“Di Mana Salah & Silapku Sebagai ibu? Mengapa Jalan Mudah Di Ambil? … Serah Sendiri Anak Samun Kedai Dobi Kepada Polis, Ibu Luah Rasa Sedih & Akui Tak Kuat Terima Dugaan!
Dua suspek kes samun kedai dobi layan diri ditahan polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda petang semalam. Suspek bersama isterinya yang berusia 30-an diserahkan sendiri ibu suspek kepada pihak polis dipercayai terlibat dalam kes terbabit.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Alathrash Wahid berkata, kedua-duanya adalah pasangan suami isteri beralamat di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Jelas Mior, ibu suspek yang merayu agar anaknya menyerah diri telah membawa suspek ke IPD Kuala Muda untuk tindakan susulan pihak polis dan berdasarkan siasatan awal dan suspek mengaku terbabit dalam kejadian samun berkenaan.
Ads
Sementara itu, Ibu suspek ada memuat naik catatan menerusi di akaun Facebook miliknya. Wanita berkenaan yang mengaku sebagai ibu kepada salah seorang suspek mendakwa, dia pergi ke balai polis untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
“Salah tetap salah walaupun anak. Mungkin kerana keadaan terpaksa menyebabkan dia bertindak begitu akibat pengaruh kawan-kawan.
“Ibu mana yang mahu anaknya menjadi seperti ini? Tetapi tiada daya upaya saya, segalanya telah terjadi dan cuma yang tinggal kini hanya memanjatkan doa kepada Ilahi agar diberikan ketenangan dan hidayah untuknya,” kata wanita berkenaan ketika membalas pertanyaan salah seorang individu sama ada suspek tersebut merupakan anaknya.
Ads
Wanita itu dalam komen sama turut memohon maaf kepada semua pihak terutamanya kepada mereka yang menjadi mangsa.
Sementara itu dalam status yang dimuat naik, wanita tersebut mengakui merasa tidak kuat untuk menerima dugaan.
Ads
“Di manakah salah dan silapku sebagai seorang ibu? Telah ku curahkan segalanya buat anak-anak tersayang namun apakan daya segala pengorbanan dan penat lelah seorang ibu tidak diambil peduli.
“Mengapakah jalan mudah yang diambil? Andai ada salah silapku dalam mendidik mereka sebelum ini, Kau berikanlah petunjuk buat mereka agar dibukakan pintu hati ke arah kebaikan. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku meminta pertolongan dan berserah.
Sumber; Sinar Harian & Utusan Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagaimana agaknya perasaan dan pengalaman dapat bercuti di atas kapal mewah bersama anak-anak dan keluarga ya?
Bagi yang pernah laluinya, tentu ia menjadi pengalaman yang begitu bermakna apatah lagi bukan selalu dapat merasai pengalaman belayar membelah samudera.
Atas sebab itu juga, seorang ayah ini berkongsi momen berharga mereka anak beranak ketika bercuti baru-baru ini dengan merasai sendiri pengalaman menaikki kapal mewah Genting Dream Cruise selama 4 hari 3 malam.
Difahamkan pelayaran bermula di Pork Klang kemudian menuju ke Pulau Pinang kemudian berlabuh di Singapura dan destinasi terkahir kembali semula ke Port Klang.
Apa yang pasti diharapkan perkongsian ini dapat memberi pendedahan kepada umum, rupanya begitu banyak aktiviti yang boleh dilakukan di atas kapal mewah tersebut. Bukan hanya melihat pemandangan lautan yang membiru, bahkan ada 1001 keseronokkan dan pengalaman baru dapat dirasai apabila bercuti di atas kapal mewah ini.
Jadi buat anda yang teringin untuk membawa ahli keluarga bercuti dan merasai sendiri pengalaman istimewa di atas kapal, bolehlah baca dahulu perkongsian daripada keluarga ini. Semoga bermanfaat.
Percutian 4D3N di atas Genting Dream Cruise
Disebabkan belum fully move on, terasa macam nak throwback, alang-alang tu saya kongsi pengalaman dan review sikit trip atas laut ni dengan kawan-kawan semua;
Port Klang – Pulau Pinang – Singapore – Port Klang
– Ini memang kali pertama saya bercuti dengan Genting Dream Cruise. Secara keseluruhannya memang pengalaman baru yang sangat berbeza. Keseluruhan trip ni boleh kata macam kombinasi peaceful, relaxing, fun dan challenging, in a good way.
