Detox merupakan salah satu jenis perawatan kecantikan untuk kulit dan wajah yang rajin dilakukan oleh dengan cara membuang toksin dalam badan.
Caranya dengan membersihkan usus yang mana segala toksin, lemak dan sebagainya yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar.
Bagi anda yang ingin melakukan proses detox ini, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan oleh AmiEra Farhann Johan.
Beliau mengamalkan minuman detox dengan menggunakan 3 bahan yang cukup mudah yang ada di dapur anda.
Kita hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita.. saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.
Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya bersalin secara pembedahan, susah nak kempis sebelum ni. Angin habis keluar, bila sendawa dan kentut rasa lega sangat.. tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.
Bahan-bahan
-green tea cap boh 1 uncang
-halba 1 sudu besar
-halia suka hati nak letak banyak mana ( lagi banyak lagi bgus)
-air kosong 2 cawan
Note: untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani/kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari tau. 1-2 kali seminggu tu sudah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.
Cara-caranya:
- Rebus semua bahan sampai mendidih. Tunggu agak-agak dah suam-suam kuku bolehlah minum. Nak tambah madu sikit pun ok. Bagus amalkan time perut kosong. Sebelum makan la ye.
- Detox ni lelaki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, boleh keluarkan dan bantu turunkan berat badan. Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya nih. Doakan saya pun mampu konsisten eh!
Yang nak cuba tu saya ucapkan selamat mencuba !
Sumber: Petua Ibu
Isteri Hidap Sakit Buah Pinggang & Suami Lemah Otot, Pasangan Ni Tetap Bahagia & Sweet Jalani Hidup!
Jika hidup suami isteri mahu bahagia, kedua-duanya perlu tahu menghargai dan terima pasangan seadanya. Bahagia itu kita sendiri boleh cari dan tentukan. Begitulah halnya dengan pasangan suami isteri ini, walau kedua-duanya diuji dengan penyakit kronik masing-masing berjuang dengan penyakit yang dialami, namun kekal boleh lalui kehidupan suami isteri dengan sweet dan bahagia.
Kehidupan rumahtangga pasangan ini turut dikongsi di laman Tik Tok yang menggunakan nama @aunimuthalib.
@aunimuthallibReply to @sofeajamboree1 hehe kisah x menarik sangat pun sis tp I’ve make it short ya 😘♬ original sound – Auni Muthal’lib
Begitulah kalau sudah jodoh. Bertahun tidak berhubung namun bila dialah yang ditentukan olehNya untuk kita, bertemu jua. Apa yang penting, pasangan ini menerima seadanya dan itulah kunci bahagia.
@aunimuthallibBukan xnak ikhtiar.. cukuplah bawah pemerhatian Pakar 🥺❤️♬ original sound – Auni Muthal’lib
Banyak posting yang dibuat oleh seorang isteri ini di Tik Tok menceritakan keadaan mereka dan menjelaskan berkenaan penyakit kegagalan buah pinggang yang dihidapi olehnya manakala suaminya pula mengalami Muscular Dystrophy hingga menyebabkan otot menjadi lemah dan tulang belakangnya membengkok.
@aunimuthallibBiasanya sebelum transfer ke wheelchair..mcm ni laa kena angkat husband. Selagi ada kudrat seketul Auni ❤️ ##AuniTheIronLady♬ original sound – ethelindfaustine
Pun begitu pasangan ini kekal sweet, bahagia dan sentiasa saling lengkap melengkapi untuk sama-sama merasakan bahagia hidup di alam rumah tangga. Semangat yang mereka miliki ini cukup luar biasa. Hal ini terlihat jelas menerusi perkongsian mereka yang ingin menyambut anneversery yang ke 7 tahun.
