Sungguh terlalu lama rasanya kita tidak mendengar khabar berita bekas Perdana Menteri ke-5 negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah setelah beliau meletak jawatan.
Pun begitu tidak lama dahulu pernah tersebar mengatakan beliau tidak berapa sihat, namun kehadiran Pak Lah di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 telah mencuri perhatian pengunjung.
Apatahlagi kehadiran Pak Lah di MAHA 2022 dengan mengenakan kaca mata hitam, bertopi, memakai kemeja hijau, berseluar warna sedondon dan lengkap berpelitup muka dengan berkerusi roda, mengundang pelbagai rasa.
Menerusi perkongsian yang dibuat laman Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar, beliau yang ditemani oleh isteri, Tun Jeanne binti Abdullah Danker dilihat tetap bersemangat sewaktu dibawa ke Laman Agro-Food Ternakan di MAHA 2022.
Semoga Terus Sihat
Ads
Dalam pada itu, pengunjung yang turut hadir ke pameran berkenaan juga sempat mengambil foto mahupun rakaman video bekas perdana menteri itu dari jarak jauh.
Ini seperti mana perkongsian yang dibuat oleh pengguna Tikok dikenali sebagai @dodoshellout itu telah mendapat perhatian ramai memandangkan masing-masing ingin mengetahui keadaan terkini Pak Lah yang disayangi ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak putus-putus mendoakan agar Tun Abdullah terus diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.
Ads
Mereka juga turut meninggalkan komen-komen positif mengenangkan kembali pemerintahan sewaktu beliau menjadi pemimpin negara pada tahun 2003 hingga 2009.
Kos sara hidup tak mahal, yang mahal kos gaya hidup, jangan malu downgrade berbelanja. Downgrade berbelanja bermaksud mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan memberi fokus kepada keperluan asas.
Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, adalah bijak untuk mempertimbangkan semula perbelanjaan kita. Kos sara hidup sering kali menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kita. Namun, ada satu lagi aspek yang sering diabaikan, iaitu kos gaya hidup.
Kos sara hidup merujuk kepada perbelanjaan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Ini adalah perbelanjaan yang tidak boleh dielakkan dan perlu ditangani terlebih dahulu
Kos gaya hidup, sebaliknya, merujuk kepada perbelanjaan yang berkaitan dengan pilihan dan kehendak peribadi. Ini termasuk aktiviti dan barangan yang bukan keperluan asas tetapi lebih kepada kemewahan atau kehendak untuk meningkatkan kualiti hidup.
Membezakan antara kedua-dua ini adalah penting dalam usaha untuk mengurus kewangan dengan bijak.
Jangan malu untuk downgrade hidup jika sudah sampai masanya. Mula-mula mungkin agak kekok sikit sebab dah terbiasa dengan hidup selesa. Tapi jika kita boleh didik hati kita untuk turunkan EGO yang ada dalam diri kita, insyallah kita boleh melakukannya.
Contoh, aku dulu pakai kereta import jenama Honda harga seratus lima puluh ribu, sekarang aku lebih selesa pergi kerja guna kereta Axia saja. Biarlah apa orang nak kata, duit minyak aku ulang-alik Klia bukan depa yang nak bayarkannya.
Aku beli Crv ni dulu untuk keselesaan keluarga. Lepas 9 tahun pakai Wira secondhand keluaran tahun 2001, tahun 2013 baru la aku upgrade family car jenama H ni. Tapi lepas fikir-fikir balik, instalment sebulan saja sudah RM1500, kat situ saja sudah makan banyak portion gaji aku. Anak-anak pula makin membesar dan perlu guna banyak belanja untuk pendidikan mereka.
Jadi aku decide, lepas je habis bayar hutang Crv ni dulu, aku maintain je la dengan kereta yang dah ada supaya dapat save lagi RM1500 tu. Bukan tak teringin nak kereta baru, cuma belum masanya lagi untuk aku. Aku nak settle downkan semua hutang² aku dulu terutamanya hutang rumah.
Buat masa ni, kereta bukan prioriti bagi aku. Aku cakap kat wife, selagi Crv lama ni tak bagi masalah kat wife aku, maka pakailah dulu.
Bab baju pun sama. Kalau dulu Aku suka beli baju kat butik jenama Polo atau Levi’s harga beratus ringgit sekarang Aku beli baju harga RM30 kat Aeon je. Dengan baju murah camtu, Aku naik flight pergi simulator training kat Paris. Yang penting selesa bila dipakai.
Nanti ada pula yang cakap pakai singlet pun selesa juga, kenapa tak pakai camtu je. Suka hati kamulah… Ini cara aku.
Kos sara hidup tak mahal. Yang mahal ialah kos gaya hidup. Itu yang sebenarnya… Nak bermewah tu tak salah kalau kita mampu. Belanjalah ikut suka kamu. Itukan duit kamu. Yang salah ialah bila kamu berhutang untuk dapat sesuatu yang kamu tak mampu.