– Saya pergi trip ni dengan wife dan anak umur 6 tahun. Secara overall, trip ni sesuai untuk semua peringkat umur.
– Trip kitorang 4 Hari 3 Malam, tapi untuk pilihan ada macam-macam, ada yang 5 hari 4 malam, 3 hari 2 malam dan lain-lain termasuk destinasi/ route yang berbeza-beza.
– Bilik (Cabin) : Saya pilih Balcony State Room, ada satu katil besar dan sofa bed. Yang paling best, bilik ni ada balkoni lengkap dengan dua kerusi santai dan meja kopi.
– Tempahan kami buat direct dari official website: (rwcruises.com) Selepas pilih tarikh dan masukkan jumlah penumpang, jenis bilik yang bersesuaian akan keluar untuk dipilih. So kita boleh pilih bilik yang bersesuaian dengan minat dan budget masing-masing.
– Kelengkapan Cabin : LCD tv, hair dryer, safe box, toiletries, towels, bath robe, shower cubicle, drinkable tap water (hot/cold), mini fridge, mineral water, instant coffee and tea, electronic kettle.
– TV Channel : Macam-macam ada, movies pun yang latest, kalau nak lepak santai-santai dalam cabin sambil layan movie je pun senang cerita, tak bosan.
– Cruise facilities & activities : 24 hour gym (complete equipment, treadmill facing laut), jogging track, open cinema, swimming pool (siap ada kid section), waterpark, jacuzzi (semua buka sampai 10:00pm), water slides, wall climbing, Rope course & zip line, mini golf, ping pong, basketball court, big chess, theater (setiap malam ada show), bridge viewing room, little dreamers club (kid activities), game arcade, bowling, snooker, spa, massage dan macam-macam lagi lah.
**Mungkin saya naik ni bukan masa cuti, tapi still ramai passengers atas cruise. Tapi, the way they manage everything, boleh kata semua smooth, tak overcrowded. Takde berebut-rebut ke apa. Lagi satu, setiap orang ada minat lain-lain kan, disebabkan atas tu pun macam-macam ada, so tak lah semua orang tertumpu dekat satu-satu tempat/ aktiviti.
– WiFi : Dekat atas kapal ada WiFi tapi kena subscribe plan, ada beberapa plan; standard, premium, 1/2/4 device, untuk berapa malam, jadi boleh sesuaikan dengan keperluan masing-masing. Sejujurnya kalau tak subscribe pun takde masalah, penuh kot aktiviti, macam-macam boleh buat. Haha.
– Network coverage : Saya pengguna Celcom – sebelum kapal bertolak dekat port Klang Cruise Terminal memang ada coverage. Lepas kapal bertolak lebih kurang 30minit macam tu still dapat 4G coverage. Masa Penang Stop pun lebih kurang macam ni, masa Singapore Stop, kalau nak turun, untuk panggil GRAB ke apa, saya subscribe 1 day roaming pass RM38. Settle.
– Makan : Yang ni paling best, included in the package setiap hari 5 meals (kecuali hari first masa naik 4 meals dan hari ke 4 sebelum turun, breakfast)
** Makan dekat restoran The Lido (Halal Certified) – Breakfast, lunch, tea time, dinner, supper. Kiranya belum habis proses makanan dari slot sebelumnya, dah sampai slot makanan yang baru. Makanan super banyak, semua jenis ada, melayu ke, Indian ke, Chinese ke, western ke, vegetarian ke, macam-macam lah. Air pun pelbagai, coffee, juices dan yang saya paling suka cold fresh milk. Ada menu yang sama tapi most menu tukar setiap hari, jadi sampai ke hari balik tu takdelah bosan. Tak habis pun nak try semua jenis makanan. Dekat 2kg jugalah gain masa atas cruise ni. Hahah
Saya share juga sikit pasal boarding, Penang & Singapore stop dan juga check out.
Boarding : 11:30am @ PKCT (1st day)
Check-out & Disembark : 11:00am @ PKCT (last day)
Penang Stop (2nd Day) : 8:00am – 4:00pm
– Aktiviti bebas, boleh turun cruise dan pergi jalan-jalan, cari makan dan sebagainya. Boleh jalan kaki untuk pusing-pusing area terdekat, macam kitorang layan Mee Sotong Hameed Pata, 5min berjalan dari Terminal.
