Anak-anak itu penyambung keturunan, permata hati buat ayah bonda bahkan mereka lah penyeri kehidupan dalam rumah tangga. Pastinya kehadiran anak-anak begitu bermakna dan ia merupakan anugerah terindah dalam hidup ini.
Meskipun rasa bahagia dikurniakan rezeki anak, namun jangan kita pernah lupa untuk mensyukurinya walau dalam apa keadaan sekali pun. Maklumlah dalam membesarkan anak-anak banyak ujiannya.
Ini sebagaimana menurut perkongsian Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim ada tanda-tanda yang menunjukkan kita sebagai ibu bapa benar-benar bersyukur dengan anak atau sebaliknya.
Tanda-tanda kita syukuri seadanya anak kita
1. Tidak pernah mengeluh walaupun penat melayan kerenahnya. Penat rehat, mudah je.
2. Selalu bersangka baik walau buruk mana pun anak buat. Kerana kita tahu anak masih banyak perlu belajar.
3. Setiap kali menegur, menegur dengan niat untuk mendidik bukan menghukum.
4. Selalu perbaiki dan tambah baik cara bercakap, cara berinteraksi dan cara mengawal emosi di depan anak.
Ads
5. Rajin bertanya keadaan anak, “bagaimana hari abg hari ni, okey?” Soalan simple tapi itu la tanda prihatin dan peduli emosi anak.
6. Kerap berbual dengan pasangan perkara-perkara yang di syukuri tentang anak.
7. Setiap hari buat refleksi, apa perkara yang perlu di tambah baik, apa perkara yang perlu dibetulkan dan apa yang boleh di syukuri.
8. Sentiasa mengingatkan sesama pasangan untuk sentiasa memberi yang terbaik bukan mengharapkan anak beri yang terbaik.
9. Ikhlas dalam mencintai dan menyayangi semua anak-anak tanpa mengira kelasakan, kenakalan dan kedegilannya.
Ads
10. Tidak pernah lekang di mulut mendoakan kebaikkan dan kebahagiaan anak-anak.
Semoga anak-anak kita semua membesar menjadi anak yang soleh & solehah.
Wallahu A’lam,
Sumber : Mohd Fhais Salim[su_button url=”https://www.facebook.com/m.fhais” style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Mohd Fhais Salim[/su_button]
Tahukah anda terdapat 3 jenis kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Cara ini juga diaplikasikan dalam kepimpinan rumahtangga termasuklah cara pendidikan terhadap anak-anak.
Berikut pandangan oleh Puan Siti Aishah merupakan pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Institut Perguruan Kampus Darulaman, Jitra.
Kepimpinan atau cara didikan autokratik berfokus kepada ibu bapa yang sangat tegas dan boleh dikatakan ibu bapa yang garang. Ciri kepimpinan autokratik termasuklah ibu bapa menggunakan kuasa untuk menentukan segala aspek dalam hidup anak-anak. Ibu bapa begini akan membuat penyelesaian, keputusan, kedudukan dalam semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak mestilah menjadi pak turut segala apa perancangan ibu bapanya terhadap mereka. Peranan ibu bapa dalam konteks ini lebih kepada perancang dan penentu semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak hanya menurut sepenuhnya tanpa ada bangkangan.
Kepimpinan atau cara pendidikan demokratik pula akan lebih menumpukan kepada lebih banyak perkongsian menang-menang antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa akan lebih banyak memberikan dorongan, sokongan serta galakan untuk anak-anak melakukan perkara-perkara yang telah disepakati bersama. Peranan ibu bapa lebih kepada memberikan sokongan, mampu berbincang secara adil serta galakan untuk anak-anaknya. Sokongan dan dorongan sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengembangkan potensi anak-anak ke arah membina jati diri yang mantap. Kata-kata perangsang ibu bapa adalah azimat untuk anak-anak meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan dan berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup mereka.
Kepimpinan atau cara didikan yang ketiga iaitu laissez-faire pula ialah kaedah kepimpinan tanpa ada sebarang kawalan terhadap anak-anak. Mereka bebas melaksanakan apa jua perancangan dan keinginan mereka dalam hidup dengan sepenuh kebebasan. Ibu bapa tidak ambil tahu dan memberikan sepenuh kebebasan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa yang melaksanakan cara ini sebenarnya tidak berperanan dalam membantu anak-anak. Anak-anak dibiarkan terumbang-ambing dalam meneruskan kehidupan tanpa sebarang bimbingan dan panduan daripada ibu bapa.
Kesan buruk jika terlalu garang
Ibu bapa yang garang banyak menggunakan kaedah pendidikan yang pertama iaitu autokratik di mana anak-anak tidak diberi pilihan untuk melakukan apa yang mereka sukai. Ibu bapa ini terlalu tegas dalam menentukan halatuju anak-anak serta semua aspek kehidupan. Kesan kepada anak-anak ialah anak-anak hidup dalam tekanan perasaan yang amat kuat malah ada yang menghadapi tekanan mental disebabkan terpaksa mengikut apa juga arahan ibu bapa walaupun hati tidak suka.
Tekanan emosi kadang kala menjadikan anak-anak terlalu sgresif dengan orang lain malah ada juga yang menghadapi kemurungan, iaitu suka duduk sendirian, lebih banyak menghabiskan masa dengan bersendirian bermonolog dan mampu menyebabkan kerisauan pada diri mereka.
