Daun kari adalah herba yang sangat penting digunakan di dalam masakan terutamanya bila mana ingin menyediakan hidangan kari ayam, kari daging dan sebagainya. Seakan jika tanpa adanya bau haruman daun kari ini, masakan kari yang disediakan tidak sempurna dan berasa hambar. Begitulah betapa pentingnya ramuan daun kari ini kepada pencinta hidangan berempah tersebut.
Selain itu, daun kari ini bukan saja memberi haruman dan keenakan masakan semata-mata malah turut diakui punya nilai perubatan yang tinggi. Dikatakan boleh menghentikan cirit-birit, daun kari kaya dengan sumber antioksidan, mengawal penyakit kencing manis, mengurangkan kolesterol dan pelbagai kebaikan lainnya.
Menyedari keistimewaan daun kari, mungkin ada yang terdetik di hati kecil untuk menanam pokok kari di halaman rumah untuk memudahkan dipetik daunnya bila dirasakan perlu. Namun bagi yang tiada halaman kediaman, bagaimana pula caranya bagi memastikan stok daun kari sentiasa ada dan kekal segar.
Ads
Mungkin kah terpaksa setiap hari membeli daun kari? Cara ini tentunya membazir, tambahan pula biasanya dalam sehari dua apabila di simpan di dalam peti sejuk, daun kari tersebut akan layu dan kering. TAPI tahukah anda sebenarnya jika ikut petua ini, daun kari boleh disimpan hingga 3 bulan lamanya dan dijamin kekal segar. Ingin tahu lanjut, jom baca lebih detail step by stepnya.
[su_highlight background=”#f0e3e9″ color=”#da2835″]Step by Step[/su_highlight]
Ads
[su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]Uraikan[/su_highlight] daun dari tangkai.
[su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]Basuh[/su_highlight] bersih dengan air paip mengalir.
[su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]Keringkan[/su_highlight] dijemur matahari, kalau nak cepat masukkan dalam oven di lapik di atas kotak, guna suhu 75C tetapi perlu awas, JANGAN SAMPAI DAUN JADI GARING. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa [su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]titisan minyak[/su_highlight] masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
Ads
5. Masukkan dalam [su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]bekas [/su_highlight]atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun Kari anda ini boleh tahan 2-3 bulan. Selamat mencuba ya!
Sumber : Mamak Haji
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Mini Choc Marshmallow Cake, 10 Minit Siap..”-Idea Kreatif Perkongsian Ibu Ni Raih Perhatian!
Kadang-kadang buntu juga kita mak-mak ni bila ada majlis di sekolah yang memerlukan anak-anak untuk membawa makanan. Apatah lagi jika kita tidak punya banyak masa untuk menyediakan menu yang menjadi kegemaran anak-anak seperti kek coklat, muffin, cupcake dan sebagainya.
Jadi apa kata anda ‘cedok’ idea yang dikongsikan oleh Puan Hayfa Hilal ini, tak sampai 10 minit siap dia menyediakan Mini Choc Marshmallow Cake!
Sekali pandang memang nampak menyelerakan, pasti anak-anak teruja untuk menikmatinya.
Ini perkongsiannya.
Brg kedai rm2 eco shop!
“Alkisahnya, kelas si adik nak buat jamuan Raya. Biasanya ibu bawak sandwich or makanan berat je…kali ni Cikgu dah tetapkan kelas dia kene bawa manisan. Memandangkan kat umah tak da oven, ditambah ibu bz memanjang minggu ni…sempat g kedai rm2.40 eco shop je.”
“Mencari idea….kalau-kalau ada something yang sesuai…Tiber jumpa marshmallow mini cake ni…rasa dia boleh tahan. Dalamnya ada lapisan marshmallow…terjumpa juga marshmallow bentuk macam icing sugar kat kedai tu….ok la tu…10 minit dah siap. Paper cup pun kt eco. Jadi la mini choc marshmallow cake……janji makanan yang dibawa ke sekolah habis dimakan anak-anak..”
Bahan-bahan :
Cake Bite Mini
marshmallow mini
Papar cup
Hiasan
Cara Membuatnya:
1.Susun paper cup dengan kemas.
2. Masukkan Cake bite mini ke dalam paper cup.
3. Letakkan marshmallow mini di atasnya dan cucuk dengan hiasan.
Lain orang, lain seleranya. Lagi-lagi dalam memilih makanan. Betul tak? Ada sesetengah orang suka ikut peredaran masa, makan ikut trend masa kini. Malah ada juga yang memang tekak orang zaman dulu, suka makanan dulu-dulu termasuklah kuih-kuih yang dahulu kala mak-mak kita selalu buat.
Yang mana tak ada plan apa petang-petang hening ni, boleh la santai bersama keluarga minum petang apam nasi ni. Sambil makan, sambil imbas kenangan dulu-dulu. Mesti meriah kan? Jom ikuti resipi dari Suhaila Sulaiman ni!
Suka melekat kat lelangit,di letak eno @ baking powder..itu antara sebab knp dulu sy tak suka mkn apam nasi.Sy suka pada rasa apam nasi yg ori..cuma guna yis saje. Sy olah resepi yg ada..ni lah hasilnya.Jauh lebih sedap dn ramai yg suka..ikut sukatan bahan yg sy bagi(jgn ubah) .. innsyaallah pasti anda pun terikut suka 😁😀
RESIPI APAM NASI
1 cwn nasi – kisar halus 1/2 cwn gula( lebihkn klu nk manis lg) 11/2 cwn air 1/2 cwn tpung beras 11/2 tpung gandum 1/2 sk mauripan( lebihkn klu nk cpt di kukus)
● gaul semua bahan..kukus 8 minit jer(utk cup yg kecil spt gmbr di bwh) ● sy bancuh bahan pukul 12 tghari,sy mula kukus jam 6 ptg..sbb tu sy cuma letak sdikit yis( mauripan) saje.
Cair mcm ni tau..baru nnt hasilnya lembut..sampai esok pagiTenguk tu..anak kura2 dh naik atas periuk..😂😂😀 Sy hempapkn dgn lesung supaya cpt msk..sepanjang 8 minit di kukus sy buka 2 kali utk lap air pd ttup periuk tu.Malas nk keluarkan pengukus yg besar..sy guna yg cute ni jer..😂😁Gebu,gebas,lembut..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.