah bergelar hafiz, beliau kembali ke SRITI Al-Fateh untuk menyambung persekolahan hingga ke darjah enam sebelum memasuki fasa syahadah – peringkat pengesahan hafazan di hadapan panel.
Apa yang lebih menggembirakan ibunya ialah perubahan positif dalam sikap dan peribadi Ahmad Ziyyad. “Dia kini solat di awal waktu tanpa disuruh, rajin melakukan amalan sunat seperti tahajud, dan semakin matang. Perangai autistiknya juga lebih terkawal dan dia jadi teladan baik buat adik-adiknya,” ujar Nurul Shahida.
Guru hafazannya, Nurfatihar Riduan, turut mengakui kehebatan Ahmad Ziyyad yang mampu menghafal satu muka surat al-Quran dalam masa 15 hingga 30 minit, bergantung pada kesukaran ayat. Beliau menyatakan, “Ada hari dia boleh tasmi’ satu juzuk sehari, dan ulangkaji pula sampai dua hingga empat juzuk. Fokus dan disiplin Ahmad Ziyyad sangat tinggi.”
Guru itu turut memuji komitmen ibu bapa Ahmad Ziyyad yang sanggup berpindah negeri demi menyokong impian anak mereka menjadi hafiz, satu pengorbanan yang akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
Sumber: Bernama
Baca artikel lain juga: Johan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Raih CGPA 3.90
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


