Perkongsian daripada Dr. Murizah Mohd Zain di media sosial yang membawakan kisah inspirasi daripada salah seorang pesakitnya benar-benar mencuri perhatian warganet. Lebih-lebih lagi buat wanita ‘pejuang zuriat’ yang kini telah pun berusia 40an.
Menurut perkongsian Dr Murizah, pesakitnya itu tidak pernah berputus asa dan siapa sangka berkat kesabaran dan asbab kebaikan terhadap adik beradiknya seramai 10 orang itu, akhirnya diusia 43 tahun dikurniakan zuriat. Nyata betapa hebatnya kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya.
Pastikan Adik-adik Habis Belajar Sebelum Berkahwin
Saya ingin berkongsi kegembiraan pesakit saya dan membawakan kisahnya sebagai motivasi kehidupan.
Pesakit saya ini berasal dari bumi di bawah bayu. Anak sulung dari keluarga besar 10 adik beradik.
Kakak sulung yang sentiasa memikirkan kebajikan adik-adiknya. Beliau mengambil keputusan untuk memastikan adik-adiknya mempunyai pendidikan sempurna sebelum beliau sendiri mengambil keputusan berumahtangga.
Beliau juga seorang wanita berpendidikan. Menghabiskan PHD dan sekarang bertugas sebagai pensyarah di universiti tersohor di utara tanah air.
Ujian Mendapatkan Zuriat
Namun, perjalanannya untuk mempunyai zuriat tidak semudah disangka. Menjalani pembedahan membuang fibroid diikuti sekali lagi pembedahan adenomyosis dan endometriosis.
Ads
Pada usia 39 beliau menjalani IVF pertama namun rezeki tidak berpihak padanya. Bangkit dari kekecewaan, beliau melakukan IVF kedua pada usia 42 tahun. Pemindahan embryo pertama berjaya tetapi pada usia kandungan 8 minggu, janin behenti membesar dan jantung terhenti lalu perlu menjalani prosedur D&C.
Saya masih ingat lagi mesej nya kepada klinik. …”sampaikan pada Dr. Murizah agar tidak berputus asa dengan saya…”
5% Yang Berjaya Hamil
Sejujurnya saya antara takut dan harap melalukan pemindahan embryo seterusnya. Takut beliau kecewa kerana peratusan untuk berjaya adalah rendah.
Alhamdulillah, setiap kebaikan Allah balas dengan kebaikan. Boleh jadi kebaikan si kakak ini berkorban untuk adik-adiknya menjadikan beliau antara 5% yang berjaya hamil pada usia 43 tahun.
Ads
Tahniah Puan I dan selamat datang ke dunia, bayi yang diberi nama Imtiyaz….
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang meluahkan rasa syukur dan terinspirasi dengan kisah ini. Malah tidak kurang juga yang berkongsi perjuangan mereka untuk mendapatkan zuriat yang akhirnya berjaya.
“MasyaAllah semoga babynya membesar dgn sihat menjadi anak soleh yg qowiy”
“Saya pun masih tidak berputus asa untuk next fet,semoga ada rezeki saya bulan ogos nanti”
“Allahukakbar.. Syukur alhamdulilah, dengan izinNya Moga anakanda membesar dgn sihat dan jd anak soleh ibu ayah”
Ads
“MasyaAllah, hebatnya kasih sayang Allah. Jika manusia tidak berputus asa berdoa dan berusaha, apatah lagi Allah takkan pernah berputus asa membantu.”
“Alhamdulillah..mengalir air mata saya bila membaca setiap bait2 tulisan doktor .saya pernah mengalaminya..ttc hampir 7thn..sabar itu indah..hampir x percaya saya mampu melahirkan zuriat dari rahim saya sendiri pada usia 35tahun..1thn 2bln ulang alik ke hsb alor setar,Alhamdulillah berjaya hamil walaupun setiap kali pergi menangis sbb berat badan saya x turun2.akhirnya doktor refer ke unit pemakanan..dengan tekad & bantuan dari semua saya berjaya turunkan berat bdn,dan doktor on clomid utk saya selama 6 bln..alhamdulillah , bln pertama saya berjaya hamil..skrg anak bertuah saya dah berusia 8thn..”
Mengilhamkan sebuah landskap kediaman yang hijau dan segar mata memandang, tentu menjadi antara perkara yang ingin direalisasikan oleh ramai antara kita.
Selain dengan perletakkan pokok-pokok bunga di dalam pasu mahupun ditanam terus di atas tanah, tidak kurang juga ada antara kita akan menanam pokok menjalar di bahagian dinding pagar untuk kesan yang lebih ketara.
Untuk yang baru ingin mencuba menanam pokok jenis ini, ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin, yang mana telah pun menanam pokok menjalar di bahagian pagaran rumahnya sejak 3 tahun yang lalu.
Hasilnya, landskap lamannya terlihat cukup indah, cantik dan sekali gus bolehlah menjadi terapi mata yang cukup menyegarkan.
Jom baca perkongsian ini.
Membaja tumbuhan menjalar di pagar rumah. Tumbuhan ni buat rumah nampak segar dan damai.