@aunimuthallib##throwback last year, masa anniversary.My husband if dgn. I.. dia mesti cakap gaya annoying gini 😂 dia ckp i marah nampak comel 💆🏻♀️♬ WINTER MORNING – Alex Bayly
Semoga kisah pasangan ini dapat dijadikan inspirasi buat pasangan yang lain dalam membina rumah tangga bahagia. Dan diharapkan juga pasangan ini akan terus direzekikan dengan kesihatan yang baik dan bahagia hingga ke jannah.
Sumber : @auninuthalib
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Setia Itu Mahal. Sebaknya Tengok.” Anak Ni Kongsi Kisah Ayah Hijrah Ke Makkah Untuk Fokus Ibadah & Hilangkan Rasa Sunyi Lepas Isteri Meninggal!
Viral satu video di TikTok mengenai seorang anak menghantar ayah menunaikan umrah di Mekah. Namun apa yang menarik perhatian adalah ayahnya mengambil keputusan untuk terus menetap menghabiskan sisa hidup di sana.
Menurut si anak yang dikenali sebagai Leesa, ayahnya berbuat demikian selepas ibunya meninggal dunia. Ayahnya juga enggan berkahwin lain dan ingin beribadat dengan tenang.
Menurut Leesa lagi, dia dan adik beradiknya bersetuju dengan hasrat si ayah asalkan itu yang boleh membahagiakannya.
Dalam masa yang sama, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan ayah membesarkan mereka selama ini.
Sebak dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet menitipkan doa semoga dipermudahkan urusan dan si ayah ini sentiasa dilindungi.
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Banyak Bertanya Berbanding Baca Tip Di Internet, Nad Zainal Ibu Moden Yang Tak Suka Dedahkan Anak Pada gajet.
Bergelar ibu bapa dalam usia yang muda tidak menampakkan pasangan ini kekok. Sementelah buah hati kesayangan mereka, Fahad Ibrahim atau nama manjanya, Yem cukup mudah dijaga, biarpun lasak dan mudah rapat dengan orang yang baru dikenali.
“Cara didikan anak pada saya tidak masalah. Jika ibu moden lain lebih suka mendedahkan anak-anak dengan gajet, berbeza dengan saya. Kami suami isteri tak suka Yem selalu bermain gajet termasuklah telefon mahupun televisyen. Tiada istilah telefon di tempat makan. Kalau kami nampak dia ralit dengan televisyen, cepat-cepat kami tutup. Sekarang dia dah pandai sebut beberapa perkataan, jadi kami beli flash card dan pagi 10 minit dan sebelum tidur 10 minit kami akan ajar. Walaupun dua perkataan itu dah memadai dan tidak mahu terlalu ‘push’ dia.
“Berbanding membaca tip di internet, saya lebih suka bertanya kepada kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Itu lebih mudah kerana mereka sudah pernah melalui berbanding membaca buku atau melayari internet. Soal bab kesihatan, sepertimana ibu bapa lain saya dan suami memang menitikberatkan soal kebersihan. Terutama suami yang agak tegas bab pemakanan. Makanan segera misalnya tidak elok untuk kesihatan, jadi suami tidak suka mengamalkannya berbanding saya yang tidak kisah sangat. Kalau boleh kena kurangkan pengambilannya.
“Yem sangat rapat dengan kami berdua, lasak dan nombor satu suka berkawan sehingga ada budak-budak yang ‘rimas’ dengannya. Selain itu, dia cepat ikut perangai ‘tak elok’ kami berdua seperti cepat marah, perengus dan apa yang ayahnya buat seperti menari dia akan ikut. Cepat pula dia ikut benda yang tak elok, “seloroh Nad lagi tatkala ditanya mengenai perangai anaknya itu.
Ditanya mengenai keterujaan sebagai ibu untuk memberikan makanan kepada anak hasil air tangan sendiri, akui Nad setakat ini belum berpeluang berbuat demikian.
“Secara jujurnya saya memang tidak memasak. Dulu pernah cuba, tetapi Yem tidak mahu makan sehinggakan saya jadi tawar hati untuk memasak lagi. Tetapi akan datang insyaAllah saya mahu belajar memandangkan Yem nampak keinginan untuk makan terutama Nasi Goreng Cina.