Tekanan mental juga berlaku dan menjadikan anak-anak tidak mampu fokus di dalam kelas dan belajar dengan tenang. Apa yang ada dalam minda mereka ialah rasa keterpaksaan dalam melakukan semua tugas hidup dan akhirnya anak-anak akan menjadi jemu dengan hidup. Malah ada juga anak-anak yang memberontak contoh bergaduh dengan kawan-kawan di sekolah, menjadi vandalisme dengan melepaskan tekanan dengan merosakkan alatan-alatan di sekolah serta menconteng tandas dan pelbagai premis lain untuk melepaskan tekanan perasaan.
Ada juga anak-anak yang dididik dengan autokratik akan melepaskan perasaan kepada adik-adiknya seperti suka memukul, membuli dan mencederakan mereka kerana ingin membalas dendam terhadap apa yang ibu bapa lakukan terhadap mereka.
Ibu bapa yang autokratik mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memukul anak-anak mereka sekiranya anak-anak tidak mahu mengikut apa jua arahan mereka.
Antara kesan yang lain ialah anak-anak akan mencari sumber sokongan daripada orang lain seperti kawan baik, juga kawan yang lain jenis untuk berkongsi masalah dan perasaan mereka. Dan mereka lebih mempercayai kawan baik itu dari ibu bapa mereka sendiri. Apa yang ditakuti ialah bilamana mereka mendapat kawan-kaan yang tidak baik dan terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, rempit, melepak dan kes2 jenayah juvana. Anak-anak juga akan mudah meletakkan kepercayaan, sokongan kepada selain ibu bapanya dan sampai satu tahap anak-anak sanggup keluar dan lari dari rumah bila terlalu tertekan dengan sikap ibu bapa terutamanya anak-anak remaja.
Anak-anak yang tertekan berkecenderungan untuk mendapat penyakit kemurungan atau “depression”, kebimbangan melampau atau “anxiety disorder” serta berkemungkinan mendapat skizofrenia sekiranya tidak dirawat dengan baik, selain menjadi vandalisme dan terlibat dengan jenayah delinkuen juvenil.
Semoga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak.
Idea kreatif sang suami ini buat rak khas untuk kegunaan isterinya ternyata cukup menarik dan memberikan sesuatu yang wow buat dapur di kediaman mereka. rak pinggan dan rak rempah yang asalnya jenis plastik ditukar menggunakan material besi Dan kayu yang lebih kukuh.
Konsep ala-ala klasik diterjemahkan oleh saudara Izat Akmal sangat disukai oleh isterinya. Patutlah senyum sampai ke telinga sang isteri dengan kejutan tersebut.
hye semua. kisah bertukang. Siap 2 benda yg minta isteri
RAK REMPAH
RAK PINGGAN
senyum sampai telinga dia..tukar semua rak plastik,sy buat baru rak besi+kayu..lebih kukuh. material besi hollow 1×1
hevea board
colour kayu: mahogany
ala² klasik gitu.. kdg² citarasa kita tak sama tp inilah kesukaan sy.. seminggu lebih jgk nk siapkan.
Nak kurus bukan senang. Hajat untuk berdiet memang sentiasa ada namun meneruskan misi untuk kurus tidak semua ibu-ibu mampu lakukannya.
Tapi kalau sudah ada anak tiga dan badan pun maintain macam anak dara, rasanya boleh ucapkan tahniah pada ibu-ibu ni.
Perkongsian petua oleh ibu beranak tiga ini, Norafiza Mahmud pasti buat ibu-ibu di luar sana rasa gembira. Petua kempis perutnya sangatlah mudah dan senang nak buat. Menariknya walau dah ada anak tiga, dia masih tetap maintain cantik. Perut kempis dah tentulah!
Cabaran Kempis 2 Minggu
Jom cuba!
Hello wanita yang buncit. Jom sahut cabaran ini. Confirm lemak tak melimpah pada kerusi kiri dan kanan. Sebenarnya, dalam waktu tidur juga kita boleh kurus. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Bukan susah untuk kurus. Dalam 2 minggu sahaja boleh hilang 5kg – 8kg. Dengan syarat, ikut cik oya!
Bahan-bahan:
1 biji putih telur
1 penumbuk Halia
Cara cara ada di setiap gambar. Teknik ini sangat mudah. Keputusan grenti puas hati.
Mother of 3. Ya!
Cik oya anak dah 3 dan sangat bimbang dengan kenaikan berat badan yang melampau. Dengan Itu, banyak cara yang cik oya Cuba pakai. Ini salah satunya.
Sagat Halia.
Ini cara Pertama. Lumurkan halia pada perut dan peha. Kemudian gunakan bengkung. Amalkan setiap pagi, malam. Sekerap yang boleh.
Ini cara kedua. Masukkan telur putih. Boleh di simpan selama 3 hari ke 5 hari dengan syarat tutup bekas kedap udara.
Kalian boleh lakukan ketika cuti di rumah. Diamkan 30 minit dan tunggu kering. Kemudian pakai bengkung. Lakukan sekerap yang boleh.
Bengkung A
Mulakan dengan bengkung A. Ini sesuai dengan beginner. Tidak terlalu menyekat pernafasan. Lebih selesa. Ini proses mengecilkan tembolok yang telah kembang.
Bengkung B
Untuk shape. Ini perlu di gunakan sekiranya kalian sudah dapat mengurangkan inci perut. Sangat membantu utk kalian kelihatan ramping.
Amalkan bertungku sepanjang kalian bercabaran kempis perut ye.
Setiap pagi dan sebelum tidur. Minum jus kempis perut ini. Blend semuanya dan tapis. Hanya guna ¼ halia dan 1 biji epal.
Malam penuh gemilang di Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 menyaksikan detik bersejarah apabila penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, diiktiraf sebagai Biduanita Negara...