– Kalau nak gerak jauh, boleh ambil teksi, grab dsb. Last naik kalau tak silap jam 3:30pm
Tapi kalau taknak turun dan buat aktiviti atas kapal pun takde masalah
Singapore Stop (3rd Day) : 12:00pm – 8:00pm
– Yang ni slow sikit nak keluar kalau compare dengan Penang Stop, dari queue untuk keluar kapal sampai settle dekat immigration Singapore boleh jejak Sejam setengah juga. Jadi kalau nak cepat kena datang dekat tempat berkumpul awal, dan terus start berbaris depan pintu keluar.
– Yang ni pun sama macam Penang, boleh buat aktiviti bebas dan balik semula paling lambat sebelum 7:30pm.
– Kalu korang takut takde connection untuk panggil grab ke apa, seperti saya share di atas, boleh turn on roaming, so boleh dapat 4G dengan Singapore provider.
– Dekat Singapore ni kitorang singgah restoran Zam Zam tapau murtabak dengan nasi briyani lepas tu makan dekat food court Beach Rod layan Sup Tulang Merah
– Tapi sama juga, kalau taknak turun dan buat aktiviti atas kapal pun takde masalah
Secara keseluruhan, total perbelanjaan untuk trip ni lebih kurang RM5,500.00 all in (4D 3N untuk 3 orang), pembayaran dalam currency Singapore Dollar (SGD). Dari segi mahal, bagi saya memang agak mahal TAPI benda ni bukan yang selalu kita pergi (untuk saya la). Sekali-sekala, atau mungkin sekali ni je pergi. So, kalau ada modal lebih, boleh layan trip dengan keluarga.
Sangat-sangat berpuas hati, sebab sentiasa ada aktiviti nak dibuat, even dah penat ke, atau dah takde sangat aktiviti nak dibuat pun, buka pintu balkoni, lepak santai sambil minum kopi layan angin dan ombak, kalau malam pula, sambil layan bintang. Fuhhh dia punya syahdu tuuu. Marvellous!
Untuk yang mabuk laut, saya rasa la, tak terkesan sangat sebab kita macam duduk dalam bangunan, cuma dekat atas laut. Kalau ada vibration pun, akan rasa sikit masa cruise nak berlabuh dan nak bergerak semula dari port.
Lagi satu yang remarkable dan worth to mention adalah semua staff, dari ground staff sampai lah ke semua crew atas cruise, semua sangat-sangat friendly dan sangat-sangat membantu.
Ok ni sedikit sebanyak yang saya teringat dan boleh kongsi untuk trip dengan Genting Dream Cruise ni. Sorry kalau posting ni extra panjang, tapi kalau rasa masih tak cukup dengan posting ni, boleh juga layan Vlog saya sepanjang trip ni di channel Youtube saya : ADX N STUFF
Melihat beliau ke sana ke mari menghulurkan bantuan, ramai hati yang tersentuh, banyak jiwa yang bersyukur. Biarpun terselit cercaan dan kata-kata yang tidak sedap di dengar, namun empunya diri tetap tabah meneruskan usaha membantu orang lain.
Walaupun terpaksa berpisah berhari-hari dan meninggalkan anak serta isteri, Pendakwah bebas bernama Ebit Lew ini cekal dan tabah mengharungi segala ujian. Cukup tersentuh hati melihat betapa rindunya anak-anak yang menyambutnya pulang ke rumah.
Setelah banyak hari perjalanan yang buat hati sayu dan saya belajar tentang kehidupan. Rindunya bidadari saya. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.
Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah.
Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku.
Bidadari saya walau penat peluk saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua.
Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia – ebitlew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berpantang maut sebelum ajal. Seorang doktor wanita melalui detik cemas apabila kereta Axia dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot.
Situasi ini membuatkan penduduk yang tinggal di lokasi berdekatan terkejut dengan situasi yang menimpa mangsa.
Menurut rakan mangsa, Mohd. Azwan Jusoh, 38,, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh tajam.
Kejadian yang berlaku pada jam 4 pagi, mengakibatkan kereta mangsa remuk teruk.
“Saya dihubungi suami mangsa memohon pertolongan saya membantu isterinya yang mengalami kemalangan pada pukul 4.50 pagi.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, hati saya berdebar apabila lokasi kemalangan dikerumuni ramai anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam pada itu, mangsa dikatakan tidak mengalami kecederaan, mengalami trauma hingga ditenangkan kakaknya sebelum dibawa pulang ke rumah.