“Dalam soal mendidik, kami memang tegas dan tak suka manjakan anak. Cuma datuk dan nenek memang sangat manjakan yem. Kebetulan dia cucu sulung untuk kedua belah ahli keluarga. Tetapi kami akan terangkan kepada famili kenapa tidak boleh terlalu manjakan anak kami dan mereka boleh terima,” ujar Nad yang tinggal sendiri tetapi akan menghantar anaknya ke rumah mentuanya apabila dia dan suami ada kerja luar.
Tidak suka bawa anak ke lokasi
Tidak suka membawa anak ke lokasi penggambaran, akui Nad mereka suami isteri sudah sepakat untuk menjaga sendiri anak. Jika kedua mereka ada kerja luar barulah urusan penjagaan anak diserahkan kepada nenek dan atuknya.
“Dari segi profesionalisme, saya rasa tidak wajar untuk membawa anak ketika bekerja. Ia bukan memudahkan bahkan boleh mejejaskan kualiti dan masa orang lain. Bayangkan kalau krew lain yang sudah ada anak isteri boleh tinggalkan mereka, kenapa saya mahu mementingkan diri berbuat demikian. Lagipun jika bawa anak ke tempat kerja bukan sahaja membuatkan anda tidak boleh fokus, malah melambatkan kerja.
“Jadi, pada saya tidak wajar, sebaiknya saya akan tinggalkan anak dengan suami jika ada shooting dan apabila suami ada kerja luar, saya pula yang akan mengambil alih tugas menjaga anak. Apabila kami berdua ada kerja luar, barulah Yem akan dihantar kepada datuk dan nenek untuk dijaga,”ulas Nad yang mahu memberi sepenuh kasih sayang dan didikan kepada anaknya Yem sebelum memikirkan untuk menambah ahli baru dalam keluarga mereka.
Pilih bisnes kasut
Mengulas lanjut mengenai kerjaya seni usai bergelar ibu, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Bint Zainal Abidin aktif dalam bidang lakonan, Nad Zainal juga menceburi bidang bisnes iaitu dalam penghasilan kasut. Selain dilantik duta untuk produk untuk Beyond Rich Sdn Bhd, pengeluar produk kecantikan jenama Audela.
“Jika selebriti lain memilih pakaian mahupun kosmetik untuk bisnes, tetapi saya lebih gemar pada kasut kerana jarang orang buat. Saya punya keutamaan tak perlu terlalu tinggi, yang penting keselesaan, cantik, harga yang berpatutan dan buatan Malaysia. Saya juga tidak keluarkan dalam kuantiti yang banyak kerana ia limited tetapi harga berpatutan. Saya akan kongsi idea bersama rakan kongsi untuk idea rekaan dan sasaran untuk pasaran adalah merangkumi pelajar dan wanita berusia 35 tahun.
“Walaupun ada bisnes sendiri, saya perlu uruskan bahagian pemasaran dan promosi di media sosial untuk produk Audela. Manakala untuk jenama kasut FarrabyNadZainal pula, ada rakan kongsi, Ezza dan jika tidak sibuk dengan shooting, masa saya dihabiskan untuk bisnes pula.
“Lagipun, untuk kasut ini dilakukan dari rumah dan saya akan curi-curi masa untuk melakukannya. Nama untuk jenama kasut ini diambil dari nama sebenar saya Fara yang digabungkan dengan nama komersil saya.
“Memang sambutan sangat baik pada kasut keluaran kami walaupun hanya menjual melalui online, tapi kalau boleh saya saya mahu membuka kedai kasut sendiri. Saya mahu pelanggan rasa dan lihat sendiri produk sebelum beli, jadi mereka lebih yakin dengan produk. Jadi saya rasa produk yang bagus kena ada kiosk atau kedai sendiri supaya lebih elok dari segi pemasaran,”ulas Nad Zainal lagi.