Tumbuhan ni jenis ficus pumila (fig), boleh dibeli di kedai semaian(nursery).
Harga sekitar RM5-10 satu pokok. Saya tanam jarak 2-3 kaki antara satu sama lain. 3 tahun baru penuh menjalar memenuhi pagar.
Tip penjagaan pokok fig
Tak susah jaga. Siram 2 hari sekali, trim setiap minggu dan saya gunakan hampas kopi untuk baja.
Tak tahulah bagus ke tak bagus. Hampas kopi ni terkumpul dari kopi yang kami minum harian.
Ini anak saya sedang letak baja di akar pokok. Batang pokok ni sebesar ibu jari.
Ekstra tip :
Jika tidak trim(pangkas), sulur dia akan menjulur keluar. Jadi macam dalam gambar ni, tak kemas.
Kena trim dia hanya di permukaan tembok pagar.
Trim guna pruner(pemangkas) yang
macam gunting tu je. Sulur dia tak
keras sangat.
Pandangan penuh tembok pagar yang dilitupi ficus pumila. Pokok ni ada buah. Buah dia sama macam buah fig.
Saya tak pernah lagi makan buah dia
walaupun ada tumbuh. Tak tahu boleh makan ke tak.
Hati siapa yang tidak seronok kalau kunyit yang ditanam dapat menghasilkan isi yang banyak seperti ini, memang puas makan dan bolehlah diberi kepada jiran atau pun dijual untuk dijadikan pendapatan sampingan.
Jadi buat yang ingin tahu cara untuk mendapatkan hasil seperti itu, ikuti perkongsian daripada Encik Azuan Abdullah ini. Menurutnya ada cara baja yang betul dan mudah untuk anda ikuti dan di sini ditunjukkan langkah demi langkahnya. Semoga bermanfaat.
Ini cara saya membaja pokok kunyit untuk banyakkan isi @ rizom.
Ini pokok kunyit kampung. Kami panggil kunyit kampung sebab isi @ rizomnya kecil. Usianya 3 bulan lepas tanam.
Sebelum membaja, cabut dulu rumput ya. Baru la sedap mata memandang dan baja nanti tak dapat kat rumput.
Saya guna baja NPK 12.12.17. Nama glamour orang panggil baja buah.
Tabur di keliling perdu pokok kunyit. Jangan tabur terlalu rapat dengan perdu ya. Tabur secara berselerak. Kuantitinya 50 gram untuk 1 perdu.
Gemburkan tanah supaya baja yang kita tabur tadi bergaul dengan tanah dan tak terkena sinaran matahari. Tujuannya supaya power baja tak hilang.
Ini baja kompos.
Tabur baja kompos di seluruh permukaan tanah. Kuantitinya 1 kg 1 perdu.
Lepas tu siram secukupnya.
2-3 minggu lepas membaja ni, saya akan potong semua daun. Tujuannya nak banyakkan isi @ rizom.
Lepas 1-2 minggu daun dipotong, akan muncul banyak tunas beserta daun baru. Masa tunas baru ni naik la, isi @ rizom turut sama berkembang.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kesungguhan seorang ibu bila mana jadual hariannya begitu padat dan demi memastikan keluarganya dapat menikmati hidangan yang dimasak olehnya sepanjang Ramadan, 29 jenis lauk pauk telah siap dimasak. Cukup luar biasa!
Bahkan ini bukan perkara baru dilakukannya, sejak dahulu lagi dan tidak hairanlah juga bila keluarga ini tidak pergi ke bazar Ramadan sepanjang bulan puasa.
Jom ikuti perkongsian menarik daripadanya dan bolehlah dijadikan inspirasi buat ibu-ibu yang lainnya.
Saya dah siap sedia untuk sebulan ramadhan bab2 makan…korang dah ke? 29 lauk + 3 sate ayam..yang atas tu buat minggu lepas.. yang bawah buat semalam.
Sambal pun dah siap dua balang.. sambal kicap nanti nak makan perah limau kasturi je..
sambal hitam yang dalam bekas kecik tu nanti masa nak makan letak atas nasik yang tengah ‘keep warm’..
Sambal hitam mak buat.. tak berapa hitam sangat sebab mak guna belimbing fresh rebus sendiri. Timekasih mak hantar sambal untuk perantau huhuh
Nanti balik kerja masak sayur dan telor dadar.. panaskan lauk ni je. 15 minit je masa diperuntukkan untuk duduk di dapur nanti.
life saya sangat sibuk.. yang ada dalam contact whatsapp saya tiap-tiap hari boleh nampak saya tidor 3-4jam je sehari…
– 8am-5pm fulltime dekat ofis
– part time student
– part time baker
– part time online seller
Ini lah cara saya menjaga bab-bab makan untuk suami dan anak-anak yang langsung tak cerewet.. dah bertahun-tahun tak pernah jejak kaki ke bazar ramadhan.. makan luar jarang sekali
Apa-apa pun syukur pada Allah suami sangat memahami isteri dia yang bz macam YB dan malam-malam macam zombie tak tau mana siang mana malam dah..hihi