Kesilapan paling besar ialah bermewah ketika diri sendiri sebenarnya belum cukup mampu lagi untuk hidup begitu. Duit simpanan pun masih level² “kais pagi makan pagi”, simpanan 6 bulan pendapatan pun belum ada lagi, maka tak cerdiklah kalau pilih hidup ala² orang ‘have-have’ ni.
Jangan lupa masa pkp time covid 2020 dulu, semuanya “back to zero” bila tiba-tiba ramai yang dibuang kerja atau hilang kemampuan untuk pergi bekerja masa itu. Jadi tahanlah dulu gaya hidup “Orang yang have-have” tu.
Orang kampung Aku kata “Delay your grafitication”. Bersabarlah untuk seketika. Tahan gaya hidup itu bukanlah untuk selama-lamanya… Maybe 5 ke 10 tahun saja.
Bak kata pepatah, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Hidup ini memang keras. Takda sapa peduli kalau kita ni orang susah. Lainlah kalau kita senang, semua orang akan datang dan sanjung kita macam lebah. Begitulah…
Tempat tidur biasanya adalah tempat yang paling selesa untuk beristirehat dan oleh sebab itu juga perlu diberi tumpuan untuk pastikan sentiasa kemas dan rapi. Jadikan rutin di awal pagi selepas bangun daripada tidur, perkara pertama dibuat adalah kemas dan tegangkan cadar katil. Ini penting agar tempat tidur nampak rapi dan kemas.
Pun begitu, ada juga yang tidak ambil berat tentang hal ini disebabkan rasa renyah untuk mengemas katil tambah-tambah nak pastikan bahagian bucu cadar terlipat kemas.
Pun begitu tahukah anda jika tahu cara dan tekniknya, tidak sampai beberapa minit pun anda boleh tegangkan cadar katil kemas persis macam hotel 5 bintang gayanya.
Nak tahu caranya boleh lihat video yang dikongsikan oleh pemilik akaun tiktok @riopardico yang berkongsi cara yangs angat mudah dan praktikkal untuk pastikan cadar dibahagian bucu katil terlipat kemas. Video ini mendapat 3.7 Juta tontonan dengan mendapat 370.1 ribu tanda suka setakat ini.
Langkah demi langkah kemaskan bahagian bucu katil
2. Kemudian tarik bahagian lipatan dan dibawa ke sisi tilam. Perkemaskan dengan selitkan sebahagian cadar tersebut ke bawah tilam.
3. Bawa hujung cadar ke arah sisi dan pastikan lipatan pada bahagian bucunya ‘tajam’, kemas dan rata.
Nampak mudah bukan? Jadi tiada alasan lagi dan bolehlah dipraktikkan. Ajar anak-anak teknik ini agar mereka boleh lakukan sendiri ini. Tidak ada lagi alasan untuk mereka bermalas-malas untuk kems katil setiap pagi.
Beli barang banyak-banyak, bila nak pakai dah rosak. Macam ubi kentang, ada sesetengah orang anggap ubi yang sudah naik tunasnya masih boleh di makan. Tetapi sebenarnya, tak boleh dah tau!
So… Kalau tak boleh nak makan, kena buang je la ye?
Oh jangan! Daripada membazir buang macam tu je, apa kata gosok ubi tu pada cermin kereta je. Untung-untung, jimat duit dari polish kereta di kedai, guna kentang sahaja untuk elakkan titisan air melekat pada cermin kereta dan jadikan ia mengalir dengan laju seperti yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok @jasin_fezi. Tak percaya? Cuba sendiri! Jom tengok cara-caranya.
1. Mula-mula potong ubi yang sudah bertunas. Tak perlu kupas kulitnya.
2. Gosokkan ubi yang telah dipotong tadi pada permukaan cermin kereta.
3. Basuh semula tingkap dan lihat hasilnya!
Jimat kan? Tak payah polish kereta dah! Hasilnya, air hujan akan mengalir dengan laju tanpa meninggalkan kesan titisan yang terlalu banyak.
UBI KENTANG BERTUNAS BAHAYA UNTUK DIMAKAN
Kentang kalau dah rupa macam ini, terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid. Kalau tak nak buang, tanam pun boleh. Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang.
Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid, berbanding kentang baru tidak bertunas. Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak apabila dimakan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul. Terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil.
Lebih hati-hati ya, jika rumah kita ada 2 golongan ini.
Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid. Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan.
Malah, boleh juga bawa kepada kematian. Pernah tengok cerita Hindi, dia kupas biji epal banyak-banyak, dan kisar. Kemudian masukkan dalam protein shake orang yang nak diracun.
Sebab dalam biji epal ada kandungan cyanide yang kalau makan sebiji sahaja tak jadi apa. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, boleh sampai akibatkan kematian.
Dulu sayang jugak nak buang, sebab dua biji sahaja kentang yang tinggal dan dah nak masak pagi itu buat sup ayam pulak. Tapi bila teringat kesan sampingan yang anak-anak ada kemungkinan boleh dapat, tak fikir panjang. Kalau anak-anak sakit, lagi teruk nak handle lepas itu. Apalah sangat dua biji kentang dan sup tanpa kentang kan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...