Umum mengetahui merokok memberi kesan yang memudaratkan bukan sahaja kepada perokok itu sendiri malah tidak berbaloi rasanya bila mana asap yang dihembus itu turut ‘menjerat’ insan-insan tersayang menerima padahnya.

Ini memandangkan asap rokok boleh menjadi faktor utama penyumbang kepada masalah kesihatan seisi keluarga. Bukan sahaja mengganggu pernafasan malah apa yang lebih menakutkan berkemungkinan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti kanser, serangan jantung, strok dan sebagainya.

Hal ini pastinya memberi kerisauan di hati seorang isteri jika suaminya mempunyai masalah ketagihan merokok!

Bahaya Hembusan Asap Rokok

Demi Sayangkan Anak & Isteri, Perokok Boleh Lindungi Mereka Dari Asap Rokok Yang Memudaratkan Dengan Cara Mudah!

Asap rokok yang terhasil daripada pembakaran rokok boleh memberi risiko kesihatan pada perokok mahupun perokok pasif. Apabila rokok dibakar dengan api, tembakau akan menghasilkan pelbagai jenis bahan kimia yang merbahaya.

Bahkan tahukah anda bahawa di dalam asap rokok terdapat lebih daripada 6,000 bahan kimia dan 100 daripadanya telah diklasifikasikan sebagai berbahaya!

Nikotin Dalam Tembakau

Demi Sayangkan Anak & Isteri, Perokok Boleh Lindungi Mereka Dari Asap Rokok Yang Memudaratkan Dengan Cara Mudah!

IKLAN

Salah satu bahan yang terkandung di dalam tembakau adalah nikotin.

Nikotin secara amnya akan meransangkan pengeluaran dopamin dalam otak. Dopamin adalah hormon yang menyebabkan seseorang untuk merasa gembira dan teruja. Oleh itu, setiap kali seseorang menghisap rokok, otak akan mengeluarkan hormon dopamin. Jadi semakin lama seseorang itu menghisap rokok, semakin sukar dia meninggalkannya. Namun sedemikian, Nikotin bukanlah penyebab utama penyakit berkaitan merokok.

Berikan Kehidupan Keluarga Yang Lebih Sihat

Demi Sayangkan Anak & Isteri, Perokok Boleh Lindungi Mereka Dari Asap Rokok Yang Memudaratkan Dengan Cara Mudah!

Isteri dan anak-anak adalah pengarang jantung dan permata hati bagi seorang lelaki bergelar suami dan ayah. Oleh itu pastinya, sang suami ingin lebih bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran kediaman keluarga berada di dalam keadaan yang selamat dan bebas asap rokok meski pun dirinya adalah perokok tegar.

IKLAN

Jadi apa perlu buat?

Mungkin ada perokok yang tertanya-tanya apa langkah yang boleh dipraktikkan untuk pastikan kehidupan keluarga sejahtera. Lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil di rumah. Jadi Ini antara langkah yang boleh dipraktikan untuk memastikan anak-anak dan isteri tidak terdedah dengan asap rokok.

Antaranya diingatkan jangan merokok di dalam rumah, elakkan daripada mendukung anak kecil selepas merokok, pastikan basuh tangan selepas merokok dan yang paling penting jangan merokok jika berdekatan anak-anak dan keluarga.

Namun kaedah ini diakui bukan mudah untuk dipraktikan dengan sekelip mata, apatah lagi jika seorang itu kerap merokok tanpa mengira masa dan tempat. Menunggu bila masa sesuai untuk merokok pastinya akan membuatkan seorang perokok tegar terseksa jiwanya.

Jadi untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung, ada satu cara yang cukup mudah dan praktikal untuk diamalkan. Apa kata anda beralih daripada merokok menggunakan tembakau yang dibakar kepada produk bebas asap rokok (smoke-free alternatives)  seperti heated tobacco (HTPs), e-rokok (vape) dan beberapa produk yang lainnya.

IKLAN

Bezanya antara produk bebas asap dengan rokok tembakau adalah dalam pembakarannya. Produk bebas asap tidak membakar kandungan tembakau tapi memanaskannya. Oleh itu, ia tidak akan mebebaskan asap yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Bukan sahaja anda dapat lindungi keluarga daripada asap rokok yang memudaratkan, malah anda juga dapat merokok dengan tenang dan dapat melindungi ahli keluarga daripada asap rokok yang memudaratkan.

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI